Thursday, October 20, 2016

dari LRT Kinrara BK5 ke Putra Heights


Rasanya ramai je yang dah biasa naik LRT kat area Puchong ni kot.
saya empat beranak baru nak mencuba. kekeke..

kami buat rombongan naik lrt dari stesyen Kinrara BK5.
waktu malam lak tu.
anak² saya excited. saya lagi excited!
13 Sept 2016 bersempena birthday saya jenjalan naik LRT.
bukan nak ke mana pun, saje jenjalan naik LRT aje.
sampai Stesyen Putra Heights, naik balik LRT untuk pulang ke Kinrara BK5.



Cakk! dari Kami sekeluarga





















seronok naik LRT lengang macam ni.
takde orang pun. Selesa je nak duduk kat mana.

















Friday, October 14, 2016

Pokok Kaktus?



nak cerita ceriti kejadian satu petang mengenai saya,
haziq (anak 1st) dan Ziyad (anak 2nd)

satu petang balik dari jemput anak² dari sekolah.
sampai je kat rumah, macam biasa masukkan kereta ke parking kat porch.
tepi pintu kereta driver (saya) belah kanan ada pokok Limau Kasturi.
pokok limau kasturi tu.. saya tanam dalam pasu.
tinggi pokok tu dah paras ketiak saya juga




























betul-betul seni hiasan tanaman pokok limau kasturi saya ni
batang dan duri aje yang tinggal.

elok je enjin kereta saya matikan,
"kesian pokok kaktus ibu.. habis botak pokoknya, ulat ni makan daun-daunnya" kata si Ziyad.

"Pokok Kaktus?? mana ibu ada pokok kaktus" tanya saya.

"itu kan pokok kaktus?? pokok yang banyak duri tuuuu" 
rupanya pokok limau kasturi ni yang di kata Kaktus oleh si ziyad.

saya dan haziq pun berdekah-dekah le ketawa dengar ziyad cakap pokok limau di kata kan  kaktus.

"bukan pokok kaktus la tu ziyad.. 
itu pokok limauuuu.. daunnya kena makan dengan ulat gonggok. Kan ibu kan?"
haziq pulak yg ber cakap.



















berdekah-dekah le saya ketawa tengok anak-anak bandar ni bercakap.
sambil ketawa tu saya betulkan la salah faham anak-anak saya ni..

"ini pokok 'limau kasturi' ziyad..
yang makan daun pokok limau ni 'ulat beluncas'. Atau boleh juga di panggil 'ulat bulu'.
bukan ulat gonggok, abg long.."

ketiga-tiga kami berdekah-dekah ketawa serentak.





















ulat beluncas ni yang di katanya ulat gonggok.
kesian ko beluncas.. punya la lawa warna ijau kau. dikata yang cekelat kelabu asap tu dikau yer..



Thursday, October 6, 2016

Telekung Travel


assalammualaikum..
tak tau nak sembang apa.
tapi hati sentiasa rindu nak update blog.

rutin harian saya macam biasa. Sentiasa rasa tak cukup masa,
kadang² ada rasa macam tak patut je ada waktu tidur malam.
macam rugi je tidur masa tu. Bagusnya kalau dapat sambung buat kerja dalam waktu tidur tu.
saya ni fikir je pandai... takde la termampu saya ni hai tak tidur di malam hari.
mau pagi esoknya saya ke pening an. bukan sebab pening tahan mengantuk.
pening jadi weng macam takde rasa ada perasaan apa-apa.
hah dah bahaya kat saya ni kalau jadi macam tu, dan-dan kejap lagi terus Low BP.


baru-baru ni kan saya berjaya buat telekung travel sendiri. Seronok berganda terus.
yiihaaaa!! persiapan saya nak travel jauh bulan November nanti.
sikit-sikit persediaan saya dah buat.
cuma tinggal lagi nak beli fall jacket & boot je.

kain yang saya guna kain Pongee. Saya beli 6 meter. tak tau nak budget beli berapa sebenarnya.
tapi yang sebenar² jumlah meter yang saya guna plus minus adalaaa.. dalam 5 meter suku.

Dulu ada buat telekung sendiri utk Raya. Material kain saya guna Heavy Dull Satin.
inspired Telekung Bella Ammara.
memang best sangat solat guna telekung sendiri.

bila dah de experience buat telekung sendiri.. tambah semangat nak buat sendiri
telekung travel.
ciri telekung travel ni kene nipis dan ringan tapi tak jarang.

sebelum ni saya ada beli telekung travel.  tapi tak labuh kat bahagian tangan.
bila berangin.. kain telekung yg nipis dan ringan ni terus terangkat nampak tangan saya.
saya ambik telekung biasa saya, tekap dan gunting.


pastu saya buat awning dahi. kasik lawa saya tambahkan awning dahi saya dengan bunga-bunga hijau


tadaaa!! dah siap telekung travel saya.


elok je terletak kat muka.

alhamdulillah berjaya!





Sensasi nya..,

Us together..