Thursday, November 16, 2017

Cerita yang Biasa



Assalammualaikum,
Sejuk je cuaca sekarang ni,
Pergi kerja dingin je rasa.
Pasang aircond kereta pagi² tu pun boleh terketar tahan sejuk
Anak-anak saya makin liat nak bangun pagi.
Nak-nak ziyad, huiii dah banyak akal betul dia sekarang ni.
Akal mengada toksah cakap.
Mengetap bibir je la hari-hari saya ni.

Berbaki seminggu je lagi nak habis sesi persekolahan sebelum anak-anak bercuti sekolah.
Plan cuti sekolah tahun ni kami takde rancangan kemana-mana.
Yang saya tau saya tiap hari sibuk.
Sibuk nak fikir menu sarapan dan makan malam.. hahaha..
Anak-anak demand lebih sangat,
Mereka prefer makanan mak nya masak oi.
Tiap hari nak makan makanan ibu masak.
Ada juga beberapa kali saya ni nak mengelat masak, melalak si ziyad minta nasi
Failure terus rasa diri ni tak dapat fullfill hasrat anak.

Alhamdulillah setakat sampai hari ni, saya Berjaya la masak sarap dan makan malam.
Bila masak je kerja nya kan tiap hari sensorang kat dapur tu
Rasa juga sunyi sorang-sorang godek-godek periuk dan kuali..
Nasib  baik ada Instagram, layan je la perasaan sendiri me record IG Story
Tunjuk ape bende yang di masak.
Nak tunjuk muka sendiri tak berapa muka siap..hahaha
Record je la gambar periuk kuali semua tu.

Semalam tengok result final exam haziq.
Alhamdulillah tak corot nombor dia, walaupun 3 subjek drop dari exam 1st Semester.
Menangis terharu saya tengok peningkatan haziq.
Tahun depan haziq dah darjah 5, dah tak boleh main-main lagi belajar ya,
Kita sama-sama struggle ya haziq!

Bila surfing men google tadi, sayu je hati tengok iklan..huhuhu..
















Ni peli ke hape ni? I tak pregnant lagi tau.. u jangan nak siksa hati aiii.. wekkk! ;p





No comments:

Sensasi nya..,

Us together..