Tuesday, March 3, 2015

Sekolah dan Bas Sekolah


Bulan february yang lalu raya Cina kan..
Sekolah kebangsaan Haziq start cuti 18hb February
Berlanjutan cuti sampai Ahad, 22 February  
Cuti sekolah ni memang kesukaan anak-anak saya.
Hahaha..
Bukannya mereka tak suka sekolah..
Mereka ni suka sekolah,
Tapi cuti sekolah laaagi laa diaorang suka..

Dulu-dulu time saya sekolah, sekolahnya setengah hari je..
Sekolah sesi pagi dari darjah 1 sampai darjah 3.
Darjah 4 sampai 6 barulah ada sekolah agama di waktu petang.
Itupun bukannya hari-hari sekolah agamanya.. 
Selasa, Khamis dan Jumaat saje sekolah agamanya.

Time haziq sekarang ni kena sekolah dari pagi sampai ke petang..
Macamne la anak tak rasa penat sekolah kan,
Saya yang tua ni pun rasa penatnya tengok anak sekolah pagi petang.
Tu belum menyampah tengok buku-buku banyak & berat nak kena bawaknya lagi,
sampai ke sudah tak hilang penat saya memandang..

Oh ye.. tak cerita pun kisah haziq naik sekolah bulan Januari haritu..
Tahun ni haziq happy lebih ke sekolah berbanding tahun lepas,
macam tahun lepas, Banyak monyok aje Haziq ni..
lepas tu suka lepaskan tantrum di malam hari.



Saya perasan Haziq berubah happy sangat sejak dah tukar bas sekolah tahun ni.
tahun Dulu haziq naik Van.. van yang takde AIR COND..
Pun bukan yang berdaftar dgn S.P.A.D. … huhuhu bahaya je bila fikir² kan
(tiap hari berdoa haziq dijauhkan bahaya semasa dalam perjalanan)
bayarnya makan ratus juga walau Cuma sejengkal je perjalanannya,

lepas tu routenya Cuma sehala je di tengahari, SRA – transit – Sek Kebangsaan


pergi sekolah waktu Pagi kami hantar

dan balik ke rumah waktu petang kami jemput.



Alhamdulillah tahun ni haziq ada rezeki lebih dapat
berpeluang naik bas sekolah warna kuning
yang penting van sekarang ni Van yg berdaftar dgn S.P.A.D. dan ada AIR COND
paling best, bayarannya tak sampai seratus.. Saya suka! Saya Suka! Saya Suka!


Haziq saya dah darjah 2. hobi dia tak suka bergambar dan suka buat muka huduh time bergambar
Tinggi nya dah tinggi ketiak saya.. Ibunya tinggi 156cm aje..
silap² belum sekolah menengah dah melepasi tinggi ibunya
kenapa la saya kementot aje kan.. huwahuwahuwa..

kejap sangat kan masa berlalu…. *sigh



*S.P.A.D. = Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

2 comments:

Yana Yassin said...

Alahai , dah sekolah dah dia . Tetiba teringat tang ibu dia sekolah dulu . Nakal . Hahhahaha.

arysha_fayyadh said...

Assalam ieta,
betui3
bebudak sekarang kesian kan3
tetiap hari sekolah dari pagi sampai petang
kalah kita yang koje ni haaaaaaaaa kan3