Wednesday, April 27, 2016

Workstation


last update 15April,
tetiba ada entry baru hari ni ya.
patutla..dah cukup eh 2 minggu
tu yang baru timbul semula. kekekeke..

semalam saya cuti,
teman mak abah saya.
abah ada appointment check-up routine dekat IJN.
ziyad pun ikut sekali.
merengek nak ikut. merengek minta cuti sekolah 1 hari.


tengok la budak ni, kemain happy!
padahal bukan pergi mana pun, ikut pergi hospital aje pon..
jangan tidak saja dia je nak ngikut atoknya.








masa mak dah ada kat rumah,
excited saya nak cerita pasal workstation saya kat mak.
tapi sebabkan letaknya dekat tingkat atas,
kena naik tangga.
mak saya tak daya nak naik atas.
lutut mak sakit, nak panjat manjat tangga ni memang tambah perit mak saya melangkah.
abah saya je yang naik masuk bilik tengok.



kalau dedulu, 2 mesin portable ni la tenaga kerja saya untuk berkarya,.
itu pun dah banyak jasa yang di hasilkan.



dan yang ini..., gadjet terbaru workstation saya!!
kecintaan saya yang baru.
memang berbeza bila jahit guna mesin industry ni.

mudah-mudahan segala perancangan berjalan lancar.
yang penting baju raya saya dah siap
3 kurung moden, 1 kurung tradisional.
ketamakan baju raya sudahh,!




Friday, April 15, 2016

Campur-campur Suka-suka


tetiba pulak hari ni blog ni ada update.
hohohoho..

bagus juga Cuti Songkran ni kan.
kilang kami tutup, kerja pun takdok.
nak buat-buat sibuk pun tak tau nak berlakon kat celah mananya yang sibuk.

bila dah selak-selak gambar,
tu yang datang pula ilham nak masuk blog.



gambar yang ada ni tak specific satu hari dan satu masa.
semuanya main ambik-ambik campur-campur suka-suka aje.


gambar yang saya tudung purple ni masa cuti sekolah bulan March 16 yang lalu.
bawa anak-anak tengok wayang.
Cerita BoboiBoy the Movie.

awal pagi lepas sarapan pergi IOI Mall Puchong.
malas nak beli online, sebab ni first tima kami nak tengok wayang dekat IOI Mall Puchong.
tak tau lagi tempat kejadiannya macam mana.

betapa semangat nya kami bangun pagi dek tengok wayang punya kisah.
pergi kaunter dengan berhajat nak beli tiket wayang untuk tengahari.


rupanya tiket Fully Booked woh seat-seat best!!
giler ah BoboiBoy..
puas godek sana sini dengan adik kaunter, akhirnya kami beli untuk midnight punya time.

terus balik rumah dulu.
koser la nak menunggu dari tengahari sampai ke malam dekat Mall.
jangan terkejut saya recycle je pakai baju siang.
balik rumah salin baju lain, baju tudung tu hang kan elok-elok, nanti malamnya boleh pakai semula.
ni kes pemalas, sila jangan tiru!



kami balik rumah, suruh dengan cara paksa anak-anak tidur siang lelama.
dengan alasan untuk dorang tahan mata tengok midnight movie



pukul 12 tengok movie BoboiBoy.
saya dan en abah awal² dah target kami berdua akan lena sepanjang cerita.
salah sama sekali rupa-rupanya.
Best ter Best Terbessst tiada Yang Tak best lah Movie ni.
dari start cerita sampai ke akhirnya. tergolek kami ketawa.
PapaZola! You Winnnnnlah, I peminat yu



gambar kat kedai makan ni pukul 10 malam.
Haziq si abg long la punca terjebak makan tengah malam ni.
kita dah penat² shopping barang dapur kat Mydin, merengek lapar tomyam.





Nasi lemak ayam goreng berempah sarapan pagi 2 minggu sudah.
seronok rakyat rumah saya makan pagi sedap cenggini.
bertambah-tambah memasing,




sampaikan saya pun ikut terjebak. main sedap je la nambah makan.
dah la tinggi kalori nasi lemak ni.
lepas kenyang me Nasi Lemak ing, tak ingat dunia ..sangap je mata. Hahahahahaha..



minggu lepas kot kat ke Mydin USJ,
beli stok lauk basah.
terjebak pulak makan Donut Big Apple.



bab request makan-makan geganjil ni. memang serah kan je dekat abg long.
hebat la dia pilih yang mana satu kedia dia nak makan.
si ziyad adiknya pula hebat request makan dekat dalam kedainya.
suka nau hang out minum-minum kopi ye.




gambar last, Isnin lepas punya kejadian.
saya ambik cuti setengah hari p.m..
ziyad tak sihat.
lemau dan lemah je badannya.
tapi dia tetap pergi kindy paginya.
saya risau dia nosebleeding kalau dia stay sampai petang,
cuaca kan panas sekarang ni kan .
kesian kat budak-budak kecik tak tahan.







Thursday, April 14, 2016

World Of Curries - Carousel International CoffeeHouse


Pssttt! Pssttt!
meh singgah kejap jenguk sini
entry ni penuh dengan gambar makanan.



