Friday, August 8, 2014

Percutian Bajet ke Penang


Macam biasa family holiday utk saya adalah di bulan Jun
Sebabnya...,Bulan Jun ni bulan istimewa untuk saya,
Banyak tarikh istimewa yang ada dalam bulan June,
besday mak saya, besday haziq, wedding anniversary
Dan Besday adik saya..

Setelah memikir-mikir nak jenjalan kemana,
Main bedal je pilih nak pergi Pulau Pinang.
Walaupun tak tau ape lah yang menariknya sangat kat Penang tu..
Dah sana sini orang cakap Penang is a most food heaven places.
Marilah kita ke sana merasai klimaks heavennya cemane yer..
Sebab mase kecik-kecik dulu pergi Penang, idokla heaven sangat pon..

Gerak dari KL pukul 12.30mlm sampai ke Penang jam 7.00pg.
Patutnya pukul 4pagi tu dah boleh sampai Penang dah.
Sengaja Kami lengah-lengah kan masa kat RnR..
Sebab terasa awal sangat lak nak sampai ke Penang.
Memula menyinggah ke RnR Bidor, Lepas tu RnR Tapah
Kami stay kat hentian RnR Tapah dari pukul 3pagi sampai ke pukul 6pagi.
Check in time pukul 12, gile nak nunggu lama sebab sampai awal.

Trip holiday kami kali ni selama 4hari 3 malam.
Memang standard kami le kalau pegi holiday ni.
Mesti nak 4hari 3 mlm..  
*ehhh.. tetiba baru teringat tahun lepas punya holiday pergi Langkawi tak masuk blog pun*
Kami Sebulat suara pilih TM Resort Penang je.. senang.




Guna je la kemudahan yg telekom bagi kat staff tu kan.
Ada dua bilik, ruang tamu, ruang makan dan dapur..

Saya bercuti ni bersama mak abah dan adik bongsu saya.
Orang yang paling gumbira bila bercuti beramai-ramai ni
dah tentulah anak-anak saya, Haziq dan Ziyad.
Tema percutian kami ni adalah tidak terancang dan tidaklah bermewah.. hahahaha..
Yang penting ADALAH.... enjoy, happy dan dapat holiday.


Bila dah sampai ke Penang jam 7 pagi,
En abah selaku driver kehormat pada percutian kali ini,
Mengarahkan kami terus check in ke bilik..




Beliau amat tidak selesa memandu dengan badan berlengas, beg bersusun di boot kereta.
Terus menuju ke TM resort Penang yang terletak di Tanjung Bungah.
Walaupun baru je pukul 8pagi mase tu. 
Masa Check In standard hotel dimana-mana pukul 2pm kan kalau tak salah.
Tak mahal pun nak bayar kalau early check in.
Hanye perlu tambah RM50 bayarannya untuk check in awal cenggini.

Settled urusan check in, kami ke medan selera tjg Bungah
Betul-betul berhadapan dengan masjid terapung Tjg Bungah.
Mencari sarapan.. huhuhuhu kelaparan betul ni..



Dua beradik ni memang betul-betul baru bangkit tido..
tak pernah nya la keluar rumah pepagi dengan baju tidur tak mandi cenggini.

saya, dan dua anak saya, makan pagi roti canai dan murtabak aje.

En abah (suami saya), mak abah saya dan busu (adik bungsu saya) makan nasi.
heaven nya medan makan sini.. pepagi dah berderet dah lauk-pauk nasi campur.


bila makan, makanya cerita pasal Penang ni pun berenti untuk seketika.. hahahaha..
lapar kann.. mana ade pikir benda yang lain.
nak bercakap pun takde idea.
yang pastinya, sedap dan murah.

entri akan disambung lagi ye.. tunggu tau.!
Salam hujung minggu!







6 comments:

Farrah MF said...

syoknya pegi bercuti!

Nieda ramly said...

macam2 ada kat penang ,best la....

Nieda ramly said...

macam2 ada kat penang ,best la....

Fara said...

Assalam...lama x meninggalkan jejak kt sini, huhuhuhu...

ada cuba try test nasi dalca x? seriusly marbeles. tgh taip ni pn meleleh ayaq liuq. heheheh

Siti Fatimah said...

Best kan penang. Maaf lama menyepi

hazman fadzil said...

Hurmmm.... tu dia... masakan kari dan gulai kat penang memang best sangat kan...

Sensasi nya..,

Us together..