Thursday, March 26, 2015

Yogurt Asli Chocolate Rice

Dua tiga hari ni perut saya meragam..
Macam senak je angin.
Mungkin sebab perut kembung dek angin
Pastu sakit-sakit kaki tangan
Macam sengal² bisa²..
Aircond kat office ni kemain sejuk pulak rasa.
Kat luar panas berdenting.
Tu yang selsema & demam macam dah nak jengah-jengah dah tu

Lunch time keluar ke AEON kejap
Nak cari Yogurt asli.
Walau rasanya tak sedap, ku gagahikan juga.

idea datang tiba-tiba..nak cuba buat yogurt ni berperisa.
Beli yogurt asli RM4.99
Beli satu kotak chocolate rice cap NONA 50grm RM2.50.

Sampai kat office, kite buat eksperimen.




 yogurt asli RM4.99


satu kotak chocolate rice cap NONA 50grm RM2.50

ambik yogurt asli RM4.99


campurkan satu kotak chocolate rice cap NONA 50grm RM2.50
ke dalam yogurt asli RM4.99 



kacau sebati semuanya.. 
dah nampak macam aiskrim. cuba suap sekali
suap kali kedua
suap lagi
lagi dan lagi....,



Eh rasanya not bad tau!
Sekejap je licin saya habiskan makan.

meh la try cara saya makan yogurt ni
mana tau boleh terima suka la cara ni kat tekak tu..


antara kebaikan Yogurt yang saya tau;

~ Boleh Memperkuatkan tulang
~ Yogurt Mengandungi bakteria baik
~ Boleh Menurunkan tekanan darah
~ Ia Baik untuk kulit
~Juga kaya dengan vitamin ;
   -Vitamin B5 diperlukan dalam proses pembentukan system
    Kekebalan tubuh, terutama menjaga kesihatan saraf otak. Sebab tu vitamin ni di      
    panggil Vitamin AntiStress
   -Vitamin B12 yg baik utk menjaga sel darah merah






Friday, March 20, 2015

Ada Kes Dengan Hujan

Cuti sekolah dah hampir habis.
Saya baru hari ni terhegeh-hegeh nak basuh uniform sekolah haziq
Patutnya hari rabu dah boleh jemur,
Tapi sebab saya rendam dengan Clorox,
Sampai dua hari berendam baju-baju tu.

Abg long saya yang seorang  ni uniform putihnya
Kemain kepam warna cekelat..
Tak paham cemane boleh jadi cenggitu warna baju-baju putihnya.
Rasanya dia pergi meranduk pasir kot kat sekolah tu.
Tak de sehelai pun yang kekal putih… hukhukhuk…
Nangis ibu ni long.. nak basuh baju abg long…

Makan 2 hari ibu rendam Clorox,
Sebotol besar Clorox pun tak cukup sebulan kalau camni gaya nya..

Saya ni kan tidak lah rajin pun basuh baju,
Eh bukan saja-saja tanak rajin membasuh tau

Saya tak rajin ni bersebab. setiap sesuatu kejadian tu mesti ada penyebabnya kan..



Tak tau lah kenapa, setiap kali saya basuh baju..
Eh kejap.. basuh baju tu fine.. takde masalah maupun cabarannya.

Tang menyidai baju tu ha bermasalah besar
Apesal tah?? Baru je sidai baju kat ampaian..
Dan-dan tau langit dan awan pun berarak mendung
Tetibe je lepas tu zassss hujan turun dengan selebat-lebatnya..
remuk hati ai tauuu... u tak tau?


Huwaaaaa!!!!??? Cemane saya nak rajin sidai baju kalau dah cengginii kann..??

Pstt..pstt…En abah…
Meh tolong hangkut semua baju pergi Dobi Clean Pro ye malam ni..
Merajuk basuh baju dah ni..


ini budak paling busybody ibu, wekkk!!






