Tuesday, November 17, 2015

Short Trip Ke Genting


Sepi betul entri blog saya ni.

sampaikan terpikir-piker otak nak ingatkan ape la password saya.
marila saya sharekan percutian terkejut-terkejut kami ke Genting Highlands
bulan 9 yang lalu.



plan ke Genting ni betul-betul tanpa perancangan awal.
semuanya terjadi sebab saya menyinggah ke blog kakak JariManispergi
sponsor trip review hotel baru First WOrld.
bila terpandangkan harga murah bilik sekali dengan breakfast 
terus whatsappsing en abah. cerita sekian-sekian pasal genting sekian-sekian.



tetiba terkagum dengan penuh terpempan bila en abah reply,
okey terus beli je la kita terus pergi genting weekend ni celebrate birthday.
wow! itu sudah bonus berganda.
ingatkan en abah buat-buat lupa la pasal birthday kite ni.
tak sangka juga dia boleh terfikir-fikir nak celebrating my birthday.. ouchhh! how sweettttt...



sejak Ziyad lahir, tak pernah pun ziyad naik genting.
bila dapat peluang ke Genting ni, punya la excitednya beliau. tak sudah-sudah buat aksi.
kesian manje ibu ni. dah 3 tahun baru dapat pergi genting ye.. alolololo manja-manja ni..




saya beli bilik yang berharga RM167nett untuk XYZ Deluxe Room
sekali dengan breakfast untuk 3 orang.
orang ramai juga hari tu. ingatkan pergi Genting takde jerebu.
rupa-rupanya lagi tebal jerebu terus kelabu asap segala pemandangan.





masuk bilik, terus explore sana sini bilik, tengok sana tengok sini.
bilik ni takde aircond, kipas je yang ada. ade kettle,
ada 2 set pack minuman yg biasa (teh,gula,nescaffe,creamer)
mini closet, agak terhad untuk kami 4 beranak.



sedikit pemandangan katil dan keluasan bilik



memang sempit. ruang untuk solat ngam-ngam untuk sorang aje.
sejadah tu saya bawa sendiri. tanda arah kiblat memang ada kat siling.



bestnya hotel dia ni dia punya lif ade cermin.
memang bagus sangat la nak menyelfie berwefie bagai.
abaikan muka dua beradik tu. bab ambik gambar memang penyiksaan kat dia orang.
memang hobi mereka buat muka terkejut bila ambik gambar.



kebanyakkan nya permainan indoor dulu-dulu kat genting ni dah tak semeriah dulu
yang outdoor nya memang dah takde ape dah kan.



tak tau ape aje keseronokan yang ada.
ade 2 permainan je yang saya Nampak best nak bagi anak-anak main



naik Thomas (ziyad yang suka-suka declare keretapi ni Thomas)



bila anak-anak seronok naik keretapi
saya ajak encik abah wefie.


kagum betul bila en abah boleh buat muka lawa manis pandang kemera.
baru la lawa.




dan mainan yang kedua naik benda terbang ni.
budak-budak pilih naga terbang.



saya dan en abah layankan aje la mereka.



pagi esoknya kami bersarapan kat cafenya. kan dpt 3 org breakfast.
harus diingat sarapan yg disediakan bukan nya system buffet  seperti biasa tau..
kita kena beratur, bawa resit check in kite tunjuk dekat chef
menu yg di beri ada dua pilihan, samaada nasi lemak atau donut.
air kena beli. hewhewhew... kesiann..


abg long kesayangan harapan ibu abah dan ziyad.

terimakasih en abah bagi peluang kita satu family explore hotel area yang baru ni.
review kami tak de komen lebih-lebih. okey-okey je.
janji kami tidur nyenyak dan takde gangguan, syukur Alhamdulillah.
cumanya harapan kami utk masa akan datang, stay tidur memang boleh kat sini sebab biliknya murah
tapi breakfast nya kami akan ambil pakej buffet ataupun pergi makan ke restoran yang lain je.

hujung tahun ni ada plan holiday ke selatan, tapi macam jadi ke tak jadi je tah










7 comments:

Farrah MF said...

Seronoknya cuti-cuti Genting :)

Kesuma Angsana said...

lama dh x terjah ke sini... Malas nak naik bukit tinggi2 ni he3

CikLily Putih said...

lama tka pi genting... still sejuk lagi tak kat atas ek

ietams said...

Farah,
seronok pi tpt2 sejuk ni..

KA,
kite pun dah lama sepi kak.
hihihihi..

CikLily,
sejuk lagi genting tapi takyah ber sweater sgt dah.
cukup pakai baju lengan panjang je

Rizziela said...

Bestnya.. lagi best kalau outdoor dia dah siap kan

ietams said...

betul tu kak ziela,
kalau outdoor dah siap baru bertambah best genting ni

Jari Manis said...

ahakss..patutlah mcm pernah tgk je Hotel baru tu..dah sampai eh..murah kan harga bilik termasuk bfast tu mmg puas hati

Sensasi nya..,

Us together..