Thursday, October 8, 2015

Resepi Donut Saya Yang Simple untuk Minum Petang

 
 

Bahan-bahan;

3 cawan Tepung
1 camca yis
3 sudu minyak masak (saya suka guna minyak zaitun sebab lebih naik bau wanginya)
3/4 gelas air
Secubit garam
1 sudu teh gula pasir

 
 

Cara-cara;

Bancuh Yis, garam dan gula dalam air hingga larut
Masuk kan air bancuhan yis, garam gula ke dalam tepung
Masukkan minyak
Gaul hingga sebati
Uli, uli dan uli sampai doh lembut dan sebati.
Letak tepi sekejap dalam setengah jam

Sementara nak tunggu yis tu kembang naik dan meresap mesra dgn tepung tu,
Jomlah kita habiskan masa dengan
mem blender gula pasir untuk last furnishing donut tu.
Saya tak beli gula ising, tu yang blender je gula pasir jadi halus.


 

Agak-gak doh tu dah macam kembang naik,
Kita boleh cetak-cetak tepung dgn acuan donut.
Dah siap cetak, boleh la di goreng.
Oh ya nak goreng donut ni kena dgn minyak yang penuh
Yang boleh tenggelam kan keseluruhan sebiji-biji donut tu.
Baru lah warna kuning nya cantik menyeluruh.


 

PAbila dah selesai menggoreng semua donut,
taburkan kesemua donut dengan gula yang telah halus di blender tadi.
Minum petang dengan donut beserta teh o panas, nyaman rasanya..

 
 

saya buatkan sebahagian donut tu  donut frozen,
esok-esok dah tak perlu cetak-cetak uli-uli lagi.
nak buat donut frozen tu mudah aje, gorengkan separuh masak
biarkan ia sejuk sekejap
Di packing dan di sejuk beku kan ke dalam freezer

 

 

bila dah sejuk, masuk kan dalam plastic kemudian di seal.
bila dah sealed, masukkan ke tempat peti sejuk yang bahagian beku.
 
Pagi esok dah boleh goreng sebungkus untuk sarapan pagi.
 
 
 
 
 
 
 

9 comments:

aTieYusof Family said...

Salam.. Follow sni sis #266..
sedapnya lah donut..nampak gebu jer..:)

kerja sendiri said...

donat ni letak gula sedap, letak cecair coklat pun sedap...

Amy J said...

orait! nanti kita try eh. tq share resepi

Farrah MF said...

Saya pun baru2 ni buat donut utk minum petang. Puas sikit makan berbanding beli :)

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun baru je buat donut baru ni, buat sekali dpt mkn 3 kali bila di frozenkan best kan

Kesuma Angsana said...

Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Donut ni KA paling suka kalau x bubuh sugar. He3 Tq share resepi juga

Jari Manis said...

mudah je nak buat...tepung kat umah dah ada..cuma cari yis je

Jari Manis said...

alamak..perlu guna acuan donut ke..ingatkan leh bentuk tanpa acuan

ietams said...

kakak JM,
takyah pakai acuan der..
saya tekap guna cawan pelastik, buat lubang tekap guna acuan ubat batuk
janji dpt bulatan cantik dan kemas dah cukup.. hahahaha

Sensasi nya..,

Us together..