Thursday, July 9, 2015

Dah Nak Raya!




Raya lagi 8 hari ke tinggal 7 hari lagi..ye..
Huhuhu awat le cepat sangat masa berlalu ni.

Baju raya untuk jalan beraya, en abah dan 2 anak teruna saya dah settled
Kelmarin dulu kami berdua amik cuti.
Pakej sekali anak-anak ponteng sekolah.
Seronok betul dua beradik tu tak sekolah hari tu.
Lepas zuhur kami ke KL,
Menuju terus ke SOGO.
SOGO ni rutin kami setahun sekali datang ke sana untuk shopping raya.
Hari-hari biasa memang tak datang pun ke SOGO tu..
Masalah jammed yang tak pernah surut kalau nak kesana yg buat kami tak rajin nak ke SOGO tu.

Part yang paling debar nya baju raya saya tak siap lagi..
Huwaaaaaa!! Paling debar. Baju melayu haziq dgn ziyad pun tak siap lagi. Adoi!
Tempahan Jubah untuk anak-anak buah saya semua dah completed siap.
Macam tak caya juga kadang² fikir saya dah pandai buat baju,
Oh tahun ni saya  jadi tailor untuk jubah raya semua anak buah perempuan saya.
Mudah-mudahan mereka semua seronok dan suka jubah buatan maklangnya ye.

Gambar masa shopping tak dan nak snap-snap.
Sebab yang menyopping nya saya sorang je, senang melangkah sensorang pilih baju.
Kejap cari baju tidur sana sini.. kejap cari baju jalan sana sini..
En abah dgn anak-anak stay dekat Playland yg floor kids world SOGO tu..

Tapi awal-awal anak-anak saya dan pesan,

“Ibu kena beli baju sama tapi berlainan saiz untuk haziq dgn ziyad tau ibu….”

“Bahekkkkk la anak²!!”Jawap ibu.

 
 
Gambar kami masa menunggu turn utk renew membership je yang ade.

Takpela kan.., tepek je la sini buat kenang-kenangan…

 
sampai jumpa lagi..
minggu depan raya!!... huhuhuhu..
 
 

2 comments:

AMIIZAA said...

selamat berpuasa dan menyambut hari raya yg bakal menjelma:)

Farrah MF said...

Wah, mesti sakan gegurls bergaya dgn jubah yg mak lang mereka buat! Tak share ke gambarnya di sini?

Sensasi nya..,

Us together..