Friday, December 4, 2015

Ke Mersing - Konvo UTM - Skudai Johor


entry saya sekarang banyak yang throwback je..
agak sibuk juga kot situasi saya sekarang.
tu yang idea pun terbang tah kemana hilang .

entry harini nak cerita berkisar pada kejadian tahun lepas.
aiyooo lama nya peram cerita.

tahun lepas, anak buah sulong belah en abah konvo.
saya empat beranak sibuk meramaikan rombongan ke skudai. kekekeke..
excited la cucu sulong keluarga konvo kan.


kami bergambar kat mercu tanda kem.
lawa betul beret dgn pisau ni.

kami bermalam di kem askar rumah abang ipar.
dah kebetulan sampai Johor ni, menyinggah dan bermalam terus kat rumah abg ipar.



pastu saja-saja ambik gambar lagak pelancong.
sebenarnya saya yang mula-mula nak bergambar dengan abang askar ni.
agaknya mak mertua saya Nampak macam best je kan,
tiba-tiba mak mertua saya pun join saya bergambar dgn abang soja ni



sebab kem ni dekat je dengan pantai, kami ramai-ramai amik angin petang kat tepi pantai.



lepak ramai-ramai makan angin.




esok pagi-pagi gerak ke UTM skudai
mengimarahkan pesta konvo UTM.

tahniah kak long! dah selamat konvo!. dah ada degree.
eh lentok betul kepala saya dengan mak mertua saya.
mak mertua saya pun ikut lentok gak, cute pulak Nampaknya kat situ.

lepas maghrib, kami gerak balik ke KL.
Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat.





3 comments:

AMIIZAA said...

salams jumaat, singgah ke sini:)

CikLily Putih said...

pesta konvo memang best.. sebab macam2 ade...

LZ - The Blog Owner said...

Salam ukhwah zulieta..
Lambat jugak UTM adakan konvo yer..

Sensasi nya..,

Us together..