Sunday, June 26, 2016

Semakin hampir


lama betul blog saya menyuramkan diri.
dah tak tau nak ngomel ape kat sini kot.
nak cerita panjang-panjang pun,
macam bosan pulak.
takde ape yang menarik pun ye juga..

tapi rindu juga nak tengok entry blog sendiri.
katanye diari hidup sendiri blog ni.
tapi makin lama makin ilang idea nak taip ape.

diam tak diam dah nak dekat raya dah.
minggu depan dah raya.
persiapan raya saya,? pun tak tau nak letak kan berapa percent dah siap

baju melayu anak-anak alhamdulillah dah siap
baju kurung dan moden raya saya pun dah siap.
tudung raya saya macam takde pulok?
ape fesyen tudung raya tahun ni ya??

tudung raya cucu sulong mak abah saya dah siap.
baju melayu raya en abah? eh tak siap lagi.. uwaaa!!

langsir raya kampung tinggal 35% nak siap.
kalau mak saya tau ni, memang nak kene saya ni tau..
nasib baik takde amik tempahan orang lain.
kalau tidak,.. memang kena maki orang je la. hahaha

tahun ni saya beraya negeri sembilan dulu.
yeyy! raya Air Hitam yeyy!!..
raya ketiga zasss ke dungun pulak.
oh kena ingat nak kena bawak shawl anak buah en abah.
kang tak melaram pula anak dara tu.

bestnya tahun ni, saya dah memang super ibu dan super wife
takde lagi ngelat masak.
tiap hari masak lauk pauk berbuka dan sahur.
istimewanya lagi, saya berjaya buat kuih raya kat rumah sendiri. muahahaha
biasa tiap tahun gotong-royong buat kuih raya kat kampung.
tu semua anak-anak saya punya permintaan.
bersemangat dua beradik ni buat kuih raya.
berasap terus oven saya tahun ni, bersusun dah balang berisi biskut raya.

sweet sangat saya rasa, anak-anak lelaki saya rajin tolong saya buat kuih raya.
walaupun melasak nya boleh tahan.
sekurang-kurangnya idak la saya hiba benau
belum berezeki ada anak pempuan musim-musim nak raya ni.







3 comments:

wahida said...

wah bestnya ada byk kuih raya...bak mai sebalang! hehe..

Farrah MF said...

Selamat menyambut lebaran, ietams.
Selamat pulang ke kampung.

ietams said...

wahida,
tak byk sgt, cukup la 5 balang. hahaha..

Farrah,
Selamat hari raya Farrah,
terima kasih

Sensasi nya..,

Us together..