Thursday, October 6, 2016

Telekung Travel


assalammualaikum..
tak tau nak sembang apa.
tapi hati sentiasa rindu nak update blog.

rutin harian saya macam biasa. Sentiasa rasa tak cukup masa,
kadang² ada rasa macam tak patut je ada waktu tidur malam.
macam rugi je tidur masa tu. Bagusnya kalau dapat sambung buat kerja dalam waktu tidur tu.
saya ni fikir je pandai... takde la termampu saya ni hai tak tidur di malam hari.
mau pagi esoknya saya ke pening an. bukan sebab pening tahan mengantuk.
pening jadi weng macam takde rasa ada perasaan apa-apa.
hah dah bahaya kat saya ni kalau jadi macam tu, dan-dan kejap lagi terus Low BP.


baru-baru ni kan saya berjaya buat telekung travel sendiri. Seronok berganda terus.
yiihaaaa!! persiapan saya nak travel jauh bulan November nanti.
sikit-sikit persediaan saya dah buat.
cuma tinggal lagi nak beli fall jacket & boot je.

kain yang saya guna kain Pongee. Saya beli 6 meter. tak tau nak budget beli berapa sebenarnya.
tapi yang sebenar² jumlah meter yang saya guna plus minus adalaaa.. dalam 5 meter suku.

Dulu ada buat telekung sendiri utk Raya. Material kain saya guna Heavy Dull Satin.
inspired Telekung Bella Ammara.
memang best sangat solat guna telekung sendiri.

bila dah de experience buat telekung sendiri.. tambah semangat nak buat sendiri
telekung travel.
ciri telekung travel ni kene nipis dan ringan tapi tak jarang.

sebelum ni saya ada beli telekung travel.  tapi tak labuh kat bahagian tangan.
bila berangin.. kain telekung yg nipis dan ringan ni terus terangkat nampak tangan saya.
saya ambik telekung biasa saya, tekap dan gunting.


pastu saya buat awning dahi. kasik lawa saya tambahkan awning dahi saya dengan bunga-bunga hijau


tadaaa!! dah siap telekung travel saya.


elok je terletak kat muka.

alhamdulillah berjaya!





3 comments:

aCik Anie said...

cantik la bunga bunga kat muka tu :)

Mrs. A said...

Cantik.
Ala-ala SK punya

Jari Manis said...

Lawa laaaa nak beli 😬

Sensasi nya..,

Us together..