Wednesday, September 27, 2017

Selangor Public Holidays Year 2018


halo halo haiiiii,!!!
berbaki 3 bulan sahaje untuk naik ke tahun baru.
jom lah kita tengok cuti perlepasan yang ada tahun 2018 khas untuk Negeri Selangor.



01 Jan 2018
Mon
New Year's Day
31 Jan 2018
Wed
Thaipusam
16 Feb 2018
Fri
Chinese New Year
17 Feb 2018
Sat
Chinese New Year Holiday
01 May 2018
Tue
Labour Day
29 May 2018
Tue
Wesak Day
02 Jun 2018
Sat
Nuzul Al-Quran
15 Jun 2018
Fri
Hari Raya Aidilfitri
16 Jun 2018
Sat
Hari Raya Aidilfitri Holiday
22 Aug 2018
Wed
Hari Raya Haji
31 Aug 2018
Fri
Merdeka Day
09 Sep 2018
Sun
Agong's Birthday
11 Sep 2018
Tue
Awal Muharram
16 Sep 2018
Sun
Malaysia Day
17 Sep 2018
Mon
Malaysia Day Holiday (Replacement of Malaysia Day)
06 Nov 2018
Tue
Deepavali
20 Nov 2018
Tue
Prophet Muhammad's Birthday
11 Dec 2018
Tue
Sultan of Selangor's Birthday
25 Dec 2018
Tue
Christmas Day


tengok promo-promo airline system, semua bagi discount penerbangan untuk hujung tahun la, 
awal tahun la, dan macam-macam promo nya lagi
hati mcm tertarik juga nak naik kapal terbang ni.
tapi tak tau pulok nak kemananya. Click sana click sini, mahal juga harga tiket nya.
tak pe la hai.. duduk dendiam je kat rumah.



Thursday, September 21, 2017

Assalammualaikum,

Assalammualaikum,
Semoga hari-hari kita di limpahi rahmat Allah dan dipermudahkan segalanya, Amin.
Lama betul blog ni saya tinggalkan.
Agaknya sebab saya banyak habiskan masa kat Instagram.
Selesa je update kat situ, cepat dan ringkas.
Kalau blog ni, nak kena taip isi kandungan cerita panjang sikti baru ngam.
Kalau cerita sikit-sikit, macam tak pergi je apa la yang orang ni nak cerita.

Tahun ni saya masih ada dua anak. Takde penambahan apa-apa lagi.
Penambahan umur je macam biasa setiap tahun ada.
Untuk kawan saya yang mengandung tu, tahniah saya ucapkan.
Padahal kami sama-sama planning utk go for 3rd child.
Setiap bulan akan gelakkan diri masing² bila tak ‘sangkut’.

Apa nak buat rezeki saya belum terbit lagi.
Tak sangka kawan saya tu lepas je tukar kerja tempat lain, dapat rezeki mengandung.
Harap-harap nombor 3 awak ni baby girl pulak ye.
Ibu-ibu yang punya anak lelaki berderet macam saya ni,
Memang akan lain macam sikit perasaan nya mengharapkan anak perempuan.

Baru-baru ni kan saya pakat tukar id Facebook dan Instagram saya.
lama gak saya maintain guna ID tu tak tukar-tukar. Makan tahun juga la.
Dari anak sorang sampai kan dah bujang dah anak saya.

Macam lain macam juga tukar nama baru kat facebook ni.
Ishh takut la.. baru-baru ni berderet PM saya dapat kat facebook saya
Dari sorang hamba allah ni.
PM dia menakut kan, tanya ape khabar.. kat mana sekarang.. lama tak jumpa.
Dah blocked sekali ID beliau, dia buat ID baru PM lagi saya..
Blocked kali kedua dia buat facebook baru yang lain, blocked lagi, dia buat lagi dan lagi..
Fuhh!! Seriauuuu .
Paling menakutkan Dlm minggu ni, en abah bising tengok ada orang PM FB dia
Banyak pula messagenya. Dah dia bising-bising, saya pun suruh dia check mutual friend semua.
Mana la tau kan budak sekolah dia. Non hado sorang pun mutual friend.
Bila di tanya siapa nama orang tu, tetiba saya mcm rasa x sedap hati.
Bila saya check blocked list saya, sekali check  hah! Sah mangkuk Gila tu.
Hoi la haiiiiiiii!!, ko tak dapat contact aku, ko pm laki aku pulak.
“Siap tanya apa khabar kawan lama entah bilanya berkawan entah??!
Duduk mana sekarang ni”
Huiiii menakutkan betul! Sebiji stalker kekdahnya orang ni.
En abah memang tau mangkuk ni memang gila dari dulu.
Rasanya Sebabkan mangkuk ni la kot dulu en abah cepat-cepat je bawa saya
Terus ke KL sejurus lepas kenduri kahwin settle dua belah pihak
walau masa tu takde rumah sewa ke ape ke. Selamba je sehelai sepinggang laki bini.
Seminggu yang pertama tumpang duduk rumah kakak dia,
lepas sewa hotel dalam 3h2mlm mcm tu kira macam honeymoon gitu.

Dapat je rumah sewa, terus pindah bawak beg baju je..
Kerusi meja ke tilam ke ape ke semua takde. Hahahaha..tidur pakai toto je.
Lain benar dengan Budak budak muda sekarang, belum kahwin pun dah siap sedia
Rumah, dah siap hadiah kereta la hadiah rumah la. Untung diaorang kaya-kaya sebelum kahwin.

Memang pernah la kenal mangkuk tu dulu masa saya kerja kilang lepas SPM dulu.
Kenal gitu-gitu je. Tak pernah pun bertegur sapa.

budak ni macam ada sikit ala-ala psychopath kott.
Heeee seram takut semua lah ada bila fikir-fikir semula.
zaman tok kaduk dulu, pernah dia datang rumah mak saya dulu-dulu.
Macam ala-ala mengamuk bila tau saya dah tunang. Serious saya takut.
Masa kerja kilang tu dulu saya kerja dalam 3 bulan je, Tak lama pun.
Pastu saya tak melayan pun org gila tu.
Mak saya pun ada sekali kerja kilang dgn saya. Takde melepak dgn orang lain pun.
Mengekor mak je ke mana-mana dalam kilang tu.
Tapi dah memang dia jenis gila agaknya, perasan saya baik dgn dia. Haihhh tolong lah!

Harap-harap beliau berubah la jadi elok.

Takut la saya ni. Rasa mcm insecure je.


Sensasi nya..,

Us together..