Kambing Golek!



Rempah Ratus



perbagai Serbuk -serbuk/rempah ratus




Papadom herba kot?




Roti siap ada filling




kawasan kejadian


ruang hidangan pelbagai juadah


Kari Daging Bangladesh




Kari Hijau Ikan campur terung Negeri Thailand




Gulai Kepala Ikan Indonesia





Kari Okra and Chicken



Pajeri Nenas



Kari Retro Beef with Prawn - Japan



Kari Tuna - Maldives


Selamat di rasmikan untuk Promosi Bulan April "World Of Curries"
di Carousel International CoffeHouse
Palace Of Golden Horses Hotel.


dan saya akhiri dengan gambar pinggan saya.





Harga RM128 nett ( Dewasa), RM65 net (kanak-kanak)
khas untuk makan malam sahaja.
Tel: 603 8946 4888
Website: wwww.palaceofthegoldenhorses.com.my







Thursday, April 7, 2016

Tips Mata Sembab




Kenapa mata boleh sembab?
Bila google-google, baca punya baca
rupanya memang salah sendiri rupanya ya mata saya selalu nau sembab.

*Sembab aka bengkak

 -mata sembab selalunya berpunca selalu tidur lewat malam
** memang ye pun tiap malam saya tidur pukul 12~2pagi.


-ketika demam selsema


-menangis berjam-jam


-first day menstrual
**point ni utk saya sorang je kot yang alami kes macam ni

 

Bila google-ing, dapat pula petua senang.
Apa lagi, marilah kita mencuba.
Sebelum apply kan ke diri sendiri, saya tepek dulu petua.
Boleh juga buat rujukan nanti-nanti.

********************************************

Ambil Bahagian putih telur dan pukul hingga kembang



Gunakan berus dan sapukan pada keliling mata

Biarkan selama 10minit dan cuci.

Putih telur membantu melancarkan aliran darah selain dari mengurangkan inflamasi

Sila Amalkan selalu untuk berkesan!

 

Inflamasi = radang (melepuh, melecet ke?)

********************************************
 
jom kita cuba buat!
 
 

Wednesday, April 6, 2016

Pandang dengan rasa ANNOYING




Kadang-kadang sebenarnya saya tak suka dengan situasi macam ni
Contoh nya kan macam kes KimK Fazura dulu tu.
Yang dia salah faham perkataan KimK tu Kimak. Opss!! Ter carut pulak

 

Yang paling annoyingnya Fazura ni
Insta kan gambar profile peminat tu
Condemn bla..bla.. kutuk pasal perempuan bertudung mencarut la
Itu la ini la..
In the end bila peminat complain pasal beliau kaw kaw,
siap buat police report untuk bela diri.
Apa ke teruk nya perangai cenggitu.

 

Aiyoook la hai..
Dulu saya follower Instagram si fazura ni.
Lepas kejadian tu, terus unfollow beliau.
Saya ni cepat sikit tak suka bila ada bende-benda macam ni.
Fikiran saya ni macam orang kolot sikit. Hahahaha…

 

Baru-baru ni sesorang kawan rapat saya cerita pasal kisah sedih dia.
Kesian saya dengar nya.
Suami isteri 40an. Tapi baru je bercerai setelah belasan tahun berumahtangga.
Punca nya si suami kahwin lain. UwAAAAAAAA!!
Selama hampir 3 tahun juga kawan saya menahan sabar hidup bermadu.
Dan akhirnya bercerai bulan ni. Mungkin sebab tak boleh lagi menahan sabar,
Mungkin juga system giliran tidak adil.
Mungkin juga si suami berat sebelah.
Mungkin juga si suami alpa dan khayal dengan keluarga baru nya.
 

Dah le si suaminya tu saya kenal dan rapat juga.
Bila dah berlaku keadaan macam ni,
Automatic pandangan saya terhadap si suami tu ANNOYING giler!

 

Tapi saya kagum dengan kawan saya.
Kuat dan tabah betul dia.
Dia sendiri pergi failkan cerai,
Dia sendiri buat tuntutan nafkah.

 

Bila ada orang terdekat punya masalah macam ni,
Terus saya boleh bayangkan macamna Rita Rudaini dulu.
Mesti perit betul hari-hari yang dia lalui masa dengan ex husband nya.
Mesti penat dia buat tuntutan cerai, tuntutan nafkah segala.
Dan bila keputusan nafkah berpihak padanya, betapa leganya beliau dulu.

 

Persoalan saya kan, kenapa lelaki semua macam tu ye?
Mudah sangat ya berubah hati? Mudah sangat bertukar pasangan.
Lupa ke susah payah isteri lama ni bersama-sama susah senang dulu-dulu.
Lupa ke betapa siksanya si isteri ni beranak c-sect berkali-kali?  

 

Padahal kahwin lain pun kahwin dengan perempuan juga.
Yang di cerai pun perempuan juga.
Bukannya kahwin lain dapat benda lain dari perempuan.

 

Annoying!
Ended.



