Thursday, February 27, 2014

bila status Nufnang ade on going


jenguk Nuffnang tadi..
sukanya tengok bile on going berenang-renang kat ruangan status saya.


terima kasih ye semua..
korang memang ohsem!



Hari Raya Aidilfitri 2013


*ni entry throwback saya ni... huhuhuhu*

lunch time ni saya mkn bawak bekal.
lepas habis makan, ingat nak tidur.. tapi mata tak boleh nak katup.
klik klik PC, klik klik personal folder saya.. tetiba nampak ade gambar raya 2013 saya.
amboiihh terperuk je diam kat situ nak buat ape.
baik saya masuk blog.. dapat juga corat coret kenangan.

Raya tahun 2013 tahun kedua ziyad beraya..
yeyy! tahun kedua juga utk haziq beraya sebagai abg long ziyad.
tapi kan sedihnya.. gambar raya ni tak de gambo raya kami full sekeluarga.
tak paham le kenape haziq tu cukup tak suka ambik gambo.

waktu raya ni..tiap tahun saya dan en abah akan ambik cuti raya panjang
yang wajib mesti seminggu cuti raya..
kalau cuti tu mengena kena dekat cuti sabtu ahad..
kemungkinan cuti akan sampai dua minggu.
sebab en abah org ganu, saya orang negri sembilan.. tapi mak abah orang Johor..
maka setiap kali beraya tu, kalau berezeki, akan rutin wajib jelajah 3 negeri untuk beraya.

raya tahun 2013, turn raya pertama adalah untuk en abah.
makanya kami balik terengGanu lebih dulu. raya ke empat baru sampai ke negri sembilan kampung saya.


raya 2013 ni macam tak berapa best yang sebenarnya,
patutnya pakai warna ungu kami anak beranak.
sekalinya dah lewat nak hantar tempahnyakan..
mane ade lagi orang nak terima tempahan,
macam biase lah.
kami recycle semula warna hijau.
en abah ni memang,.. bukannya sporting pun.
tak sudahnya nak recycle kan baju melayu dia tu..
yang betul² baju baru raya ni.. baju saya dan baju melayu ziyad je.

kalau saya takde baju baru untuk raya.. tu memang dah tahap melampau la en abah ni.
dapat gak dia belikan saya dua pasang kurung moden..
beli stok-stok terdesak kat Jln TAR.. hahahahaha..
cari tengah2 malam berangkut kami anak beranak.. dai satu kedai ke satu kedai..
last-last jumpa readymade kurung moden kat Maya Silk House.
baju melayu ziyad kami cari kat Mydin USJ... fuhhh! bersyukur sungguh.


saya dan en abah.

saya dan en abah lagi..
seb baik en abah saya punya saiz maintain..
dapat le dia sarung baju melayu yang 2tahun sudah punya raya.

saya bergambar dengan abg ipar


hah! kemain lagi saya ambik gambar dengan abg ipo saya ni..
almaklumlahh.. penyumbang duit raya kan..
kite kene lebih² amik gamba dgn beliau..
untung² dapat lebih duit rayanya..hehehehe..

saya, ziyad sikecik yg tengah menyuap almond london. bergambar dgn kak ipar dan suami

saya dan mereka suami isteri lagi..
terima kasih eh acik & pakcik bagi duit raya besar kat saya.
nanti bagi banyak² lagi tau..! hihihi... 
petangnya saya sekeluarga beraya ke rumah mak-mak sedara en abah.
tak jauh pun.. sekitar sekitar situ je..

pagi raya kedua kami sekuarga beraya kat McDonald..
muahahaha pakcik belanja kami sekeluarga sarapan kat McDonalds..
Enjoyce sangat..



habis satu tingkat atas tu penuh dengan keluarga kami..
cukup satu keluarga en abah 4 beradik kat McD ni.. meriah makan breakfast kat McDonalds

tengahri nya berangkut kami anak beranak pergi Mesra Mall kat Kerteh..
ha!..
tengahri raya kedua kami makan kat Burger King Mesra Mall.
kali ni Acik (Kakak en abah) pulak open table untuk kami sekeluarga.

ni semua anak buah en abah.
dah bujang bujang.. dah anak-anak dara dah semuanya..

