Wednesday, April 30, 2014

Catuan Air Selangor Berakhir Hari Ini




Kira-kira 7 juta pengguna air sekitar Lembah Klang bakal menarik nafas lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan air berakhir hari ini.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih seperti biasa esok di kebanyakan kawasan atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan yang bertekanan rendah.

Katanya, kerajaan negeri membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi lain.

"Kerajaan negeri memaklumkan kepada Syabas untuk mematuhinya dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti biasa," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini. – 30 April, 2014.

sumber berita dari SINI



tak tahan  la bila catuan air ni .. hukhukhuk..
balik rumah dah malam, anak-anak kelaparan minta makan.
bila time air takde, kerja masak-memasak makin menjadi lambat.
by the time en abah pulang ke rumah,
dah tak larat nak tunggu .. jom ke kedai makan kata en. abah..
best memang best la dapat gantung periuk sesaje takyah nak sibuk masak.

tapinya anak-anak saya ni jenis pemakan masakan ibu.
kalaupun dah kenyang makan kat kedai masing-masing,
sampai je rumah.. sejam kemudiannya minta makan lagi...
paling tak tahan, pagi esoknya mintak nasi.
Alahaiiii... cemanenye tu..
kalau dah merengek nak NASIIIIKKKKK
mana nak cekau nasik pagi-pagi tu..
bukan boleh kejap-kejap terus siap masak nasi nya kan.

 

okeyla.. panjang pulak ngomel cik melah ni..
meh layan gambar kami anak beranak pi makan





OLD TOwn White Coffee Bdr Kinrara sekarang dah ade HALAL JAKIM..
besar lagi plate HALAL JAKIM tu kat depan kedai..
lame dah tak jejak Old Town ni sejak isu hangat HALAL dorang dulu

 

sekarang dah ade HALAL ni, boleh la tetiba tersinggah banyak kali.. hakhakhak...






esok cuti hari pekerja kan..
saya ucapkan
selamat Hari Pekerja pada semua!










Tuesday, April 29, 2014

Status Intagram yang Syahdu dan Shawl saya






pagi tadi masa makan sarapan ..
jenguk instagram... terbaca kan status insta Rita Rudaini.
huhuhu syahdu sangat rasa.
memang bergenang air mata di buatnya,
bila kenangkan dari ayat rita ..
sedihnya beliau tika mengandungkan anaknya yang kedua dulu, Arjuna..
Happy 3rd birthday to Arjuna 2nd child of Rita!
entah kenapa,
saya memang adore sangat dgn Rita sejak-sejak dia 'berkemelut' dulu-dulu hinggalah kini.
makin hari makin suka dengan rita,
kalau lah boleh.. nak aje saya berkawan dengan dia..
takpe la kak rita.. adik tetap terus jadi penyokong tegar kak Rita
(dan dan ber 'adik' 'kakak' dengan kak rita)



Hadirmu xdijangka dan x dipinta..
hadirmu di kala waktu yg salah,
dikala waktu gundah gulana ku..
 ‘membawamu’ brsamaku dlm keadaan yg xsepatutnya kau terima…
tp aku pujuk hati gundah ku utk menerima hadirmu..
aku kuatkn hati sedihku..mungkin ada ‘sesuatu’ drNYA..
aku redha dan hati gundahku sedikit demi sedikit,
hari demi hari berbunga walaupon dlm hiba..
hari2ku menjadi kuat kerana ada ‘dia’ dlm setiap denyut nadi ku…
dlm hati aku ‘mungkin inilah ‘sesuatu’ yg MAHA ESA ingin berikn pdku’…
KEKUATAN..ye..kekuatan melawan segala gundah ku…
’dia’ member semangat pdku dr ‘dalam’…
’dia’ memberi kekuatan pdku dr ‘dalam’..
sehinggalah ‘dia’ lahir ke dunia..
aku sambutnya dgn penuh kesyukuran pd YG MAHA ESA
kerana mengHADIAHkan ku ‘sang ARJUNA’ yg bermaksud ‘kesatria’..
’dia’ lah ‘satria’ku..


boleh pergi ke insta Rita utk baca lebih lanjut ye..   ^__^










sambil-sambil tu,
saya tepek kan juga gambar saya dan koleksi #handmade shawl saya..
hahahaha..
dah makin selesa dah pakai shawl sekarang ni..
kedai kain Jakel ade promo skrg ni kan utk kain chiffon ni..
kain macam saya ni sekarang RM7 je semeter.. dari rege RM12 tu.. murah sangat dah.
jom cepat² pegi borong chiffon! lusa sok cuti hari buruh.. ape lagi! JOMMMM!!!


