Monday, September 7, 2015

Cuti Hari Merdeka hari tu

 
 
 
Saya balik kampong saya, bahau Negeri Sembilan.
Along saya buat kenduri doa selamat.
Saya dan mak saya ambik tender masak nasi minyak, Lauk nenas masam manis,
Oh tak lupa saya tanak pulut kuning bersama rendang ayam juga siang tu.
Pulut kuning rendang ayam tu untuk di hidang ke jiran tetangga along yang datang masak-memasak gulai ikan masin  kat rumah along saya petang harinya.
Along buat kenduri malam hari 29hb Ogos.
29hb siangnya, kerja masak-masak.
Tapi Saya dan mak masak-masak kat rumah mak saya je.
Lagipun Rumah along kat serting, 5 minit je dari kampong.
Tak pe lah tak dapat mengejoinkan diri bergotong-royong kat rumah along.
Tambah lagi Mak saya tak berapa perfect keadaan kesihatan fizikalnya.
Kurang-kurangnya bila masak kat rumah sendiri ni mak boleh berenti baring ke duduk ke kejap kalau penat-penat tu.
Lagi pulak, saya ni kan pemalu.. ai malulah nak gotong royong masak ramai-ramai.
Kelu tak berkata ai nanti nak facing orang ramai.. *auwwwwchh!
Lepas maghrib saya sampai rumah along, tetamu dah penuh rumah along.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti yang di harapkan.
Murah rezeki along saya, ramai jemputan yang hadir malam tu. Meriah rasanya.
 
*saya dan en abah..
 
Saya pakai dress baru Malam tu..
Saja buat khas ruffle dress ni untuk kenduri along.. over makcik ni tau.
Pergi kenduri pun buat baju baru..biasalah perempuan khennnn..
sibuk nak pakai baju baru tang kenduri, kekonon debomb ...la kununnya!
*ini rutin saya dengan nana bila jumpa.
tak boleh tau kalau tak wefie dgn anak buah yg seorang ni*
Plannya malam 31hb esoknya nak nyambut malam MERDEKA kat dataran Jempol.
Rupanya nyambut dalam mimpi je lah masing-masing kepenatan. Kehkehkehkehhh…
 
 
 

2 comments:

Jari Manis said...

salam merdeka ietams

Amy J said...

kita pun malu bila nak buat apa-apa depan orang ramai. jadi serba x kena. hahahaha. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Sensasi nya..,

Us together..