Tuesday, November 29, 2016

Aktiviti Waktu Petang


saya dah pindah office baru!!
TAK BEST!!
perasaaan tak best tu tiap-tiap hari ada kat hati.
nak buat cemane ye? adoii..

tiap-tiap hari kerja tak siap. demotivated lah macam ni.
tension aje. kepala ingat rumah, ingat anak-anak.
anak-anak saya makin ligat. Lagi best layan anak-anak bila bosan-bosan ni.
bapak anak-anak pun best jugak layan.
tapi time dia kepala angin, pandang dia pun malas.
bagi dia layan angin kepala dia sensorang je lah. Sape suruh banyak angin.
layan la angin puas-puas sendiri sendiri.. kekekekeke..

saya baru nak elok-elok kesihatan saya ni.
haritu awal bulan November yang lalu, saya ke Jepun.
balik Jepun, kesihatan badan tak berapa okey.
muscle cramp, bengkak urat tulang sendi bagai.
BP saya low, badan pun menggigil kepala gelap berpusing-pusing pening.
pergi klinik, dapat MC dua hari. naik kerja sehari, balik kerja datang balik sakit pening segala
en abah bawa saya ke klinik, dapat injection. Aucchh!! sakit.
dapat lagi MC.
dok rumah rehat. anak-anak dah besar dah pandai bawa diri.
dorang urus makan sendiri, cereal, roti susu sendiri.. dua beradik tu amik dan makan sendiri.
ibu beliau memang sedap berehat, bangun tidur bangun tidur.
dah macam orang lalok. hiks!

meh la saya cerita-cerita pasal aktiviti weekend  saya.
macam biasa, kami ni tak minat nak tawaf shopping Mall sangat.
bila cuti-cuti, cuaca elok, kami ke Putrajaya.
pergi taman Seri Empangan depan PICC. abg long tgh seronok bain badminton.
ligat la dua beranak tu main badminton.



ziyad pulak biasanya buat ragam sikit la.. bila abg longnya dah tak berapa layan dia berlari-lari.
mengendeng handphone.

dalam 40minit, abg long dan en abah main badminton,
kami 4 beranak berjoging berempat sampai ke hujung nak dekat sampai kompleks renang awam tu kot. kot je la ujung sana tu.. saya tak sure ape ke nama area yang belah sana tu,.
memang berpeluh-peluh gak la aktiviti riadah petang-petang tu.



bagus taman ni, ada surau, dan tandas sekali, kami maghrib je terus kat situ.
tetiba nya kan, kami ter makan pulak kat restoran seri empangan ni
anak-anak saya excited pulak dia nak makan kat sini.
en abah dah mula mengeluarkan kehanginan, saya pun geram juga anak-anak ni.
nasi kat rumah ada, mengada² lah mereka nak makan burger minum-minum bagai.
okey la kasik chance la kita minum-minum ringan-ringan kononnya,.


memang betul-betul aktiviti kurang dan tambah kan lemak dalam badan.
8.30 malam kami balik, tapi singgah IOI City Mall kejap.



masuk UNiqlo.
servey-servey baju sejuk.



dan tetiba saya tak tau nak cerita apa dah.
kepala saya pening pulak sekarang ni.
lenkali la sambung cerita.
macam biasa la, kalau amik gambar anak-anak saya memang semua buat muka tah hape-hape aje.
anak-anak saya memang tak suka ambik gambar.






No comments:

Sensasi nya..,

Us together..