Tuesday, July 18, 2017

Trend Kenduri Kahwin Masa Kini

Zaman ni kalau muda mudi kahwin
Suka buat joget lambak version berlakon ala-ala video klip.
Untuk di tengok memang seronok la kan,
Tapi macam tak manis di tengok kalau kita kaitkan dengan adat resam Melayu.

Yang lagi best pasangan pengantin baru tu takde pun rasa segan silu
Turun dari pelamin join sekali berjoget berdua. Aiyo haii!!
Bila di fikir-fikir kan kisah saya jadi pengantin dulu
Allahuakbar malu nya la hai..
Rasa macam mulut ni nak gelak macam kera sumbang pun ada.

Gemuruh, takut.. gigil control Malu jangan katalah hai!
Mata lak merah dan memang penuh bertakung dengan air mata,
Air mata gemuruh campur sekali dgn air mata pakai contact lense.
Orang jakun 1st time pakai contact lense biru masa tu..
Sampaikan setiap masa bersanding tu mak andam saya terpekik menjerit jerit dari jauh,
“pengantin perempuan senyummmm!pengantin perempuan senyummm!!”
Lagi kuat suara mak andam saya tu jerit dari DJ kat laman luar bercakap guna mikrofon..

Minta la sangat orang-orang muda yang baru plan-plan nak buat kenduri kahwin tu
Jangan lah berlebih-lebih sangat masa kenduri bersanding tu.
Memang tak salah nak ada pertunjukan joget-joget ni.
Tapi boleh tak kalau buat pertunjukan tu jaga batasan nilai² murni
Tak payah la nak galak sangat terkinja-kinja laki pempuan.
Kalau buat tarian zapin ke joget melayu ke, kan lawa je
set kan pentas untuk pertunjukan tarian untuk tontonan penonton.
Yang ni berlebih nau nak berjoget Hindustan, Apehal??
Orang Hindustan kat negara India sana ada nak buat joget melayu zapin kita?
memang takde la nya kan.

Apa salahnya kita kekalkan tradisi Melayu kita,
Kita angkat semula martabat adat melayu, tak payah la masing-masing nak gaya urban.
Orang tak pandang kita tinggi pun kalau kita suka mengikut-ikut cara orang lain.

Lagi satu kan saya lemas betul fesyen tudung selendang meleleh tepi kepala 
yang tengah trending. bersungguh-sungguh perempuan sekarang berlumba 
beli tudung selendang ratusan dan baju dress si polan sipolan bagai tu.
Ini ayat ikhlas saya ya. bukan ayat orang cemburu.
boleh kalau nak beli selendang designer segala trend sekarang.
tapi kita kena tengok dan ukur diri kita sendiri.
sama ada sesuai ke tidak dengan diri kita, badan kita dan muka kita nak pakai benda-benda macam tu.
kadang-kadang benda murah-murah pun sesuai je dengan kita.

dalam banyak² pakaian dan tudung muslimah, saya lebih kagum dan suka
dengan koleksi Ariani
orang lawa ke tak lawa ke..bila pakai Ariani memang terletak dan kena je dengan si pemakai.
kalau beli Ariani mahal² pun saya tak kisah kat si pembeli,
sebab memang yakin si Pemakai akan nampak cantik dan exclusive kena dengan design.

Tolong lahhhhh haiii..
jangan sebab kita nampak model-model lawa peragakan shawl juntai kiri kanan kepala,
kita pun yakin kita akan nampak lawa bila pakai sama macam model tu.
sayang tau beli mahal-mahal, siap kena berebut² queue online masa launching,
kesudahannya bila pakai, terus jadi fashion victims.
shawl tu sedia lawa, tapi tak kena dengan kita yang tak lawa ni.

bila Pergi kenduri kahwin, sarung selendang mahal
juntaian kasih kanan kepala dukung anak, cedok lauk buffet.. 
dah terjuntai-juntai meleleh shawl nya sikit lagi nak masuk lauk.
Rimas makcik tengok kan nya.
Semat pin tu elok-elok, pakai keronsnang molek² kan lagi Nampak kemas.
Kalau nak meleleh sangat selendang tu, pakailah tudung inner yang tutup betul2 leher & kepala.
Buat gaya Dato Siti Nurhaliza macam ni,

















Manis dan sopan je nampak di semat pin betul², inner tudung  tutup rapat leher dan atas dahi
Walau tudung leleh tepi kepala.
Cantik kan!, nampak kurus pun iya juga muka beliau pakai macam ni




Sensasi nya..,

Us together..