Friday, December 27, 2013

rasa Nak Let Go


hari ni Jumaat, Jumaat terakhir dalam tahun 2013.
Jumaat minggu depan dah ada dalam tahun baru, 2014.

cuaca hari ni kelihatannya sedap-sedap je kan..
tak panas sangat tapi tak redup sangat..
sedang-sedang elok orang kate.

lagi sebulan 2 minggu lagi Ziyad nak cukup umur 2 tahun.
kejap betul masa berlalu.
saya pun dah bersara dari sesi pengepaman BF di waktu pejabat,
semenjak lepas raya hari tu.
alhamdulillah rezeki ziyad masih berpanjangan.
tak tau ziyad ni ikut jejak langkah abang longnye ke ataupun cepat wean off nye.

yang pasti target saya sampai 2 tahun.
abg longnye dulu manje terlebih nau!
lama sangat nak berenti nyusu.

kekadang bile ternampak breastpump Spectra 3 saya tersadai tepi tu
macam ade sesuatu perasaan je..

ermmmm...
nak beranak kecik lagi.. macam belum mampu.. hihihi..
belum mampu pada saya tu, belum mampu menahan
keletihan melayan anak lasak + aktif.


pastu tetiba rasa dah nampak macam kerugian pula beli pam 3 ratus cenggitu,
rase-rase macam nak let go pun ade gak..

tapi tak survey lagi nak let go kat mana..
ade ke sesapa nak beli ye??

ni nak kene study betul-betul ni
kat mane nak pegi letgo kan pam tu.
tapi fikir-fikir macam sayang pula nak let go.
kenangan semua tu.. pam tu.. dengan tandem nursingnye, double pumping sessionnya la..

dah tu cemane ye.. haiiiiihhssshh.. memang kene fikir-fikir panjang ni..

tengok la macamne nanti-nanti...
sekarang ni kan sakit jiwa la datang kerja bila ade parasit kat office ..
semua bende nak buat.. rasa menyakitkan ...
tambah lagi kalau parasit tu datang time membodek nye tu..
benciii sangatt..
















Tuesday, December 24, 2013

Segmen : Jom Blogwalking


*Pemilihan pemenang ;
RM50 x 1 top referral
RM50 x 2 cabutan bertuah



#tarikh tamat segmen pada 10 Januari 2014, 11.59pm





Lelaki Handsome Dan Perempuan Comel


dah jadi macam rutin..
setiap malam sebelum tidur,
jenguk dulu FB..BLOG..INSTAGRAM..

saya lagi suka layan gambar-gambar instagram
dari FB kot..
nampak orang2 yg suke ber INSTA ni.. kelihatan
matang sikit kalau dibandingkan dengan kaki kaki FB.
yang paling sakit mata tengok orang orang FaceBook
yang 'bajek' comey lawa ensem kaya raya hebat... pffttt..

uhh!! ANNOYING ..
tapi tak semuanya macam tu.
ade gak yg bagus..
sharekan ilmu ilmu perkongsian.., nasihat nasihat.. kan ke indah begitu kan..

baru ni..,
nampak sepupu saya up status Facebook yg mengusik hati saya..
"perempuan ade lesung pipi memang comey..
tapi lagi comey kalau awak pegang lesung batu
tolong mak masak kat dapur.."

ha.. bukan main lagi ayat tu kan..
bile baca banyak banyak kali..
ade betul jugak ayat tu..
kalau kahwin dgn bini lawa tapi tak pandai masak pun tak okey..
kesian anak laki tak dapat rasa makanan air tangan isteri
kalau dapat bini lawa, educated, selim melim, pandai berhias, kerja bagus,
sekali dapur berasap kat kedai aje.. kesiiiyannnn  anak-anak..

baca ayat² macam tu,
rata-ratanya banyak yang bagi ayat kondem kan kaum Hawa aje.

ape kata saya bagi ayat macam ni pulak,...
"lelaki ni.. biar tak handsome maupun kaya raya..
asalkan dia ringan tulang dan bertimbangrasa.."

