Thursday, November 27, 2014

Rumah Terbuka Raya Zizan


Idea tak datang..
Puas di perah-perah, tetap tak nak keluar
Selak folder dropbox, tengok-tengok gambar..
Klik satu-satu..
Lorrr haii,
Banyak nya gambar yang boleh buat modal masuk blog.

Tapi.. kan,
Sebab gambar tu dah lama,
Terus dah takde idea nak ingatkan semula kenangan
yang tepat berkait rapat dengan gambar tu.

Oh ade la sikit ingat
Raya ke berapa tah, raya ke tiga? Ke raya ke empat?
Tapi yang pasti turn kampong mertua pulak mase tu.
Yaa! Beraya di DUNGUN.
Kebetulannya masa tu Zizan Razak buat open house.

Hahahaha.. ape lagi,
Bila dah anak-anak buah hat kecik-kecik mengajak maksunya..
Panjang terus kaki saya mengorak langkah.



Anak-anak kecik .. kita bagi dorang ambik gambar ramai-ramai dengan Zizan

Saya?

Ehhhh!! Mesti lah kene bergambar berdua je bagaikan Couple of The Year!!



Tengok?? Sesuai sangat kite kan zizang kan.. kan..kan..
Seb baik Emma tengah istirehat dalam bilik.
Dapat ai pinjam bopreng mu diri sebelah ni Emma… ngeeeee…. ^___^


Hari raya seterusnya baju kurung ke shawl raya ke tudung raya ke kasik tolak tepi,
Moh kita lepak tepi pantai..
Makan kapok lekor, dengan segala gorengan tepung..



Hari esok nya lagi,
dah Tak daya dah keluar duit sekejapan je bersih dengan gorengan tepung
bila melepak tepi pantai, pepagi lagi kami dah ke pasar Dungun
Beli sotong dan ikan  untuk di buat gorengan tepung.




Lagi heaven makan goreng tepung goreng sendiri.
Sotong ni sekilo RM8, ikan Selayang sekilo RM6..



Tersandar terus kekenyangan.. tanpa menyedari lelemak mula kumpul dengan jayanya…




Ziyad macam biasa, dengan possing ultraman nya..
Sampai jumpa lagi ya.. Tata!











Tuesday, November 25, 2014

Blouse

Dekat sebulan dah sunyi dan sepi je blog saya ni.
Maaf kan daku blog kesayangan ku..
Tuan penulis blog tengah mengalami kesibukan diri.

Siang malam bekerja.
Ujungujung tahun ni tugasan bertambah.
Kemalasan kepenatan pun makin bertambah.
Bila tengah malam mata terkebil-kebil
Selak-selak perca, TER rajin terus tambah menjahit.

Dah selesai Berjaya buat jubah dress sendiri
Ter rajin Berjaya buat Blouse pulak..

Hahahaha.. SAYA SUKA! SAYA SUKA! SAYA SUKA!
Meh sini tengok blouse saya..




Gambar muka taklawa takyah tepek sekali..
Fokus kat tajuk.. BLOUSE
Jadi gambar blouse aje la dijamunya.. … *jangan marahh. kekekeke …

Sensasi nya..,

Us together..