Wednesday, April 30, 2014

Catuan Air Selangor Berakhir Hari Ini




Kira-kira 7 juta pengguna air sekitar Lembah Klang bakal menarik nafas lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan air berakhir hari ini.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih seperti biasa esok di kebanyakan kawasan atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan yang bertekanan rendah.

Katanya, kerajaan negeri membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi lain.

"Kerajaan negeri memaklumkan kepada Syabas untuk mematuhinya dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti biasa," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini. – 30 April, 2014.

sumber berita dari SINI



tak tahan  la bila catuan air ni .. hukhukhuk..
balik rumah dah malam, anak-anak kelaparan minta makan.
bila time air takde, kerja masak-memasak makin menjadi lambat.
by the time en abah pulang ke rumah,
dah tak larat nak tunggu .. jom ke kedai makan kata en. abah..
best memang best la dapat gantung periuk sesaje takyah nak sibuk masak.

tapinya anak-anak saya ni jenis pemakan masakan ibu.
kalaupun dah kenyang makan kat kedai masing-masing,
sampai je rumah.. sejam kemudiannya minta makan lagi...
paling tak tahan, pagi esoknya mintak nasi.
Alahaiiii... cemanenye tu..
kalau dah merengek nak NASIIIIKKKKK
mana nak cekau nasik pagi-pagi tu..
bukan boleh kejap-kejap terus siap masak nasi nya kan.

 

okeyla.. panjang pulak ngomel cik melah ni..
meh layan gambar kami anak beranak pi makan





OLD TOwn White Coffee Bdr Kinrara sekarang dah ade HALAL JAKIM..
besar lagi plate HALAL JAKIM tu kat depan kedai..
lame dah tak jejak Old Town ni sejak isu hangat HALAL dorang dulu

 

sekarang dah ade HALAL ni, boleh la tetiba tersinggah banyak kali.. hakhakhak...






esok cuti hari pekerja kan..
saya ucapkan
selamat Hari Pekerja pada semua!










3 comments:

Jari Manis said...

Yeaay org pertama baca dan komen, ehh ye ker
Alhsmdulillah klau ada air rasa hilang beban tu kan

Nur Misnan said...

Yalah cik melah dah membebel... catu air dah berakhir. Alhamdulillah...

Kasihan tgk yg duduk flat. Sorong air bawa naik.. ujian dr Allah...

Liza Razak said...

seksa betul bila air dicatu ni kan..yang bagusnya..hari2 boleh makan luar..hehe

Sensasi nya..,

Us together..