Wednesday, March 11, 2015

KLIA hantar jemaah umrah


13 February yang lalu, saya dan suami serta anak² ke KLIA
in laws saya pergi UMRAH.

Mak mertua, kakak ipar dan biras perempuan saya.
mereka pergi bertiga.



dengan semangat nak hantar jemaah umrah, malam sebelum 12hb saya merempit siapkan
abaya dengan shawl glitter ni..

terus rasa tambah cantik melangkah ke KLIA bila pakai pakaian serba baru..

jemaah tengah kusyuk mendengar taklimah dari pihak Ar-Rahah travel & tours


sebelum check in, ambil gambar beramai-ramai..
sempat bergambar dgn acik (jubah hitam paling ujung belah kiri) sebelum check in,
wan dan maklang tak tau mane.. dorang pergi toilet kot mase ni..

gambar yang paling win dua orang budak handsome baju merah yang dok depan tu je kot..


itu je gambar yang ada.. gambar jemaah tak sempat ambik. jadilah kot bergambar dgn acik tu..
sebelum balik, saya possing lagi dengan set baju baru saya..






Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab



jenjalan menyinggah ke blog FAMF,
nampak dia ade buat entry giveAway..

terus terdetik nak mencuba tahap tuah saya 
dalam giveaway puan punya blog yang meraikan wedding anniversary beliau yang ke 4 tahun.
boleh klik gambar atas ni untuk sama-sama join ye..,


Happy Anniversary yang ke 4 ye MommaSuci
semoga bahagia dan berkekalan selamanya dunia akhirat.


saya tag,


hahahaha, tolong la buat juga kalau sudi ye..sorry tagged kamu berdua tau..
anda adalah orang paling comey saya nampak hari ni.. 

KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA 12 March 2015 sempena anniversary aini. TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 11 March 2015 Jam 11.59 malam.


Friday, March 6, 2015

Talipia Sweet Sour & Patin Tempoyak


Jumaat yang indah..

datang idea nak masak,

Talipia Sweet Sour
tak pernah pun masak cenggini, cuba pertama kali. Dan mungkin akan² datang repeat masak cenggini.
resepi dari opismet Chinese..
Sedap rupanya ye.. Thanks KaiLee!

Patin masak Tempoyak,
Favourite en abah dan anak-anak.
satu periuk masak boleh habis licin makan 3 beranak.
saya tak makan patin.. kehkehkehkeh..

Salad lettuce utk tambahan ulaman saya

Jemput makan semua!



Thursday, March 5, 2015

Avon Beauty Day Out



Avon, pakar mekap antarabangsa kembali membawakan satu lagi koleksi hebat yang bakal memenuhi keinginan anda untuk sentuhan rona memukau berulit kebaikan alam semulajadi – memperkenalkan Over Nature Collection terbaru dari Avon.


Di inspirasikan dari bungaan berharga alam semulajadi, koleksi baru ini dicipta dengan ramuan ‘super’ yang terkenal untuk pemuliharaan kulit:  Minyak Mawar Liar & Bunga Delima menutrisi dan melembut bibir dan kulit, Bunga Pic memberi kebaikan anti-oksidan yang membantu bibir tampak lebih muda, manakala Vitamin A, C, E & Kolagen memastikan bibir kekal sihat dan anjal sepanjang hari.




Kali ini, Avon tampilkan Over Nature Collection iaitu Palet dan gincu beradunan flora yang menutrisi dan memikat pandang seanggun bidadari, telah berada di pasaran semenjak 16 Mei 2014. Untuk mendapatkannya, jangan lupa terus temui Wakil AVON atau kunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara.


Serasa diri ini sangat Bertuah pabila tanpa diduga Ruby bagi saya peluang join bengkel makeup yang dianjurkan oleh Avon Malaysia..


Peserta² bengkel adalah di sarankan untuk hadir tanpa sedikit pun solekan hari itu,

waima bedak sekalipon..

hahahah kannn.., macam makcik ni,
hokey je kalau keluar rumah dengan muka pucat tanpa makeup.
Makcik ni memang dah jadi habit dah.. hari-hari jenis yang malas makeup.…


selfie depan cermin atas meja.. terasa gayat pulak ade cermin cantik cenggini..