Betul tak? betul TAK?
make sense tak ayat atas tu untuk lelaki ?

kalau tak de ayat  "lelaki ni.. biar tak handsome maupun kaya raya.. tapi RAJINnn"
takkan lah ramai je lelaki tak handsome boleh kawin dan beranak pinak.. hakhakhak.
sebab diorang rajin la tu kan.. tu yg boleh kahwin.. Ecceh!


ye jugak kot..bile tengok pempuan² lawa sekarang ni,
ramai je yang kahwin dengan suami yang so-so.. rupa parasnya..
tapi mereka turun dari kereta mewah... wahhh! hebat wooo..
laki tak hensem tapi kaya! Hah! sape tanak kan..

ni saya cakap ni ape yang saya rase je ..
takde pun babitkan sesiapa..
ape yg saya tengok...ape yg saya nampak..
saje je nak bagi ayat balasan dari ayat "pempuan tu lagi comey kalau pegang lesung batu"

tapi kan... kalau dah hari-hari pempuan tu asyik pegang batu lesung je karang..
di samakan pulak perempuan tu macam "Bibik"
Siapa pulak nak jawap??
lawa sangat ke perempuan tu pegang lesung batu?
kalau betul comel lawa jadiknya bila pegang batu lesung,
Jom! pompuannn.. kita pegang lesung batu hari-hari,,... Heeeee...












Monday, December 23, 2013

Selawat


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

ade sahabat saya.. ketika suatu masa dahulu,
pernah sharekan sedikit ilmu pendek ringkas yang sangat² berguna kat saya.
kata beliau, sekiranya kita senantiasa jadikan lafaz selawat ni di bibir maupun di dalam hati,
InsyaAllah di permudahkan dalam segala kesulitan.

Jom kita sama-sama amalkan!.
moga-moga kita sentiasa di Mudahkan. Amin.




~Dari Saya bukan orang yang cukup Baik,

Friday, December 20, 2013

Dah Bertunang 10 tahun


tahniah pada Saya dan En abah..
dah 10 tahun bertunang.
Walaupun banyaknya pancaroba bagai melanda kami..

20hb Disember 2003 ,
10 tahun yang dulu officially saya jadi tunangan En. Abah.
dalam pada tak layan tak layan beliau dedulu tu,
tetibe terima lak dia punye pinangan.

punya la berdebar, malu, takut sangat-sangat mase hari bertunang tu..
dah le tak pernah lansung jumpa dan kenal family en Abah.
mase hari tunang tu le yang barunya berkenalan dengan bakal dek beradik dan mak ayah mertua.. huhuhu

tau tak 20 Disember adalah hari lahir mantan PM kesayangan kita?
saya ambil dari Sini Sumbernya

Hari lahir sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pada 10 Julai (1925) dan lazimnya disambut oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat, bukan 20 Disember.
Namun 20 Disember sudah dianggap sebagai hari lahir rasmi beliau yang lazimnya diraikan pada majlis-majlis rasmi.



Tuesday, December 17, 2013

Nombor Dua


hai..
rindu la dengan si Ziyad, Kesayangan kami sekeluarga..
try nak update blog.
nak merapu kejap bagi ilang bosan.

Ziyad ni kan umurnya dah 22 bulan.. bersamaan dengan 1 tahun 10 bulan.
anak nombor dua. Ziyad ni semua benda dia dah pandai..
bercakap tu memang pandai, membebel pun pandai..
walaupun dia dah pandai panggil ibu,
tak pernah langsung dia panggil saya "IBU" betul-betul depan-depan saya.
belakang saya, pandai je dia panggil Ibu.. memang tau Ziyad ni!
hobi Ziyad, suka sangat bebelkan abang long Haziqnya.. adoii!! ape la adik ni..tak baik tau..

saya kategorikan dia ni jenis Sensitif dan Manja..
mengada pun ye juga. paling mengada bila duduk rumah ler.. kalau ade orang lain, okey je dia..
takde mengada pun.. dekat Kindy pun tak mengada. Elok je. 

paling tak boleh blah bila ambik gambar.
takde lansung menampakkan muka yang elok.. nak serious aje muka..