#mustard

#darkgrey


#shockpink

#darkgreen


Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday - http://haslizalizz.com/


nak bagitau ni..,
tak boleh nak pergi blog awak la..,
mesti keluar macam ni;


kenape ehh??









Wordless Wednesday ~ Saya sayang keluarga saya kerana ...

Great Eastern Life
buat peraduan mewarna..
beserta slogan "Saya Sayang Keluarga Saya Kerana...... "
haziq bersemangat join .. sebab cikgu dia yang bagi form kat sekolah. Harap-harap berjaya..
menang kalah tak kisah sangat, janji haziq bersungguh dan minat nak buat.
doakan haziq ye..




Monday, April 21, 2014

Kedai Dobi CleanProExpress



mood masih telibat dengan catuan air.. hukhukhuk...
rumah korang yang tak terlibat, alhamdulillah syukur tau.
macam saya ni ade lah keberatan sedikit kesusahannya.. nak-nak bila tang basuh baju.. basuh pinggan.
perghh! siksa..

sabtu ahad pun takde air..
baju sekolah, tuala haziq ziyad utk daycare punya pun tak berbasuh lagi.
ajak en abah pergi puncak jalil, ade kedai dobi 24hrs..
self service mendobi.

mula-mula kami termalu-malu,
yelah kann...first timer datang kedai dobi layan diri ni..
kekok le jadiknya masuk kedai dobi ni.
nak kena study dulu.. baca arahan step by step.

bila dah abis baca, jom kita mula kan mendobi.
mesin kat sini jenis masukkan syiling untuk guna.
syiling 50 sen baru aje, syiling 50sen lama tak boleh guna.
gaduh gak kami laki bini sebab takde syiling 50sen baru tu,
sekalinya tengokkk.. ade je mesin tukar syiling kat sebelah tu..
hahahaha ....

yang paling kelakar , haziq punya semangat nak perhatikan depan-depan mesin tu.

sebakul aje baju kami bawa di dobi.
esok-esok kami datang lagi lah.. macam best lak.
lepas dryer, terus lipat bawak balik rumah..

Harga dobi kami malam ni;
14kg guna warm water = RM7
dryer 24minit - RM4

Total = RM11


**bila lah masalah catuan air ni nak habis.. tak larat dah niii.... **



Thursday, April 17, 2014

BentoLive Tonton Video Streaming Online Free







~24hrs sponsored post~





Hai hai.. semua..
Korang biasa layan movie online tak??
Biase kan..kan??. kann..?? kannnn…?

Pernah dengar tak pasal Bento Live? Dekat radio Mixfm dah keudara dah iklan BentoLive ni..
Ha..! Meh sini saya pula nak promote kan..
Boleh tengok blog Buster movie secara online..

Website dia  http://bentolive.com
*Laju-laju klik link ni kalau nak tau ape yang best!


Bento Iive application ni web-based services,
Yang mana.. , membolehkan kita tengok cerita-cerita BlogBuster berformat HD melalui streaming online di Internet.

BentoLive ni ada pelbagai pilihan menu. Ada Filem, Dokumentari, Tv Series
dan juga Siri Anime dari Malaysia, Indonesia dan Amerika.

Paling Besttttnya.. Takde pun dikenakan caj bulanan.
Dengan BentoLive, boleh tengok online pada bila-bila masa.

Sesiapa yang ada Samsung SmartTv di rumah, memang untung tau..
Boleh  free download BentoLive ke Samsung Smart Tv di rumah.
Janji rumah tu ade internet.
  


Tak terkecuali pada mereka yang tidak mempunyai Samsung Smart Tv.
Anda boleh juga guna BentoLIve ni ..

