Monday, April 13, 2015

Hujung minggu yang Indah

 
 
Petang semalam kawasan rumah saya hujan lebat,
Pakej hujan dengan angin kuat ala-ala ribut..
seram tengok angin kuat tu,
dah macam nak terbangkan segala bende dah.

Aktiviti saya anak beranak tahun ni macam biasa,
Jarang gak jenjalan hujung minggu,
kalu campurkan cuti weekend semalam,
dah 2 minggu dok melepak je kat rumah cuti weekend ni.

Anak-anak pun lagi enjoy dok berehat kat rumah.
Tergolek-golek dorang dua beradik.
Kejap tengok tv, kejap lagi main, kejap kang benti makan, kang kejap lagi berlari kejar sana sini
Kejap lagi kang melompat panjat sana, kejap lagi kang melalak
Kang kejap lagi main lawan-lawan Masked Rider OOO

Terkejap-kejap Henshin! Henshin!
Macam-macam..
Memang riuh satu rumah di buatnya.

Rutin saya selama 2 minggu tak ke mana-mana ,
Bangun pagi subuh terus turun masak nasi sesiap,
Sambil nak tunggu siap lauk-pauk, saya gorengkan keropok
Bancuh air teh satu jug,

Biasanya kalau hari cuti-cuti macam ni,
dalam 10 minit lepas saya bangun pagi kompom dua hero saya tu ikut bangun gak.
pastu Mesti minta makan,
Perkara pertama yang dorang tau bila bangun waktu cuti.

Di suruh mandi, memang liat la pepagi ni,
Saya longgarkan syarat, suruh dorang basuh muka dgn gosok gigi.
Baru boleh nak makan breakfast.
 



Dah siap breakfast, bergolek la memasing depan tv tengok kartun,
Pukul 9.45pg dah start saya bising suruh dorang berdua mandi.
Sebab 10.15pg biasanya saya hantar haziq ke kelas Jawi & kelas Iqra.

Haziq habis kelas pukul 12.30tengahri,
Jemput terus bawak balik rumah, makan tengahri anak beranak.
Lepas makan, kami melepak tengok tv.
Kadang-kadang en abah dengan Ziyad tertidur.
Kadang-kadang kami berempat tertidur gak depan tv.
Tapi biasanya saya terus menyelinap naik bilik bila dah dorang tertidur tu.

Nyaman rasa ngadap kain & mesin jahit tanpa gangguan..
Laju je menjahit.

Itu je la cerita cuti hujung minggu saya dua minggu yg lalu..
Banyak luangkan masa dalam rumah je bila cuti-cuti ni. Boring je baca kan..

Hakhakhak…
em sowiii!!!
 
 


5 comments:

wahida said...

ok apa lepak kat rumah...

dpt elakkan dari bayar gst kat luar tu...huhu..

fatema said...

lar.. mmg la best kalau ibu bekerjaya spent time weekend kat umah.. sy yg fully duk umah pulak bosan mesti weekend nak jenjalan, n sini kalau petang je mesti hujan lebat ala ribut.. last week jenjalan ngam2 je ribut pokok tumbang depan kereta..alhamdulillah sume selamat tapi tulah anak yg tengah tido seat belakang tercampak sebab brek mengejut.allah.

Anonymous said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu.

Ena said...

Assalamualaikum..

Eita,

jait baju raya ke tu? :D
x nak amik tempahan ke?
tingin nak oder ni .. *_^

arysha_fayyadh said...

Assalam ieta,
sejak2 gst ni iols memang dok berazam nak spend weekend kat rumah
taaaaaapiiiiiiiiiii
tak berjaya lagik sob3