Thursday, February 27, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2013


*ni entry throwback saya ni... huhuhuhu*

lunch time ni saya mkn bawak bekal.
lepas habis makan, ingat nak tidur.. tapi mata tak boleh nak katup.
klik klik PC, klik klik personal folder saya.. tetiba nampak ade gambar raya 2013 saya.
amboiihh terperuk je diam kat situ nak buat ape.
baik saya masuk blog.. dapat juga corat coret kenangan.

Raya tahun 2013 tahun kedua ziyad beraya..
yeyy! tahun kedua juga utk haziq beraya sebagai abg long ziyad.
tapi kan sedihnya.. gambar raya ni tak de gambo raya kami full sekeluarga.
tak paham le kenape haziq tu cukup tak suka ambik gambo.

waktu raya ni..tiap tahun saya dan en abah akan ambik cuti raya panjang
yang wajib mesti seminggu cuti raya..
kalau cuti tu mengena kena dekat cuti sabtu ahad..
kemungkinan cuti akan sampai dua minggu.
sebab en abah org ganu, saya orang negri sembilan.. tapi mak abah orang Johor..
maka setiap kali beraya tu, kalau berezeki, akan rutin wajib jelajah 3 negeri untuk beraya.

raya tahun 2013, turn raya pertama adalah untuk en abah.
makanya kami balik terengGanu lebih dulu. raya ke empat baru sampai ke negri sembilan kampung saya.


raya 2013 ni macam tak berapa best yang sebenarnya,
patutnya pakai warna ungu kami anak beranak.
sekalinya dah lewat nak hantar tempahnyakan..
mane ade lagi orang nak terima tempahan,
macam biase lah.
kami recycle semula warna hijau.
en abah ni memang,.. bukannya sporting pun.
tak sudahnya nak recycle kan baju melayu dia tu..
yang betul² baju baru raya ni.. baju saya dan baju melayu ziyad je.

kalau saya takde baju baru untuk raya.. tu memang dah tahap melampau la en abah ni.
dapat gak dia belikan saya dua pasang kurung moden..
beli stok-stok terdesak kat Jln TAR.. hahahahaha..
cari tengah2 malam berangkut kami anak beranak.. dai satu kedai ke satu kedai..
last-last jumpa readymade kurung moden kat Maya Silk House.
baju melayu ziyad kami cari kat Mydin USJ... fuhhh! bersyukur sungguh.


saya dan en abah.

saya dan en abah lagi..
seb baik en abah saya punya saiz maintain..
dapat le dia sarung baju melayu yang 2tahun sudah punya raya.

saya bergambar dengan abg ipar


hah! kemain lagi saya ambik gambar dengan abg ipo saya ni..
almaklumlahh.. penyumbang duit raya kan..
kite kene lebih² amik gamba dgn beliau..
untung² dapat lebih duit rayanya..hehehehe..

saya, ziyad sikecik yg tengah menyuap almond london. bergambar dgn kak ipar dan suami

saya dan mereka suami isteri lagi..
terima kasih eh acik & pakcik bagi duit raya besar kat saya.
nanti bagi banyak² lagi tau..! hihihi... 
petangnya saya sekeluarga beraya ke rumah mak-mak sedara en abah.
tak jauh pun.. sekitar sekitar situ je..

pagi raya kedua kami sekuarga beraya kat McDonald..
muahahaha pakcik belanja kami sekeluarga sarapan kat McDonalds..
Enjoyce sangat..



habis satu tingkat atas tu penuh dengan keluarga kami..
cukup satu keluarga en abah 4 beradik kat McD ni.. meriah makan breakfast kat McDonalds

tengahri nya berangkut kami anak beranak pergi Mesra Mall kat Kerteh..
ha!..
tengahri raya kedua kami makan kat Burger King Mesra Mall.
kali ni Acik (Kakak en abah) pulak open table untuk kami sekeluarga.

ni semua anak buah en abah.
dah bujang bujang.. dah anak-anak dara dah semuanya..

saya nun terpencil sensorang cenonet tenggelam dengan ke gonjengan dorang dorang..
hukhukhukhuk..
en abah kan bongsu, kira boleh diterima lah kot saya mak su hat kecik sekali dalam keluarga en abah kan..



raya Ketiganya saya sekuarga dan anak-anak buah kecik-kecik pergi lepak pantai Teluk Lipat,.
haziq nak main pasir katenya,,



saya  yang berparut jerawat di pipi tersenyum di samping
background kan anak-anak, suami dan pantai yang indah


tengok lah haziq, betapa seronoknya dia mengorek pasir.. hoi hoii lah sangat..
betapa happynya mereka main pasirrr..
seb baik la pantai dungun ni takde anjing.
memang terjamin bersih pasir pantainya.

raya Keempat malam rasanya kami pulang ke negri sembilan,
kampung saya.
ditengah perjalanan, kami menyinggah ke Kemaman,
rumah Remy kawan en abah.

cantik rumah Remy.. pandai hias rumah.
oh ye Remy ni pelanggan tetap IKEA.
hah Ko! kami yang orang lembah Klang pun baru pergi sekali ke IKEA.
dia orang Kemaman pelanggan tetap IKEA.
siap semua perabut, barang-barang rumahnya barang IKEA.
Curlasss ko noks! gigihh bershopping sampai IKEA.
sebabkan kepenatan Haziq, tidur tahap pengsan tak sedar. waima menyinggah rumah orang.
langsung tak sedar dari tidur. rasanya dia ingat dia sedap tidur kat rumah gaknya.

en abah dan Remy.
sebaya en abah. muka pun lebih kurang.
orang Ganu kan mukanya sepesen je .. macam tak berapa lari lah acuannya..
hahahahaha..

Remy ni kerja schlumberger, income dia puluh riban.
tapi letih sikit la.. kerja berhari-hari kat pelantar, berpisah berjauhan dari anak-anak isteri.
tu sebab time dia off day, dia akan manjakan isteri nya bershopping-shopping.
tak kisah nak shopping kat mana.. berapa ongkosnya..
tu sebab dia jadi VVIP IKEA KL dah.


maka tamatlah cerita raya 2013 saya sekuarga di Terengganu.
cerita raya 2013 belah saya di Negeri Sembilan, nanti saya try sungkit gambar-gambar..
ade ke idok eh.. takut tak tau mane je.. saya cuba lah eh..
kirenya boleh tak saya cakap cerita Raya 2013 saya ...

might be... TO BE CONTINUEE..,

(tapi tak tau pulak bila nye nak continuekan...hakhakhakhak..)





3 comments:

wantie said...

Amboi..apa yg suka sangat tu bergambor nfan abang ipar. Mcm dah nak melompat ke langit tu

my heart said...

rajin la puan zulie kita nak mencari gambor2 lama ya..kita gambar2 teperap je dlm hp..nak mengolah ayat maleh tul

lizz said...

waa siap ader entry throwback lagi tuh....best nengok gambo2 meriah raya...kemain lagi..
happy family...
Sekali nengok ieta ni cam seiras ngan ofismate saya...

Sensasi nya..,

Us together..