Friday, September 18, 2015

Kimchi mudah saya

Annyeong!





Bahan²:-
2-3 kilo Kobis panjang
Seikat Daun bawang (anggaran secekak)
Garam secukup untuk menjeruk kan kobis
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Satu inci halia
3 senduk Serbuk cili baba’s (sbb saya suka pedas dan merah)
1 cawan Tepung pulut
¼ cawan gula
3 cawan air
½ cawan sos ikan

 Cara-cara buat:

Langkah 1 – perap kobis
Basuh kobis bersih-bersih, ditoskan
Kemudian, Perapkan setiap kobis tu dengan garam sampai rata
Biarkan kobis diperap selama 4 jam
Daun bawang potong-potong basuh dan tos asing letak tepi dulu.



Langkah 2 – bubur kimchi

Bancuh Tepung pulut dengan gula dan air hingga sebati
Masak kan bubur hingga berkilat dan berbuih
Tutup api dan biar kan sejuk




Langkah 3 – paste kimchi

Blender Bawang besar, bawang putih & halia.
Masukkan bahan kisar dalam satu mangkuk.
Masukkan sos ikan dan serbuk cili. Kacau hingga rata.
Masukkan bubur kimchi yg di sejukkan tadi.
Gaul dan kacau sampai sebati dan rata.
Masukkan daun bawang.
Ambil kobis yg dah di perap tadi, 
Dibasuh bersih hilangkan garam, tekan-tekan bagi air yg ada kat kobis tu habis keluar.
Bila dah rasa kobis tu dah takde air, boleh gaulkan kobis ke dalam adunan.
Kacau hingga rata.
Masukkan kimchi dalam bekas bersih.
Simpan dalam freezer dalam 24 jam. Lepas tu dah sedap makan..

Lagi lama kimchi tu tersimpan lagi sedap rasanya..
sedapnya kimchi ni.. puas hati boleh makan bila-bila masa...


Tambah lagi makan dengan maggi kari. Memang Wow sangat!!


3 comments:

Farrah MF said...

Kimchi lagi pedas lagi terangkat!

yana yassin said...

X tau nape tak leh nak masuk lah kimchi nie .Masa kat korea , pi steambot pun ada kimchi , tapi tak tertelan . :)

Amy J said...

pergh! masa pergi restoran korea tu x pedas pun. kata bukan main pedas. hahahhaa.

kalau buat sendiri boleh buat pedas2

Sensasi nya..,

Us together..