saya nun terpencil sensorang cenonet tenggelam dengan ke gonjengan dorang dorang..
hukhukhukhuk..
en abah kan bongsu, kira boleh diterima lah kot saya mak su hat kecik sekali dalam keluarga en abah kan..



raya Ketiganya saya sekuarga dan anak-anak buah kecik-kecik pergi lepak pantai Teluk Lipat,.
haziq nak main pasir katenya,,



saya  yang berparut jerawat di pipi tersenyum di samping
background kan anak-anak, suami dan pantai yang indah


tengok lah haziq, betapa seronoknya dia mengorek pasir.. hoi hoii lah sangat..
betapa happynya mereka main pasirrr..
seb baik la pantai dungun ni takde anjing.
memang terjamin bersih pasir pantainya.

raya Keempat malam rasanya kami pulang ke negri sembilan,
kampung saya.
ditengah perjalanan, kami menyinggah ke Kemaman,
rumah Remy kawan en abah.

cantik rumah Remy.. pandai hias rumah.
oh ye Remy ni pelanggan tetap IKEA.
hah Ko! kami yang orang lembah Klang pun baru pergi sekali ke IKEA.
dia orang Kemaman pelanggan tetap IKEA.
siap semua perabut, barang-barang rumahnya barang IKEA.
Curlasss ko noks! gigihh bershopping sampai IKEA.
sebabkan kepenatan Haziq, tidur tahap pengsan tak sedar. waima menyinggah rumah orang.
langsung tak sedar dari tidur. rasanya dia ingat dia sedap tidur kat rumah gaknya.

en abah dan Remy.
sebaya en abah. muka pun lebih kurang.
orang Ganu kan mukanya sepesen je .. macam tak berapa lari lah acuannya..
hahahahaha..

Remy ni kerja schlumberger, income dia puluh riban.
tapi letih sikit la.. kerja berhari-hari kat pelantar, berpisah berjauhan dari anak-anak isteri.
tu sebab time dia off day, dia akan manjakan isteri nya bershopping-shopping.
tak kisah nak shopping kat mana.. berapa ongkosnya..
tu sebab dia jadi VVIP IKEA KL dah.


maka tamatlah cerita raya 2013 saya sekuarga di Terengganu.
cerita raya 2013 belah saya di Negeri Sembilan, nanti saya try sungkit gambar-gambar..
ade ke idok eh.. takut tak tau mane je.. saya cuba lah eh..
kirenya boleh tak saya cakap cerita Raya 2013 saya ...

might be... TO BE CONTINUEE..,

(tapi tak tau pulak bila nye nak continuekan...hakhakhakhak..)





Wednesday, February 26, 2014

#WW - OOTD



hai hai hai..
dah hari Rabu..
saja nak buat #OOTD utk #Wordless Wednesday hari ni..

semuanya outfit hari ni tanpa di seterika.. hahahahaha...

Shawl RM10 by Unbranded (stok beli kat booth-booth Giant)
Mini Dress by Sally Fashion
skirt by Unbranded skirt

kesimpulannya, semua outfit saya Non-Hado Brand.. kekekeke..



Tuesday, February 25, 2014

Cara Buat Pretzel yang Senang



(Resepi ni boleh dapat dalam sedozen Pretzel kalau ikut saiz Pretzel Auntie Annes la)

Bahan-bahan untuk Pretzel:

1 ½ cups of Water at 110 degrees
1 Tbsp of Sugar
1 ½ tsp of Salt
1 package of Dry Yeast  *saya guna satu paket Mauripan
2 Tbsp of melted Butter *saya guna Planta yang di cairkan
4 ½ to 5 cups of All Purpose Flour
6 cups of Water
1/3 cup of Baking Soda

Bahan untuk hiasan;

Egg Wash (1 egg beaten with 1 tbsp of water) Kosher Salt for topping
*saya guna kuning telur campur sikit garam je


Process,

1) In the bowl of an electric mixer fitted with a dough hook,
add the water sugar and salt, stir to mix and sprinkle the yeast on top.
Let it sit for about 5 minutes or until the yeast begins to foam.

2) Add the flour and butter and turn the mixer to low and mix until everything is combined.
Turn the speed up to medium and mix for about 5 to 7 minutes or until you have a smooth dough.

3) Brush the bottom and sides of a bowl with some vegetable oil and put the dough in the oiled bowl.
Cover and let it rise in a warm spot for about 1 hour.

4) Preheat your oven to 450 degrees,
lay 2 baking sheets with parchment paper and brush some vegetable oil on the parchment paper.

5) Add the water and baking soda to a roasting pan and
set the roasting pan over a burner and turn the heat
on to medium and let the water come to a rolling boil, meanwhile form the pretzels.

6) Once the dough has risen, cut it into 12 equal pieces,
roll each piece into a rope and make a U shape,
then press the ends of the rope at the bottom of the U shape and pinch the ends.
Place your shaped pretzels onto the oiled parchment paper line baking sheets.

7) Carefully place the pretzels into the boiling water for 30 seconds one at a time,
remove from the boiling water using a flat spatula and
put them back on the oiled parchment paper lined baking sheets.
Continue to cook all of them and then brush them with
the egg wash and sprinkle each one with a little kosher salt.

8) Bake for 10 to 12 minutes or until deeply golden brown.




dannnn,..

last but not least..,

My HomeMade Pretzel.. Yummehhhhh!!!




Friday, February 14, 2014

10 Nama anak (Muslim) Yang Ngetop Di Malaysia

 
Top 10 Nama Bayi Perempuan
 
  • Noor
  • Damia
  • Alya
  • Aleesya (Alisya/Elysia /Allysha)
  • Hana (ada juga yang di eja Hannah)
  • Arissa
  • Humaira
  • Maisara
  • Aishah
  • Iman
 
Top 10 Nama Bayi Lelaki
 
  • Mohamed (Muhammad/Mohamad)
  • Adam
  • Rayyan
  • Ahmad
  • Danish
  • Hakimi
  • Aqil
  • Ashraff
  • Danial
  • Haris

#sumber adalah dari SINI

Thursday, February 13, 2014

Cara hilangkan parut di Muka

asam jawa ni bende wajib kena ade kat rumah saya.

tetiba rasa nak share tips hilangkan kesan parut kat muka.
ambik 3 cubit asam jawa
di bancuh dengan sesudu air hingga pekat.
lepas tu boleh la di sapu kan bancuhan tu ke parut kat muka.
biarkan sekejap beberapa minit..
saya buat biarkan selama setengah jam,
pastu boleh di bilas dengan air.

katanya..,
kalau selalu & rajin buat.. boleh buat kulit muka kita jadi halus, licin, bersih dan berseri.

sejak dua menjak ni tah kenapa
jerawat nasi suka sangat bertamu kat dagu saya.
jari tangan ni pulak gatal je nak menguis-nguis korek jerawat tu.
akibatnya berparut itam-itam titik² dah dagu saya..huhuhu



#sebabkan pakai handmade shawl lah yang buat saya gigih berselfie.. hakhakhak..

jom! kita buat cara ni ilangkan parut & muka berseri jom!


Tuesday, February 11, 2014

anak siap buat kerja sekolah



sekarang ni tengah hangat memperkatakan topik
seorang bapa kat Butterworth ni dakwa guru sebab rotan anak dia tak buat kerja sekolah kan..

macam-macam dah kes dakwa-dakwa sekarang ni.
zaman dedulu rasanya takde kot cikgu cikgu kene dakwa merotan anak murid.

tu sejak haziq dah sekolah sekarang ni..
tiap hari saya pantau kerja sekolah haziq tu.
menangis-nangis dia buat awal-awal dulu.
selalu saya pesan kat dia, suruh siapkan juga kerja sekolah tu
walau dia penat cemana pon..
saya tanak dia kene denda ataupun di rotan cikgu nanti kalau dia tak siapkan kerja sekolah..

tapi alhamdulillah, sekarang Haziq seronok dah buat kerja sekolah.
saya syak dia dah bertenaga kot..
sebab minggu lepas saya start bagi dia makan Coklat Minda.
terima kasih Puan Sob,
cadangan puan.., memang terbukti berkesan..

haziq dah tak lesu dah balik dari sekolah.
senang bangun pagi.. masih bertenaga sandang beg super berat ..

Monday, February 10, 2014

Legoland Water Park Malaysia


Address:
7, Jalan Legoland, Bandar Medini,, 79250 Nusajaya, Johor
Phone:07-597 8888
Hours:
Monday 10:00 am – 6:00 pm


Harga Tiket:
Combo Dewasa (12-59thn) -Theme Park & Water Park RM150 (termasuk kupon makanan berharga RM10)
Combo Kanak² (3-11thn)/Warga Emas (60thn) - Theme Park & Water Park
RM120 (termasuk kupon makanan berharga RM10)

Kanak² (berumur 3 tahun ke bawah)- Water Park
RM10 (Swim Diapers akan diberikan)
Dewasa (12-59thn) - Water Park sahaja 
RM95 (termasuk kupon makanan berharga RM10)
Kanak² (3-11thn)/Warga Emas (60thn)- Water Park sahaja
RM75 (termasuk kupon makanan berharga RM10)

Service Tel.: +607 597 8888 (Mon - Sun, 8.30am - 5.30pm)
Service Fax.: +607 597 8804

Generic Enquiries: info@LEGOLAND.my
Sponsorship: sponsorship@LEGOLAND.my
Media Enquiries: media@LEGOLAND.my
Online Booking: onlinebooking@LEGOLAND.my

Siegfried Boerst (General Manager Legoland Malaysia Resort) bersama
John Jakobsen (Managing Director of LEGOLAND Parks for Merlin Entertainments
di hadapan Joker Soaker
Siegfried Boerst (General Manager Legoland Malaysia Resort) bersama
John Jakobsen (Managing Director of LEGOLAND Parks for Merlin Entertainments
di hadapan Joker Soaker



NUSAJAYA, 19 October 2013 – Asia’s first LEGOLAND® Water Park promises families yet another exciting adventure as it opens to the public officially on 21st October 2013. The rides, slides and attractions are all in full flow and have been enjoyed by the first wave of guests during an exclusive preview period.

The opening of the Water Park leads the transformation of LEGOLAND Malaysia into a Resort.

The Water Park contains over 3 million litres of water and has more than 20 unique water based rides. There are also over 70 specially built LEGO models. It is the largest LEGOLAND Water Park in the world and the only one which can be enjoyed either on its own as a stand-alone attraction or in combination with the Theme Park– Asia’s first LEGOLAND® Water Park promises families yet another exciting adventure as it opens to the public officially on 21st October 2013.

The rides, slides and attractions are all in full flow and have been enjoyed by the first wave of guests during an exclusive preview period. The opening of the Water Park leads the transformation of LEGOLAND Malaysia into a Resort.





Bulit A Raft River


Bulit A Raft River 
 Bulit A Raft River

Bulit A Raft River


Imagination Station


Splash & Swirl



Lego Wave Pool


Lego Wave Pool


# Entry ni dah lame tersimpan dalam draft..
mungkin mase tu kucar-kacir masa .. tak sempat nak publishkan.
Saya join sebagai Media ke pembukaan Legoland Water Park
21hb Oktober 2013.

alhamdulillah dapat pergi sekali satu keluarga.
yang paling seronoknya anak-anak la..
nanti ade kesempatan, saya siapkan entry gambar-gambar saya anak-beranak yer..

Friday, February 7, 2014

Smoothie


sekarang ni kan tiap-tiap hari Smoothie ni dah jadi bende wajib kena buat
dan minum untuk saya dan en abah.
makan breakfast kan macam dah tak menyempat.
kelam kabut je..

cara senang.. buat je smoothie..

kalau tak sempat minum kat rumah, masukkan dalam botol..
dah boleh bawak bekal ke office. 

Saya buat Smoothie Lobak Merah + Oren hari ni.

meh saya share resepi Smoothie saya hari ni;

Sebiji Oren Sunkist (dibelah 4-5-6)
sebatang lobak Merah (di potong-potong tak berapa kecil)
4 sudu besar susu Anlene
4 sudu Oat
15 biji Kismis
Air masak (sesedap sama rap dengan bahan-bahan tu)

Masukkan semua bahan-bahan tu ke dalam Blender (mesin pengisar)
Blend/kisar sampai hancur lumat.
keluarkan masuk dalam bekas,
siap untuk di minum..
rasanya? Nyummmmsss sedap!








Thursday, February 6, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014



*Klik Banner utk redirect ke Blog Penganjur eh..

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 

Ikan masin rentung

hai semua..
dah breakfast ke..
perut saya dah nyaman dah..
burppp! kenyang Alhamdulillah.

hari ni saya bawa bekal nasi putih
berlaukkan sambal telur dan Ikan Masin Rentung Hangus terbakar
hahahahahaha..
siap di warnakan highlight kuning perkataan Hangus terbakar tu.

awal pagi tadi masak nasi dan lauk.
tengah elok menggoreng ikan masin,
tetiba dengar Ziyad sikecik manje bambam geramnya ibu tu hek..hek.. manggil ibu.

bila cari ikut datangnya suara ziyad,
elok je dia menunggu saya kat tangga.
terus je pergi kat ziyad tanpa hiraukan ikan masin sedang elok di goreng dalam kuali..

tak lama kemudian tetiba je terbau hangit....

Oh NOOOO!!!
rentung hitam sebelah penyudahnya ikan masin tu..
kesiannn ikan masin tu..

saya bawa aje ikan masin rentung tu utk bekal
tanak membazir.., katenye.


hahahaha..
bila cerita kat en abah, pasal ikan masin rentung untuk hidangan,
sengih perli aje yang saya dapat...
hahahaha.. lagi sekali untuk saya.
memang padan dengan muka saya la kan.










Wednesday, February 5, 2014

MC = Medical Certificate


dah Rabu dah hari ni,
seronok rasanya bila dapat jenguk abah saya di kampung
cuti lame minggu lepas,

tapi tak stay lame pun.. jumaat malam balik kampung,
sabtu tengah malam dah balik ke rumah sendiri.
sebab kerja sekolah haziq punya banyak cikgu bekalkan.
tu yang balik awal.

saya bagi peluang kat Haziq balik kampung
tanpa perlu memikirkan kerja sekolah beliau.. hahaha..

hari Isnin kan kami sekeluarga bercuti. Sekeluarga demam panas.
Office saya dan en abah memang cuti hari Isnin.
Sekolah haziq je la yang tak cuti.
berombongan lah kami ke Klinik. Memula saya malas nak cek doktor.
sebab terfikir banyak je ubat demam kat rumah.
bila en abah cakap mane ade ubat demam kat rumah,
hambek satu keluarga terus jumpa doktor.. kekekeke..
Haziq sorang je yg terima MC doktor tu.
Saya dan en abah dah memang-memang cuti haritu,
terus eksen tolak MC dari doktor mase tu walau doktor rela hati je nak bagi MC kat kami..

Hari Selasa.. saya dan en abah dah start kerja.
pagi tu haziq ngadu sakit perut..
tapi saya pujuk dia suruh lawan sikit sakit tu.. (kemain pandai ibunya eksen)
dengan slow motionnya haziq pergi sekolah agama.
macam rela tak rela je.. kesiannya..

saya anggap macam tak ape-ape je la sakit perut haziq tu.
sekalinya pukul 11 macam tu,
cikgu tempat transit telefon saya..
bagitau haziq nangis nangis.. ngadu sakit perut..
dah 2 kali terbery..
alahaii siyan anak ibu,
cuti lagi haziq sekolah petang hari Selasanya.

Balik kerja, saya dan en abah terus bawak
Haziq ke klinik.
Baru je pergi klinik semalam, datang lagi sekali hari ni.. huhuhuhu
Siyan juga tengok haziq cery bery tetibe.

Pelik saya lakibini..
Sebab 2-3 hari ni kami tak de pun makan kat luar,
lagi pelik dia seorang aje yang cery bery.

Balik tu, soal siasat haziq ape bende yang dia makan sorang yang kami tak makan..
Sekalinya baru ler kami tau,
Dia pergi makan kiub tomyam.. adoi lah haziq ni..








ni MC haziq untuk di bawa ke sekolah..
budak sekolah pun dah ade MC .. hahahaha macam lucu pulak.

Makan kiub tu Sedap katenye.
Sabar je lah anak bujang saye ni..
sebabkan meratah kiub tu la buat haziq cirit birit,.

Haziq...haziq..




Sensasi nya..,

Us together..