Wednesday, March 30, 2016

Tips Cantik Mudah Untuk Kulit Muka Cerah Berseri


saya ter jumpa tips mudah.
untuk elak lupa, saya masuk tempek dalam blog

siapa yang tanak kulit muka cerah berseri kan?
mesti lah nak nak nak nakkkk !!!

jom kita cuba sesame, mana tau berkesan dengan pantas,
bahan-bahan pun murah dan senang aje.

apa yang kita perlukan,

1) Tepung beras tak kisah cap ape.. asalkan tepung beras.






















2) Madu. pun tak kisah madu apa.. janji madu tu asli




















3) Susu Segar. Pun tak kisah nak guna susu jemana/cap apa.. ikut suka selera masing²






















dah ada ketiga-tiga bahan ni,
campurkan sesudu tepung beras bersama sedikit madu dan susu segar.
pastikan ianya tidak terlalu pekat atau cair.
Sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering,

Seeloknya jika lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

Sekian tips ringkas mudah dari saya.
Selamat Mencuba!

Thursday, March 17, 2016

Gambar kampung cerita Lain

hai semua..
salam sejahtera dari saya di pertengahan bulan Mac.
cuaca panas je sekarang ni..
tapi bila petang, lebat pula hujan.
 
 
14hb baru ni saya nak ke KL. Driving dah separuh jalan dah. 
Dekat nak sampai Desa WaterPark. Masa tu saya nak ke LHDN jln Duta.
bila terpandangkan langit kat area KL Tower, KLCC gelap yang amat.
tak jadi lah nak pergi ke LHDN, saya patah balik ke office.
mujur ada WAZE.
di arahnya ikut jalan kuchai lama. Zasss terus jumpa balik Highway BESRAYA.

 
tak sanggup saya nak terus pergi je tempuh masuk area KL.
hujan lebat segala kilat sabung menyabung
dah tentu-tentu hadap JAMMED
nasib tak baik tengah-tengah sangkut dalam jammed, air naik pulok
dah tersangkut dalam banjir kilat.
 
 
keluar office pukul 2ptg, sampai semula ke office 2.45ptg.
terkejut incik Bos tengok saya patah balik.
sebab kami selisih kereta kat parking lot.
tetiba dapat msg Whatsapp, "awat nya patah balik zu?"
 
 
elok je area Mines ni terang benderang panas sampai ke petang.
incik bos dgn protegenya lencun kene hujan kat shah alam.
esok paginya incik bos MC, demam selsema.
 
itu lah bos! sebab yang macam ni la saya malas tempuh hujannya.
tak semena-mena boleh jadi tak sihat nanti.
 
 
habis pun cerita hujan saya Isnin lepas.
ni nak cerita pasal gambar-gambar yang saya tepek ni.
gambar ni semuanya gambar lama sebenarnya.
semuanya gambar kat kampong saya. Air Hitam, Negeri Sembilan
 
 
rasanya dah byk tahun kot gambar-gambar ni.
tengok kat kamera punya tarikh dia tulis tahun 2010.
tapi Nampak na la mengarut kamera ni membohongnya.
Ziyad lahir tahun 2012, tak akan le si ziyad lahir lepas ambil gambar ni
 
 
memang pembohong le kamera ni kan.
mungkin 2-3 tahun yg lepas kot. masa haziq cuti sekolah darjah 1.
 
masa ni seingat saya cuti sekolah, saya balik kampong 3 beranak sahaja.
en abah tak ikut balik sekali.
macam biasa la en abah tu tak balik sebab dia tak boleh nak ambik cuti.
 
 
 
malas nak ikutkan en abah punya workaholic .
saya ambik cuti, bawak anak² lepak kampong.
boleh juga anak-anak istirehat hirup udara kampong. Ada juga la aktiviti dorang masa cuti sekolah ni.
 
 
anak-anak memang suka meronda keliling rumah atok.
macam-macam dorang explore.
bagi makan itik, ayam,
ikut atok gi belakang petik bunga kantan 
 
 
main kejar-kejar sana sini.
kejap nanti si haziq suka-suka jerat ayam.
 
 
mengena pulak tu jeratnya. kekadang ibu ayam dan anak-anak ayam ikut sekali terjerat.
lepas setengah jam, terjerit la saya suruh si haziq lepas kan ayam.
 
 
saya pun sakan snap gambar sana sini.
tetiba rasa macam seronok je nak ambik gambar tumbuhan²an & pokok² kat belakang rumah mak ni.
 
 
sejuk je mata memandang
 
 
pisangnya la, kopinya la, betik nya la.. limau nya la..
 
macam-macam.. sedap je mata memandang.
 
Kenapa best sangat Kampung ni???!!
 
 
 

Monday, March 7, 2016

Last Day - JPO


 
lama sangat bertangguh nak habiskan entry JB ni. Huh!
hari last kat JB, bangun awal subuh.
anak-anak mandi manda dalam bath tub..
turun sarapan pagi pukul 8
barang-barang memang dah siap kemas dari malam tadi.
 

 
memang dah target dah bangun awal pagi,
lepas breakfast terus check out.
pergi jenjalan tempat lain pula.
 
 
lalu kami menyinggah ke JPO.
tempat favourite kami.
ziyad suka sangat pergi kat sini. Tak lain tak bukan sebab dapat naik kereta tolak ni ha 
 
 
tahun ni tahun last Ziyad dapat naik kereta tu.
had umur kanak-kanak yang naik kereta tolak ni sampai 4 tahun je
5 tahun dah tak boleh dah naik
 
 
siap shopping, lepak makan ais krim
terus jalan balik.
sepanjang perjalanan balik, anak-anak nyenyak tidur lena.
tak sedar langsung masa kami singgah ke Freeport A'famosa Outlet .
jadi la singgah survey tempat dan lokasi. tak berehenti dan turun pun.
budak-budak sedap je tidur. tak sampai hati nak kejut.
 
 
untuk rujukan di masa akan datang. Mana tau panjang umur lapang rezeki.
boleh la pergi nanti-nanti.
 
 
 
 
 
 

Sensasi nya..,

Us together..