Friday, September 26, 2014

Pemenang Pertandingan Fruitale Queen–Be Fabulous


Pertandingan tersebut berlangsung
dari 5 Mei hingga 13 Julai 2014
bertujuan mendekati pelanggan melalui cara yang ceria
dan penuh keseronokan dengan memberi mereka peluang
mempamerkan koleksi masing-masing.

24 September 2014 bertempat di Bijan Bar& Restaurant, Jalan Ceylon, KL,
Satu majlis di adakan untuk penyampaian hadiah kepada para pemenang.
 
Para pemenang utama Fruitale Queen–Be Fabulous
menerima gelang rantai PANDORA berjumlah RM3,200
berserta produk Fruitale FairWhite UV
Sepuluh pemenang mingguan juga turut
menerima hadiah wang tunai RM100 setiap satu
berserta hamper produk Fruitale FairWhite UV.


Encik Francis Ng, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran,
Produk Rumah dan Penjagaan Diri,
Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd berkata,
sambutan terhadap pertandingan di Facebook
tersebut amat menggalakkan.

Katanya lagi, mereka menerima penyertaan
daripada wanita dan lelaki,
dengan pelbagai jenis koleksi termasuk permainan, buku,
kasut, barang dagangan selebriti dan rantai kunci,
kesemuanya unik dengan cara  tersendiri.  
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta
menerusi koleksi mereka amat menakjubkan,
begitu juga sokongan mereka terhadap Fruitale FairWhite UV.

Kami akan terus memberi ganjaran kepada para pelanggan kami menerusi lebih banyak inisiatif seumpama ini di masa depan. Tambah beliau lagi.




















“Kami seisi keluarga amat menggemari
rangkaian produk Fruitale FairWhite UV.
Haruman buah-buahan sabun dan krim mandiannya
menyegarkan hari saya dan membuatkan saya segar
setiap kali selepas mandi.
Saya sungguh tidak sangka hobi mengumpul patung mainan
selama bertahun-tahun membawa
kepada kemenangan set PANDORA Purple Morning Butterfly
yang mempesonakan bernilai RM1,600 serta produk Fruitale,”
kata Cik Narashatul Shima, 37 tahun berasal dari Melaka
yang telah dinobatkan ratu Fruitale
diatas koleksi patung mainan beliau yang mencapai ratusan buah.  




Pemenang tempat kedua, Cik Vasanta dari Semenyih,
memenangi set PANDORA Enchanted Purple bernilai RM1,095
diatas koleksi patung kecil Ultraman milik anak lelaki beliau,
manakala pemenang tempat ketiga, Cik Jaslina Ahmad,
membawa pulang set permulaan PANDORA bernilai RM547
diatas koleksi novel beliau.

Pemenang dipilih berdasarkan keunikan dan saiz koleksi,
kreativiti persembahan dan undian penyokong mereka.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran ringkas
rangkaian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV.
Pemenang pertandingan dan wakil media
diberi urutan kaki percuma
menggunakan rangkaian Minyak Zaitun Fruitale
yang dilakukan oleh ahli-ahli Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).



Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV menampilkan dua varian,
Pure Olive Oil, yang begitu kaya dan selamat digunakan pada kulit bayi,
dan Lite Olive Oil, yang mengandungi minyak pati lavender
yang digunakan secara tradisional
bagi melegakan dan menenangkan. 
Diperkuatkan dengan “BioWhite Triple Action Serum”
yang mempunyai pelbagai multivitamin
seperti vitamin A, C dan E serta Omega 3 dan 6
yang mampu melembapkan dan mengimbangkan tona kulit,
serta menyuburkan rambut dan kuku agar kelihatan lebih sihat.

Sabun buku kecantikan Fruitale
yang diperkaya dengan 100% ekstrak buah-buahan organik
dan susu yogurt dijual pada harga RM2.65 untuk satu pek 3x80gm,
manakala krim mandian kecantikan Fruitale
dijual pada harga RM9.90 untuk sebotol dispenser 1,000ml.
Kedua-dua varian Minyak Zaitun Fruitale FairWhite UV
boleh didapati di seluruh negara pada harga RM7.20 untuk 150ml.

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Fruitale,
“Like” Fruitale di www.facebook.com/Fruitale.
 
 
  

2 comments:

Kesuma Angsana said...

Salam jumaat yer ! maaf lama x singgah, KA terlajak busy. moga semuanyer ok with u & family yer

CikLily Putih said...

ermm apsal pi tak ajak, kalau tak boleh pi sekali tau..

Sensasi nya..,

Us together..