dia peminum Air Masak.
sekejap-sekejap minum air masak.. sekejap-sekejap air masak...sekejap² air masak.
bila dah banyak minum, kerap le kencingnya.
ade sekali hari tu, mase shopping-shoping kat Mydin, dia teriak jerit² bagitau dia nak shee..shee..
siap pakej nangis jerit-jerit..saya ni pun malu la bile orang keliling dah pandang².

hangin gak bila dia jadi macam tu.. dah pakai diaper, heranle kenape pulaknya dia nak nangis² cenggitu..

sekali rupenye, dia nangis tu nak bagitau dia kencing sampai terbocoran ..adoii la Ziyad!..
tak pandai kot nak sebut bocor. tu yang sakan dia jerit nangis "shee.shee.." tu..

haaa.. merasalah Ziyad sarung shawl je mase tu..(shawl tu saya jadikan nursing cover)
dah seluarnya habis basah kan dek bocor kencingnya tu, takkan nak biar dia ber Diaper  aje..
baju salin ada.. tapi tertinggal dalam kereta.. koser la hai..
nak keluar dari Mydin menapak ke kereta nak ngambiknya... jadi sarungkan aje la shawl.
sentiasa minum air.. bagus anak ibu..
kalau saya Jual vitamin Shaklee ni,
boleh buat Ziyad nya gambar ni sebagai props untuk kempen minum air 3 Liter ni.. hak3x..

sungguhpun Ziyad ni suka sangat bebelkan abang longnya,
abang longnya juga lah tempat dia bermanja.. memang tak boleh jauh dari abang longnya.
Tidur pun melekap berdua..

dua gambar ni je la yang macam lawa sikit gambar Ziyad.
sebut peace , terus dia sporting ber Peace..
tapi mukanya tetaplah nak serious.. hoi la anakk..


abang long Haziq dan Ziyad ni.. manja sangat dengan en abah.
nak-nak kalau en abah makan, menyerbu le dorang kat abahnya.
bila dah abahnya jadi tumpuan,
ibunya pun amik kesempatan la ukur bantal.. rehat-rehat kan badan di atas sofa sambil layan Korea.. hahahaha..







Monday, December 16, 2013

Segmen : Saya Sayang Blog Saya

dalam blogwalking malam-malam ni ..tetiba terdetik nak join segmen ..
Si Ayu Insyirah ni,

Klik banner untuk sama-sama join ye..
Assalammualaikum WBT.




Sunday, December 15, 2013

Bid Bad Wolf - Mines Exhibition Center (MIECC) Selangor



The Big Bad Wolf Book Sale
75% - 95% Discount
233 Hours Non-Stop Shopping

Bermula dari pukul 7.00 pagi 6hb Disember '13 
sehinggalah 11.59malam 15hb Disember '13

ingat ye.. event Jualan Buku ni bermula dari,
6th Dec 13 sehingga  15th Dec 13.
MIECC @ The Mines

so hari ni 15 December 2013 adalah hari terakhir event ni..
sebelum-sebelum ni tak pernah terfikir pun saya nak datang..

tetiba hari Jumaat lepas,
lunch hour time, tak boleh nak lepak dalam office
kat office penuh dengan Japanese Guest. Kena keluar jenjalan habiskan masa..
terus je la ke Mines Shopping Complex.
Wahh Jammed! padat dengan kereta dan orang..
berpusu nampak dorang ke MIECC.

makcik ni pun nyibuk gak la nak jengah ke MIECC tu tengok ape yang ade..

DANNN,,, terjebak juga membeli.. hahaha..,



6 buku sahaje yang berjaya disambar semasa lunch hour.
Costing RM26.00 
bayar dengan Cash. Kalau beli harga biasa mau puluh-puluhan terlebih lebih kot..


bila balik, Kiddos rasa excited sangat tengok buku-buku ni..
Ziyad pun seronok baca buku.. Haziq pun seronok baca buku Toy Story tu..
saya lagi terus terbayang-bayang nak pergi lagi..

pujuk punye pujuk en abah, yey!!.. tengah pagi ke nak cakap tengah malam tadi ehh..
pukul 2.30 pagi kami anak beranak terjah ke MIECC.. hahaha.. 
memula en abah in denial giler plan nak pergi sini pagi-pagi cenggini.. 