Muka suci murni saya..

"TANPA SECALIT ALAT SOLEK MAHUPUN KRIM KECANTIKAN MUKA"


Sebelum bengkel kecantikan ,
Macam biasa majlis di mulakan dengan Ucapan alu-aluan oleh sicantik manis tinggi lampai Orang kuat Avon..


Kemudian diikuti dengan sedikit penerangan dari pakar yang cukup berpengalaman mengajar
cara-cara gunakan face mask Anew Avon.

Tau Tak Nak pakai face mask ni pun ade step-step nya..??
bukan pakai hantam tepek kat muka saje.. *saya lettew main hentam aje.

Saya dan partner dah ready untuk ber Face Mask. Ngeh..ngeh..ngehhh

Sebelum ber face mask, muka kena bersih.. cuci bersih lebih dulu ye.




saya suka encik photog event ni.. banyak pulak gambar saya, gumbira rasa hatiku!!

bila peratikan..dalam ramai-ramai, saya yang over excited ...
kekeh sana kekeh sini...
PADEHALLL!!! debak debuk rasa cuak orang tak tau..hahahaha..
gile tak cuak, photographer penuh kat depan.. kejap² klik-klik.. kejap² klik-klik..


Nak cuci pun ade stepnya… cara nak pegang sponge..
Cara nak celupkan sponge.




Basahkan sponge, perah sponge , dap dap kan ke muka.

Kemudian sapukan pelembap Anew,

Biarkan beberapa minit muka dengan face mask,

kemas-kemaskan face mask tu kat muka...rata-ratakan melekap belah kiri.,


rata-ratakan melekap belah kanan pula.,


mari kite bergambar secara bertiga-tiga..
nampak comel juga walaupun bertopeng, ehhhh??.

Segar terasa muka kite. nyaman sekali...
Close up sikit!

*********************************

dan sampai lah Acara kemuncaknya, 
sesi Belajar Make Up oleh Makeup artist jemputan Najeeb Azami

Najeeb azami yang pakar dalam bidang penyolekan..
handsome orangnya, ramah dan mesra pulak tu.!



menurut najeeb, makeup yang paling cantik untuk wanita adalah solekan yang minima..
“tak payah la nak beriya sangat nak tepek setebal-tebal kat muka kite..
sebenarnya untuk muka yang Nampak macam tak makeup 
tapi sebenarnya ada solekan di muka kita.. itulah yang paling cantik!.” Katanya lagi.


Saya pun bersemangat belajar dengan penuh focus.

Ha tenyeh sana tenyeh sini,
Berus sana berus sini..
Dan akhirnya…,


muka dah siap makeup dah, meh la pakai tudung molek²

dan Tetiba Terus cantik..
nampak macam tak MakeUp tapi sebenarnya bersolek. 
inilah namenya natural makeup eh?? OOOOOO...!!
sempat snap gambar OOTD dengan kamera hp sendiri..
eh! sekeping ni je gambar sendiri rupanya ye.. 
lelain semua gambar ni ihsan dari photographer AVON. bagusnyaaa!

Group photo dari kami..
                                                       freestyle pulak

Habis bengkel kecantikan, jom kita bergambar secara beramai-ramai..

kita lentok ke kanan

kita lentok ke kiri pulak

kita lentok kat bahu bang Najeeb kejap,

kita laga-laga pipi dengan cikLilyPutih pulak.. 



Dan untuk akhirnya sebelum penutup majlis..
ambik gambar ramai-ramai dengan orang AVon

Awat kakak pink paling ujung himpit saya sangat kakak???
Kesian saya terhimpit tau.. nasib baik muka dapat muncul gak.. hewhewhew,.. siyan saya.


ampun Ruby, akak baru publish entry ni..
tak perasan langsung entry ni tercicir nak publish. Lama betul terperap




More info:-

Sensasi nya..,

Us together..