Friday, September 23, 2016

Syuhada : Bukan Dia


best nya lagu baru ni
Catchy! rentaknya.. ala-ala hindustan nak sikit ala-ala dangdut.
dengar lagu ni auto badan pun
terikut tergerak-gerak nak joget-joget ikut lagu ni




saya kenal syuhada ni dari D'Academy Asia
wakil malaysia bertanding dalam Dangdut Academy Asia tahun lepas kot.. kalau tak silap.

syuhada ni kalau nyanyi badan dengan senyum nya sekata je lembut bergerak.
naik khayal saya tengok beliau nyanyi..




Thursday, September 1, 2016

Birthday Lunch



bulan lepas bulan birthday en abah suami tercinta anje-anje intan payung saya
Happy birthday en Suami saya!
semoga sentiasa sihat, kaya, berilmu, beriman dan penuh kasih sayang kat saya.



memandangkan en abah sekarang tengah ber Site Office di Putrajaya Exchange,
saya pun cuba sepraiskan mengajak dia lunch together-gether berdua
bersempena hari kelahiran beliau.
tak pergi jauh pun, mall sebelah exchange.
bagus juga Alamanda ada kat sebelah office tu. en abah jalan kaki je menyeberang dah sampai.



ajak dia makan kedai/restaurant mahal-mahal dia tak nak.
food court Alamanda aje dia request.
lapar nasi katanya.
saya ikutkan haje selera birthday boy ni..



menu yang paling special kami di hari kejadian;
* en abah set nasi ayam penyet,
* set bawal penyet untuk saya.



alhamdulillah selesai makan.
licin bersih pinggan-pinggan kami berdua.
seronok juga sesekali macam ni kan bang..

happy birthday en abah kesayangan saya!




Sensasi nya..,

Us together..