bila dah sampaiii... hah! hamekaww makcik.. celangg bijik mate.
uiii macam siang hari kat MIECC @ The Mines tu, ramai nya umattt..
ade gak budak-budak berlari-lari..
budak-budak tu species anak-anak saya le ni.. yg jenis susah tido

makcik dan anak-anak yang tertewas..


padahal budak-budak ni mane tidur lagi pun masa keluar rumah tadi.. 
tetiba Ziyad ni zass pengsan pulak bila dah dalam kereta.

yang abang long tu pon segar dan seronok je dia masa baru sampai tu..
agaknya mase tu pukul 3pagi kann..
dah terlebih sangat lajak tengah malam (malam kee...
memang terus surrender kot dia tak tahan.. bila di pangku ke riba.. terus terkulai pengsan, hahaha..  

dan kami selamat selesai memborong tepat  jam 4.12 pagi.. 

hasil borongan kami.. 2 plastik.
yang kureng nya Big Bad Wolf ni, saya tak jumpa buku-buku agama dan buku Latihan untuk kanak-kanak KBSR yang sesuai untuk Haziq.

21 buah buku . 
Novel untuk saya 3 buah sahaja dapat.
tak reti nak pilih.. macam serabut pulak.. hahaha sebijik novel tu RM5. 


berjaya beli 21 buah buku.
costing RM86. bayar dengan Visa.. 

gila okeyy! dalam tangan takde cash langsung mase ni.
dah le pergi kedai pagi-pagi buta.. masa memilih sedapp je zap-zap sambar buku.
masa nak pegi bayar tu, siap suruh en abah sekodeng dulu kat Cashier Counter.
tengok dorang buka ke idak mesin kad kredit
Kaunter 25 hingga Counter 31 sahaje yang boleh guna Cash & Credit Card
alasan saya kat en abah suruh sekodeng tu.. "saje je suruh tengok-tengok"
Tak sangka pulak en abah terus tanya kat Cashier tu.
idok la saya bagitau en abah tu yg saya tak de langsung cash di tangan masa ni.
Gile nak naikkan hangin topann??  *read : taufan

elok-elok en abah mood okey nak bawakkan kami ke sini tengah-tengah pagi buta,
baik jangan cari pasal.. saya cari ayat pujukan yang terbest didunia..
"ai rela bayarkan buku-buku ni bang.. biar ai yang belanje yu buku malam ni...."
itu cara-cara melembutkan hati suami dari tersedar bini nya terkantoi buat salah....kekekeke...

ai tak rela nak bayar cukai tak dijangka tetiba tahun depan.. baik ai grab je ape pelepasan untuk LHDN tu.
ai tanak byr bonus orang lain dgn duit cukai yg ai bayar, hahaha.. (tetiba naik Evil)

lepas dah Big Bad Wolf. lepas ni Tunggu kedai buku lain lak buat Sale.
biasanye ujung-ujung tahun Popular buat Clearence Sale ..
tak sabar nak tunggu yang tu pulak..

beli buku jom.. tahun depan dah nak menaksir pendapatan..









Saturday, December 14, 2013

Kufi on Kanvas Gallery

officially grand opening da #Kufi on Kanvas Gallery 
@Zest Point bdr Kinrara

#supporterjiranpunyeevent..hoyyehh

Thursday, December 12, 2013

Filem Frozen dalam Versi Bahasa Melayu - Best!




Dah tengok cerita Frozen dah?
Buat pertama kalinya kami berempat anak beranak
Masuk panggung wayang..
Tak tau pun ade cerita ape yang sesuai untuk ditonton sebenarnya..
Tapi belasah aje lah..
Asal-asal plan nak ke Genting pagi tu..
Sekali tengok hujan selebat-lebatnya
mase keluar rumah lagi hujan lebat.

Bila tengok weather forecast,
Genting Highlands punye weather aritu “Thunderstorm” berlanjutan sampai ke pagi esokannya.
Automatic la terbatal plan nak ke Genting,

Mase tu kami dah elok duduk dalam kereta dah.
Anak-anak pun dah happy nak jenjalan..
Saya ajak en abah ke Times Square.. kan ade indoor themepark gak.
Tapi hujan lebat..,
Bahaye masuk KL hujan-hujan ni..
kang karam lak kereta dalam banjir kilat.

Idea menuju ke Alamanda Shopping Complex datang tetiba..
Tak tau ape yang bestnya Alamanda tu.
Macam rasa tak best pun.. tapi mane tau kan.. tetibe best.
Orang lain ramai je yang ‘Kaki Alamanda’.. 
mesti ade tarikan tu. Cuma saya je yg ketinggalan..

Kalau nak dikira-kira, ini lah kali ketiga saya masuk Alamanda tu.. hikhikhik..
Macam kesian je.. baru 3 kali dtg Alamanda tu..

Bila nak masuk area parking, tetibe Nampak signage Golden Screen Cinema kat bangunan Alamanda.
Yes!! Itu dia ..
Tarikan yang saya rasa okey kat Alamanda mase tu.

Bila dah masuk ke dalam Mall,
Macam peghak sangat kami anak beranak masuk Alamanda nak mencarik GSC tu.
Puas mencari sana sini tak jumpa.. Adoi!!
Alamanda tu ade berapa tingkat je kan..
Konfiden je kami terus naik ke tingkat atas..
kebiasaannya tempat hiburan shopping complex kan kat tingkat atas.
Tu yang terus tuju ke tingkat atas je.
Bila dah naik ke atas, tak Nampak langsung bayang GSC maupun ciri² tempat hiburan..
Pegi tengok kat peta.. peta ke name nye eh?? Tak sure name ape..
Tapi yg floor plan la kirenye.. yang tunjuk kan ape yang ade kat floor tu..
Yang tak bestnya peta ni.. cume untuk peta di tingkat yang kita berada mase tu..
Misal katenye la kalau kita di tingkat Ground Floor,
dia tunjukkan peta kedai² yang ade di aras Ground Floor tu aje lahh..

bila dah tingkat² atas memang takde jumpa GSC ni,
en abah terus menonong je jalan ke tingkat paling bawah..
laa.. rupanya The Hubs tu kat aras bawah sekali..
aiyoo.. melilau kami satu Alamanda mencari GSC yg terletak di dalam The Hubs..
agaknya The Hubs ni name untuk pusat hiburan Alamanda kot.. agak saya aje la..

tengok kat kaunter GSC, movie yang sesuai untuk di tonton oleh kami berempat
cerita Frozen.. cerita kartun Walts Disney..
mase tu tiket yang ade untuk pukul 6ptg dan pukul 7ptg..
pukul 6ptg Alihsuara Bahasa Melayu punya..
yang Bahasa Inggeris punye pukul 7.

Malas nak tunggu lama.. kami terus beli tiket  untuk pukul 6ptg. Versi Bahasa Melayu.
Dua dewasa 1 kanak-kanak.. ziyad free sebab belum 2 tahun.
Harga tiket dewasa RM13.00 Kanak-kanak RM7.00 Total tiket wayang kami RM33.00.

Sebab mase tu baru pukul 5ptg, ziyad bising nak mamam nak mamam..
Budak pemakan ni masalah nya, inilah.. nak makannn je kejenya..
Malas nak tahan ziyad dari buat drama lapar dia, kami cepat-cepat ke Food Court.
Haaa dah dapat makanan.. terus senyap.. ngap ngap makan berebut dgn abg long haziq.

Menu kami hari tu 1plate Sizzling Yee Mee Black Soy Sauce RM6.50 rasenye.. tak ingat berapa,
Wafle + 1 scoope vanilla icecream dgn jem setoberi  RM9 kot..
Air Teh tarik dan Milo Ais..
Tu semua makanan bebudak..
makanan saya dan en abah teh tarik dan ngap sket-sket je makanan yang ade..

setiap 5-10minit haziq tanye dah boleh masuk wayang ke belum..
punya excited dia nak tengok wayang.. hahaha..
5.45ptg kami dah tercongok dalam panggung dah..


gambar gegar.. hihihi..



Best lah cerita Frozen ni.. lenkali kalau ade movie kartun macam ni,
Kami nak pergi lagi lah tengok wayang..
Kalau ade yang versi BM lagi lah kami suke.. enjoy je tengok..
Penuh dengan orang kita dalam tu.. kerusi pun banyak kosong..
Kali pertama bawak ziyad masuk panggung, LULUS lah ziyad tengok wayang!

cerita ni bagus sangat untuk haziq dan ziyad tengok.
sebabnya lebih kepada kisah kekeluargaan yang membabitkan hubungan kasih sayang antara kakak (Elsa) dan adik (Anna) yang terpisah kerana kuasa ajaib yang dimiliki Elsa sejak kecil.
Demi untuk protect adiknya Puteri Anna, Puteri Elsa terpaksa berkorban menyendiri & mengasingkan diri dari semua orang terutama adiknya, sebab takut adiknya dan orang sekelilingnya tercedera akibat kuasa ajaib yg Puteri Elsa ada.


Liyana Jasmay membawa watak utama iaitu Puteri Anna, Marsha Milan Londoh pula watak si kakak Puteri Elsa dan Ray Era FM pula jadi Olaf si orang salji yang Puteri Elsa buat mase mereka berdua masih kecil.





Wednesday, December 11, 2013

AMBI PUR SMELLY TO SMILEY SHOW CASE




Bertempat di Lower Ground Floor Concourse – BERJAYA TIMES SQUARE,
1hb-3hb Disember yang lalu AmbiPur melancarkan Showcase Smelly to Smiley Campaign..
bermula 10 pagi hingga ke jam 10 malam pameran ini di buka.

disamping ada juga jualan untuk produk-produk pewangi ambi Pur,
ade juga ruang-ruang ujian "Smelly to Smiley"

pengunjung dapat mencuba untuk buat ujian bau.
masuk ke bilik yang penuh dengan bau busuk dengan mata tertutup,
ape yg kita dapat bau dalam bilik tu ??

haa.. bau wangi aje yang wujud! langsung tak terbau bauan yang berbau..
betapa power nya bau pewangi Ambi Pur ni kan..
dapat tewaskan bau-bau busuk yang ade dalam bilik busuk tu..































Kereta yang oldschool pun ade bau kan..?
AmbiPur datangkan khas Combi untuk sesiapa yang minat nak buat Smelly to Smiley Challenge ni..
spray kan aje pewangi..
Zass! terus wangi sewanginya Combi ni..





























DJ EraFM, Ray & Haniff bersama-sama adik beradik selebriti Hunny & Hafiz Hathim
turut sama menjayakan showcase ni..




























bila artis-artis ni ade.., diaorang tak terkecuali dari jalankan ujian Smelly to Smiley ni..
jawapan Ray & Haniff mase ujian berlansung buat pengunjung tak kering gusi..
mereka ni memang pasangan kelakar..
tapi memang serious AmbiPur terbukti dapat tukarkan bau busuk ke bau wangi..
tak caye? cube la sendiri..
sedap terus bau sekeliling..
cuma sediakan duit aje la untuk membelinya kann...































bila majlis dah selesai saya pun bergambar-gambaran dengan mereka sang-sang selebriti..






























sehingga berjumpa lagi showcase #SmellytoSmiley @AmbiPurM..
saya peminat Pewangi Lavender @AmbiPurM.
kat rumah Lavender, kat office pun Lavender.. uh! Wangiiiiii..




Tuesday, December 10, 2013

Perancangan


Assalammualaikum..
eh dah hari Selasa la..
kalau hari Selasa ni kat kawasan rumah saya.., petang kang ade pasar malam..
Masa Pasar Malam tu lah masa anak-anak saya beli Takoyaki.. beli ayam goreng uncle Bob.
Walaupun dah de makanan untuk makan malam.

Rabu kan Cuti umum..
sempena Birthday Sultan Selangor.
En Abah kerja opis KL.. tak cuti,
tapi saya ajak dia amik cuti Ari Rabu.. hihihi..