Ade Laptop? Desktop PC? Smartphone?


Cuba tengok klip video Youtube BentoLive ni,


Ape saya kata tadi? Janji ade internet connection kan..,  Boleh Saja layan BentoLive!!..

ketiga-tiga benda wajib ada dimiliki setiap orang zaman sekarang (Laptop, PC, Smartphone) 
semuanya boleh menggunakan BentoLive.
Caranya;

Desktop PC & Laptop          
- Klik ke login/signup

 



- klik butang Register
- macam biase lah kan.. kena register dulu ..
Masukkan full name, email, password dan sebagainya macam biasa.


setelah sukses.. yahhhh! marilah kita menonton filem !!…
untuk smartphone android pun tidak ketinggalan ye..,
Bayar RM6.50 untuk download application BentoLive dari AppStore.
Kemudian register.
Jangan risau…  bayaran tu dikenakan hanya untuk sekali seumur hidup sahaja.
Tiada caj lain-lain dikenakan.

Sesiapa yang mempunyai  Samsung Smart Tv & Samsung Smartphone pula ada
Kelebihan lebih  Istimewanya pada mereka ni.
Boleh download application BentoLive ini
secara PERCUMA di Samsung Appstore. Free Download.

Dah siap download, register dan sign in..,
Jom tengok movie..!!
Tu Nampak tu..?? Masa lunch time aritu saya sempat tengok cerita Lucky Girl.
Cerita yang dilakonkan oleh Elisha Cuthbert yang membawa watak sebagai Kaitlyn, seorang pelajar sekolah ketagih dengan aktiviti Judi.

Ketagihan judi Kaitlyn yang berpunca daripada hadiah tiket loteri yang dimenanginya ..
terus menyebabkan dia ketagih dengan aktiviti perjudian sehingga lah akhirnya Kaitlyn dihimpit dengan masalah hutang yang banyak.

Nak tau macamne Kaitlyn harungi hidupnya sebagai pelajar yang gila Judi??
cepat-cepat downloand BentoLive, boleh tengok cerita ni sampai habis.
Ada baaaanyak lagi movie best best tau..!
Seronok nya layan movie ni dengan sarikata BM. Puas hati!.

Kalau perasan, Iklan terletak di sudut bawah aje (refer gambar atas)..

Langsung  tidak menganggu pun movie nya kan..
tengok cerita Inggeris streaming online.. dengan sarikata Bahasa Melayu.. OHSEMMM!!..




















Tak suka nak baca subtitle melayu? Takde masalah yer..
Boleh pilih sarikata bahasa inggeris.
Pilihan adalah di tangan anda.. nak subtitle BM ke BI.

Jadi..,
Jangan berlengah lagi .. cepat-cepat download, register dan online..
Tak rugiii…saya kata..


Eh sebelum tu kan, BentoLive ade Peraduan “SHARE & WIN”,  Boleh menang TV Samsung bersaiz 40inchi sekiranya bertuah.. Mana tau kan rezeki boleh menang..
Setiap bulan akan ada satu pemenang.

Bagaimana nak join Contest ni? Senang Sahaja.. Caranya;

1)     Daftar Bentolive
2)     Like Facebook page rasmi Bento Live
3)     Share contest post "BentoLive Share & Win"  ke Timeline Page Facebook anda
4)     Ceritakan Movie favourite Bento  anda di ruangan komen post peraduan “BentoLive Share & Win”


More Info here;
Official Website:  http://bentolive.com


Dalam Tandas




bukan korang je boleh tau..
makcik ni pun NAAAKKKKK jugakk..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
\/
\/
\/

saya pun nak jugak buat..! Jeng jeng Jejenggg... Cak!

pergi shopping complex masuk tandas,
nampak ada cermin besar tepi dinding .. cepat-cepat ambik gambo diri sendiri.

hahahaha..
saya kena improve lagi ni..
ade satu step yang tak terikutnya,

patutnya kene possing cun-cun..
senyum pun kene cun-cun..
baru lah nampak ala-ala.. cantiklahsangatperasancun bila depan cermin besar,

selamat petang !
mata ngantuk lepas makan, adalah indah jika tidur nyenyak kemudiannya..








Tuesday, April 15, 2014

Habis 60 Shopping





Entry ni adalah entry rentetan daripada entry TAPI saya pagi tadi,
Dalam entry Tapi saya tadi ade cakap saya nak pi shopping kan,
Tapi MALAS katenye..

Dan Ajaibnya pulak,
Tetibe tengahri saya ke MINES…. hahaha..

Dan tetiba saya tersinggah ke TEWAH, Mines.
jadi pulak saya shopping hah..
hahahaha ketawa besar lagi sekali..

Saya beli sepasang kain baju kurung, sehelai kain chiffon utk buat wide shawl.
Lepas tu saya beli kerepek pisang tanduk dan asam prune
Untuk di ngap-ngap kat office nanti.

Total duit saya shopping tengahri ni cuma RM53.50.
Balik karang nak try claim dengan en. Abah la duit baju yg saya beli tu..
Mane tau dapat claim.. buat-buat la alasan,
Kekonon saya beli kain baju tu untuk baju raya ke kan..
itupun kalau approved, Kalau tak approved pun tak ape lahh..
sape suruh pandai-pandai belanje shopping bagai.


kedai kain Tewah sekarang ni tengah buat jualan separuh harga untuk kain-kain,
baju-baju, blouse-blouse, jubah-jubah yang terpilih.
gila juga dibuatnya..
Kain ela yang saya beli ni.. dapat separuh harga. tu yang dapat murah aje sepasang.
cepat pergi tau.. jualan dibuat sampai stok habis..
kan tak lama lagi nak raya.. nak masukkan stok-stok baru,
tu yang buat sales utk clear kan stok lama yang ada..

P/s: saya tak kisah pun pakai kain outdated. janji murah dan lawa..
















Saya dengan TAPI






Mood saya tak best TAPI buat-buat ceria
Bz dengan kerja TAPI malas nak buat
Perut tak sedap, memulas. Angin berbunyi riang (malu dengan orang sekeliling, takut je dorang dengar bunyi perut ku) TAPI dah banyak makan sejak dari subuh tadi..
Hati membuak rasa nak pergi shopping lunch time karang, TAPI tenaga badan cakap malas nak pergi
Mata tak ngantuk, TAPI setan bisik suruh sangap tak sudah-sudah gaye macam tak tidur seminggu.
Perut dah kenyang makan pulut kuning cicah sambal sotong pagi tadi, TAPI hati rasa nak makan makan makan dan makan macam takde berkesudahannya aktiviti makan saya.
Kesimpulannya, hari ni adalah hari TAPI saya..  baru letak 6 point je..dah  penuh dengan perkataan TAPI setiap point.
Salam Selasa dari saya untuk semua!
LOL,
zulie ieta.
15 April 14


bekal saya pagi tadi,
dah selamat dalam perut..



Thursday, April 10, 2014

Cili Jeruk


tetiba tekak terasa-rasa nak makan cili jeruk..
google kan resepi cili jeruk,
lalu terjumpa resepi cili jeruk sedap dari Jintanmanis.com

tengok-tengok senang sangat nak buat..
oleh itu, saya ambil tepek kat blog saya resepi dan cara buat nya,
Jom kita try!

Bahan-bahan;
200ml cuka makan
150ml air
3 sudu besar gula
3 biji cili padi merah
8 biji cili hijau
satu botol kaca utk menyimpan cili jeruk

Cara-cara membuatnya;

~ Cili di hiris, di basuh dan toskan.
~ campurkan air, cuka, gula dan dimasak hingga mendidih di dalam periuk. Tutup api dan sejukkan.
~ masukkan cili ke dalam campuran air dan cuka yang telah sejuk
~ masukkan ke dalam botol kaca, tutup hingga kemas dan simpan di dalam peti ais semalaman.
~ esok hari dah boleh makan cili jeruk dengan mee goreng dah.. Yummeehhh!!



makan mee goreng berbackground kan KLCC.. Nyummss!!...



















