Monday, June 11, 2018

Lagi 3 hari lagi


Kalau tolak hari ni, tinggal 3 hari je lagi nak raya
Tak sangka cepat betul masa berjalan.
Alhamdulillah dah sampai minggu akhir berpuasa.
Dan syukur saya Berjaya juga survived dapat berpuasa hingga ke hari ni walaupun rasa macam merangkak berpuasa ni.
Effect dari orang-orang yang ambil injection lucrin ni, symptom menopause yang ada tu
Masyaallah agak kuat juga cabarannya jadi dekat saya.

Orang lain yang ambil injection lucrin ni mungkin tak sama rasa dan berpengalaman macam saya.
dengar sendiri dari doctor banyak side effect bila ambik injection lucrin ni tapi jarang la orang akan dapat semua effect² ni.
Effect sampingan yang full package ni Yang jarang berlaku pada semua patient
MIRACLEnya semua symptom ni saya dapat rasa kesannya oii…
yakni simptom² nya adalah seperti yang berikut;-

hot flushes Yes jadi kat saya
berpeluh Yes jadi kat saya
tiada period   Yes jadi kat saya BUT if lasak je badan ni tetiba period sementara 3-4 jam. boleyy??..,
withdrawal bleeding Yes jadi kat saya
sakit sendi  Yes jadi kat saya
sakit otot Yes jadi kat saya
pening  Yes jadi kat saya
sakit kepala  Yes jadi kat saya
rasa melayang-layang  Yes jadi kat saya
perubahan mood  Yes jadi kat saya
reaksi tempat suntikan  Yes jadi kat saya
Pelupa  Yes jadi kat saya

Kesan sampingan yang luar biasa
1)            Bronchopasm (pengecutan dan penyempitan laluan udara dalam paru-paru)
Yes jadi kat saya – batuk dan sakit tekak tak baik-baik berpanjangan. Dah Letih makcik ni.

2)            Rash
Yes jadi kat saya – muka kusam betul dan berpasir..kalau rasa dengan tangan dah rasa  sama dengan kertas pasir.. 

Lain orang lain dia punya effect. Penerimaan dan kesan yang diterima pada setiap ubat dan rawatan akan berbeza-beza mengikut kesesuaian tubuh badan setiap manusia.
dah Bahagian saya dapat segala kesan sampingan yang ada pada suntikan lucrin ni.. phewww!!
Bukan setakat kesan yang biasa-biasa, kesan luar biasa pun dapat kat saya.

Seriously, Ramadan saya tahun ni betul-betul mencabar untuk saya
Pukul 11 pagi perut saya sakit, pening kepala, symptom² gastric semuanya terbit tiap hari.
Start dari pagi hingga ke waktu nak berbuka
rasa kepenatan, kelaparan, kepedihan perut yang melampau bermula.
Memang lembik betul-betul saya puasa kali ni.
Ada je masa terluang sikit, tidur je la yang dapat melegakan saya. Sungguh!

Bila dengar lagu-lagu raya, berdebar kencang jantung ni berdegup
Maunya tak debar, rumah nak raya pun tak kemas apa satu pun lagi..
Baju-baju nak bawa balik kampong pun satu pun tak sort lagi.
Tapi banyak gak rasa Tak sabar nak raya ni yang benarnya wehh.. 
hati sentiasa terdetik rasa cepat-cepat la abis puasa ni..
tak daya dah nak seret badan mengharungi cabaran ni.
**.. kalah bebudak baru nak belajar berpuasa


apa-apapun...doa saya Moga saya terus kuat dan istiqomah hingga ke penghujung ramadan, amin.






gambar saya dengan mata super rabak malam tadi. 
Kemain scary tu pasal Terpaksa di edit. Hahahaha.. 
suami saya tu fotogenik. ok je muka dia walau apepun keadaan bila di ambik gambar.

malam semalam kami bersama²gi mendobi baju-baju kotor sebelum cuti raya.
mesin basuh kat rumah kecik je kan, mane mampu nak tampung basuh baju kotor berkilo-kilo.



No comments: