Thursday, June 30, 2016

semuanya pasal kenduri kahwin sebelum Ramadhan



sebabkan mood dah swing
lagi dua hari je nak start cuti raya.
kerja semua dah siap. Dah tak tau nak buat ape dah,..

belek-belek handphone, nampak ada gambar-gambar pergi kenduri kahwin
Dua minggu sebelum puasa.
dah nak sebulan punya cerita.


Gambar kami beramai-ramai bergambar dengan pasangan pengantin dan bapa-bapa sedara.
dua minggu sebelum start puasa, saya ke Kahang, Johor
kenduri kawin anak perempuan bapa sedara.
Uda Ali berbaju merah hati.
setiap kali Uda buat kenduri kahwin memang tak pernah lagi culas
special individual invitation untuk saya..
kalau saya tak datang, memang nampak nau anak sedara durhaka.




kenduri kahwin zaman sekarang memang wajib ada photobooth kan,
selama kini memang takde keberanian nak test.
sebabkan ini kenduri bapa sedara sendiri, apa lagi.... time sportingkan diri sendiri bermula.
kelik kelak saya bergambar dgn niece anje-anje ucuk saya ni.
baru form 3 dah tinggi maklang nya,.
memang kalah la maklang dengan anak-anak sedara sok-sok nanti.


baju trending kan sekarang ni??
kurung moden tulip beserta songket sarawak, berkain duyung
saya pun taknak kalahhh wehh...
dan-dan terus beli kain kosong 1 meter, kain songket serawak 3 meter.
pang! pung! pangg! siap dalam satu malam.
mujur pandai jahit sendiri. jimat duit tempah baju makcik!


seminggu sebelum puasa pula,
saya balik kampung en abah. Jumaat pukul 10malam gerak dari KL,
balik ke dungun kite pulok!
sepupu en. abah punya kenduri kahwin.

kenduri buat satu majlis untuk dua belah pihak.
sekali harung je kenduri kat belah perempuan.
bagus kan, jimat belanja dan masa,
nanti-nanti kot adik bongsu saya kahwin, bagus gak idea macam ni
combinekan majlis untuk kedua belah pihak. confirm kebabom meletop meriah majlis.



kenduri kali ni pun saya sempat buat baju baru.
tapi kali ni bukan kurung moden,
kena ala-ala muslimah loose-loose sikit, sebab ni kenduri tok-tok lebai.
takkan nak bermoden moden kan...,over la sangat nanti.

maka terhasil la blouse fish tail, berkain duyung.
kat dungun ni anginnya kuat sangat.
kain baju menggerbang-gerbang di tiup angin masa ambik gambar.
tak berapa nak nampak dah blouse fishtailnya ha.




kenduri sabtu pagi, petangnya kami lepak makan kepok,
ikan celop tepung kat pantai tanjung Lipat.
anak-anak sibuk mengumbah pasir,
saya dan en abah beromantika ambik gambar. hehehehe..

pagi Ahadnya dah balik KL.
walaupun runcit-runcit je masa perjalanan kami,
satu kesyukuran dan kepuasan untuk kami dapat menepati jemputan kenduri sedara-mara.


Selamat pengantin baru untuk mereka!





4 comments:

Afif Rayyan said...

Rasanya dah mengandung si pengantin perempuan tu.. ehehe

ietams said...

Afif Rayyan,
kekekeke..
ye la.. lama nau nak update cerita kekdahnya ye.

wahida said...

wah pandai jahit baju sendiri tu yang paling win!
jimat banyak dah tu...
kalau hantar tailor mahu dia caj rm80-90...huhu...

lieyalatif said...

betul..srkang tgh trend baju kain songket sarawak nieh....ramai gak raya dok pakai jenis kain tu...cantik2....