Friday, April 4, 2014

Jay Jay feat Ning Baizura - Erti Pertemuan

Salam Jumaat.
tetiba je hari ni dah Jumaat kan.

meh layan lagu Ning Baizura featuring JayJay ni.
best tau!



pagi tadi highway Besraya arah Selatan sebelum Plaza Tol
depan bangunan Mines/Sapura,
ada kemalangan maut.
yang melibatkan kereta MyVi.. takziah pada mangsa dan keluarga mangsa.
dan kelamalangan itu juga mengakibatkan kesesakan yang teruk di highaway besraya,
juga sesak di bulatan lumba kuda...

saya juga adalah terlibat didalam kesesakan itu pagi tadi..huhuhu.
mengakibatkan tulisan punch card MERAH.
Bagus sangat!!! hahahaha...

oleh itu pemandu-pemandu di Malaysia ni..
sila lah menjadi pemandu yang berhemah.. untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

Wednesday, April 2, 2014

Tengok Monyet


macamne keadaan air korang si warga selangor, ??
musim-musim catuan air ni kan.. semua aktiviti di rumah pun kena catu-catu jimatkan penggunaan air.
korang macam tu tak?
saya ni ponnn.. macam susah sikit la jadinya bila air kejap ade.. kejap takde..
terus mase ni ter fikir alangkah bagusnya duduk kampung,
puasss dapat mandi.. puas dapat basuh baju..pinggan.. takde pon catu-catu air.

meh kite sesama berdoa biar hujan banyak-banyak dan kerap-kerap,
biar kawasan tadahan air untuk selangor mencukupi untuk kite semua kan..

Ahad yang lalu, saya sekeluarga kecik  ke taman rekreasi Bukit Jalil.
buat aktiviti riadah.
anak-anak saya kan hobinya berlari dan melompat setiap saat,
jom ler kite berlari melompat sesuka hati mu Nakkk..

kalau ikut en abah, taman bukit Jalil ni memang dia pangkah sangat-sangat.
lelah katenye..
bukan sebab dia kene serang sakit lelah tiap kali datang taman ni,
kawasan taman ni jenis berbukit. nak masuk tamannya dari tapak parking kereta,
kene menonggek bontot manjat bukit.. hahaha.. tu yang dia kate lelahnya..
sebab nya belum sampai pun lagi taman, dah termengah-mengah panjat bukit.
terbalik pulak saya yang suka je kalau pergi taman bukit ni.. gembira sangat kalau dapat pergi.
dapat le keluarkan peluh..
saya memang suka bende-bende adventurers macam ni..
tapi tidak pada en abah.

dek sebabkan ade satu ni je taman yang okey area bkt Jalil ni,
nak tanak en abah bawakkan juga kami ke sini..

puas haziq dengan Ziyad berlari berkejaran kat playground.
berpeloh kuyup kami laki bini kejor dorang dua beradik...
kejap ke sana kejap gi ilang dia ke sini..

sampai le en abah dah serender mengah macam nak pengsan jaga si ziyad,
ade la dalam 45minit bermain,
saya ajak turun ke bawah taman, ade tasik kot.. ke kolam?.. ke sungai?.. entah ler.. tak sure.

penuh dengan monyet kat area air-air tu..
hahhh suka sangat la budak dua beradik ni tengok monyet.

dah jimat duit tiket zoo dah kat situ..
dah puas tengok monyet kat sini aje..
semua aksi monyet dapat tengok live dan open kat situ.
dengan monyet gaduhnya la..
dengan monyet berkejaran dari sana ke sini nya la.., diving nya la.., berenang la..
sampaikan la deme "EHEM EHEM"..depan kitorang.. cukup dah sempurna tengok monyet-monyet tu..




syok dorang dok tepi air..

monyet ni la yg baru lepas "ehem ehem".. sabar je lah


monyet yang ni terus possing bila nampak saya hala henpon ..
mesti dia ni model.. pandai possing.



monyet-monyet berlarian dan bergaduh sesama sendiri.


kami berempat.
ibu, abah, abg long haziq dan ziyad

ibu abah haziq.
ziyad ngamuk kat belakang abah mase ni.
abg long haziq.
eh ..eh.. apesal dah nampak dah besar ni haziq???
#howtimeflies



Sensasi nya..,

Us together..