Tuesday, April 5, 2016

Nasi ayam RM418 untuk 16 orang


 

Pagi tadi dengar berita semasa kat radio
Nasi ayam makan 16 orang di kenakan bayaran RM418
Zaman sekarang ni kalau benda-benda cenggini mula la masing-masing bising.
Viral la segala benda media social.
Padehal yang tukang sebar berita tu
bukan tau pun ape sebab benda alahnya tu jadi mahal-mahal cenggitu.
mungkin la nasi ayam kedai tu guna bahan-bahan bermutu tinggi.


 
Tapi kan kalau dikira-kira RM418 bahagi 16 orang makan,
Kos makan untuk seorang lebih kurang RM26++
Tak ke menyamai Standard restaurant²,  kopitiam² je.?
Okey la tu harga nya kan.


 
Nak murah pergi je gerai bawah pokok yg takde kedai.
Tak pun food truck. Boleh la dapat rege murah² sikit kot.
Pokok pangkal diri sendiri yang nak makan tu pilih kedai makan kat mana,
Nak makan harga berapa.
Paling penting Sebelum beli, kena lah buat kira-kira dulu berapa harga yang perlu di bayar.
Bukannya bersungut selepas kejadian berlaku.


 
Terbebel pasal harga nasi ayam pulak. Kuikuikuikui..

Badan ni penat sangat la lately .. mata pun asyik je rasa mengantuk
Bukan saya seorang macam ni.
En abah dan anak-anak saya pun sama.
Nak bangun Pagi-pagi sungguh nya la LIAT


 
Dah bangun pukul 5 pun boleh pulak sambung lelap senyenyak-nyenyak sampai pukul 6.30 pagi.
Camane nak bagi cergas ni eh??

Letih la asyik mengantuk je!
dah itu je nak cerita.
OkBAI!
 
 
 

Friday, April 1, 2016

Riang Ria Kenduri


assalammualaikum blog saya
hai hai hai hai..
perasaan saya sejak dua menjak ni berbelah bagi .
tak tau nak kata risau ke suka ke takut ke bimbang ke.

otak ni memikir-mikir aje.
office saya ni ada ura-ura nak pindah. Dari tahun-tahun sebelumnya lagi isu ni di bangkit.
tapi tak tentu lagi betul ke idak.
tapinya semalam dah di meeting bincang-bincang secara serious.
maksudnya memang ada dalam perancangan, perpindahan lokasi  pejabat ni.
Ermmmmmm....      -___-'

2 minggu tempoh masa nak tau keputusan samada jadi pindah atau tidak.
sejujurnya, saya macam tanak je pindah.
sebab lokasi mines Waterfront ni dah adapted sangat dah.
semua pelusuk area sini saya dah biasa dan tau.
memang la jammed kadang-kadang.
tapi kan sekurang²nya parking lot tak banjir.
jalan pergi dan datang kerja pun Alhamdulillah tak de banjir lagi.

sekarang ni, rata-rata lokasi pejabat dan laluan ada masalah banjir.
Puchong, Shah Alam, KL selalu juga kan dengar banjir kilat.
Seri Kembangan yang banjir dekat area KTM serdang.
eh jauh je dari pejabat saya. Insyaallah tak sampai banjir.

kesian juga pada kekawan pejabat yang duduk semenyih dan Kajang.
dorang dah selesa je datang kerja sini, tak jauh tak dekat sangat dari rumah mereka.
kalau pindah tempat lain, lebih ke Puchong/Shah Alam/KL . Agak jauh juga pada mereka.
Tol, jammed lagi. Memang kesian.



takpe la.. nak pindah ke tak pindah ke lantok le kan.
kalau tak pindah, kami akan renovate office juga.
kalau jadi pindah, lagi kebabom cantik saya renovate kan office ni.
biar saya fikir positif kalau jadi pindah, lunch time lagi panjang langkah saya
menyopping kain kat KAMDAR. hahahaha..



memang palaotak *read=kepalahotak* saya ingat kain je.
tak teringat benda lain dah masa ni.


ni lah saya!
lama tak ambik gambar sengsorang macam ini.
nasib baik lawa. bukan muka saya yang lawa tau
saya cakap lawa kat baju kurung saya tu.
sebab 100% buatan saya sendiri.



ni bergambar kat kenduri kahwin kg Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan.
panas berdeting masa ni.
cuaca panas yang ampun.
tapi saya suka panas-panas terik macam ni.
jadi putih lawa je suasana kalau dalam gambar.



best pergi kenduri kat Negeri Sembilan,
banyak lauk pauk.
yang paling best, sodap semuo eh!
walau pun pedas, panas.. sepinggan licin habis saya makan.

saya balik KL terus lepas kenduri.
mak, abah, adik dan along saya terus balik rumah.

anak-anak saya macam tak puas je balik jumpa atok-atoknya.
sekarang tiap malam ziyad minta saya telefon kan atok.
rindu katenya!
saya dan en abah hanya mampu menyimpan janji untuk balik kampong kata anak-anak.
bila nak balik tu tak pasti lagi.
en abah tu payah nak bagitau tarikh free beliau.
biasanya kami ni short notice nak kemana-mana.
tak berani nak bagi janji awal.