Monday, June 22, 2015

Buat Latihan guna Buku Pra-Sekolah

 
update di hari ramadhan yang ke lima.
 
pagi ni mood dan emosi saya agak okey-okey sikit berbanding 2 hari ramadhan minggu lepas.
umur je tua saya ni, tapi ketahanan berpuasa agak lemah juga yang benarnya..
terasa gak melepet awal-awal puasa hari tu.
 
bila hari ni bersemangat, cuba la belek-belek gambar yang ade kat folder.
dan terjumpa la pulak 2 keping gambar anak² saya.
 
gambar ni gambar pada suatu malam anak² saya tengah buat latihan kat atas katil dalam bilik.
sebelum mid year exam bulan May yang lepas.
 
 
 
VVIP dorang ni ye.. meng conquer katil ibu.
 
dek kerana result periksa sekolah kebangsan tahun lepas
terutamanya subjek Bahasa e.g BM * BI haziq teruk yang amat,
jenuh gak memikir cemana nak bagi improve kan haziq.
Suruh membaca memang tak rajin,.
Belajar & buat ulangkaji buku sekolah dgn ibu dgn abahnya kat rumah, lagi lah dia tak minat.
 
nak di jadikan cerita satu hari tu, saya ke KAMDAR, IOI Mall Puchong,
menyinggah kejap ke Popular dekat sebelah² tu nak mencari air minum.
ambik air di Selatan, nak membayarnya kene ke Cashier yang letak kat Utara.
 
dalam perjalanan nak ke cashier tu bertemu dengan banyak buku utk kanak-kanak kat tepi² tu.
nyinggah kejap bahagian pra-sekolah,
bila tengok satu-satu buku latihan BM dan BI,
terpaut hati belikan untuk haziq.
 
saya kenakan syarat untuk haziq, malas membaca dan revision buku sekolah dengan ibu takpe
tapi tiap malam sebelum tidur kena buat latihan buku yang ibu beli ni.
 
Nampak minat dan gigih haziq buat latihan tanpa culas, tiap malam. BAGUS!
adiknya pun terus rajin buat coloring buku² nya bila dah abangnya buka buku.
 
dan resultnya, Alhamdulillah.
midyear exam baru ni.. dari nombor 30-an dalam kelas dari awal bawak ke akhir tahun darjah 1 dulu,
tetiba dah dapat nombor belas² out of 15.
 
WAHHHH!!! hebat abg long..!!
nanti kita beli buku latihan pra-sekolah banyak-banyak lagi ye..
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

Amy J said...

wah baguslah kalao macam tu kan. ada peningkatan sangat sangat :)

Sensasi nya..,

Us together..