Alasan bercuti ni kekonon nak luangkan masa bersama satu keluarga..
Pastu malam tadi saya ajak en abah bawak anak-anak jenjalan.

entah la tak tau nak pergi mana..
antara plan yang terlintas di pikiran;


  • Pergi jenjalan 1 day trip Ke Genting Highlands
  • Pergi bermalam 2 hari 1 malam ke Genting Highland  *Nampak penatnya short trip cenggini
  • Pergi melepak ke Taman Tasik Bandar Seri Permaisuri  *nampak macam bosannya plan yang ini
  • melepak kat indoor playground Giant
  • melepak kat taman KLCC dan mandi-manda sikit kat kolam KLCC 
  • melepak kat pantai, tapi tanak kat PD kata en abah  *apekah ??  

buntu lah nak jenjalan bawak anak-anak ni..
memang saya dan en abah jammed nak memikirkan destinasi yang sesuai..
macam plan nak bercuti-cuti ke luar negara..
bukannya saya tak teringin nak pergi.. naaakkkk sangat pergi..

tapi en abah tak minat nak pergi bercuti macam tu..
saya rase saya bole agak kot reason en abah tanak pergi tu..
en abah ni kalau nak ke  mana-mana.. takkan nak di tinggalkan anak-anaknya tu..
anak-anak pulak aktif.. lasak kemain..
bile anak melasak, susah woh nak kontrol.. bila penat layan anak lasak..,
tak pasal laki bini yang bergaduh .. sorang ke sana sorang ke sini..

bila dah macam tu, percutian yang kita bayar mahal-mahal,
terus jadi macam takde gunanye buang duit macam tu..
moralnya yang saya dapat macam ni,
nak bercuti seronok-seronok ke luar negara tu memang boleh ..
tapi mase anak-anak dah besar remaja sok..
alah!, kot masa tu makcik ni terketar-ketar tangan seret luggage kat airport.. hukhukhuk..

dah nenek-nenek baru merasa nak pergi London...
uwan dungun haziq ziyad lagi terer melancong dari ibu tau..
cerite pasal london paris tu kacang aje kat uwan.. pfffttttt.. sedih makcik ni meratap nasib...









Monday, December 9, 2013

Recycle! Salah Satu Tips berfesyen saya

"alaaa... takde bajuuuu!!!!"
itu ayat biase orang pompuan kan.. hahahaha...

nak-nak kalau nak keluar pergi jalan..
nak pergi kenduri ke.. kompem ayat tu yang pertama terlintas di pikiran orang-orang pompuan..
tak sudah nya nak memikirkan masalah takde baju..

PADEHALLLLL????nya..,
penuh menimbun baju dia sahaje dalam ghobok..
tah apebende baju nye tah yang penuh kat dalam lemari tu.  

saya ni pun suka gak beli baju bajan.. ala..baju hok muroh-muroh je.. idak le yang branded sesaje.
kang kalu beli hok mahal-mahal.. saya bermasalah pulak.. 
masalah saya bile beli baju hok mahal sikit ni... mula lah recycle aje baju tu sampai bertahun-tahun..
sudahnya kang dah macam takde baju lain.. takkk,... sudah pakai baju yang sama je..

memandangkan encik abah sekarang melarang keras melampau-lampau menyekat
saya membeli baju,

aritu en abah ajak kami anak beranak pergi Giant, masa tu datang mood saya malas nak salin baju lain..
baju yang tengah pakai tu dah lengan panjang dah, 
tapi agak mengikut bentuk badan sedikit. .dan agak singkat sedikit di atas punggung,

bila selak-selak dalam ghobok, jumpe kemeja labuh ..
saya ambik dan terus sarungkan ke badan..
wahh! mix and match dah nampaknya dah..

terus dah macam pakai long cardigan.
bukan ke dah berlaku penjimatan disitu..,,
dalam masa yang sama, ia dapat menyelamatkan saya tutup baju yang senteng dan ketat sikit tu..


okeh saya dah siap! Jom ke Giant..!







Brotherhood..,










It's a commonly expressed and rather nice,
romantic notion that we are all "sisters" and "brothers."

Let's be real.
Fact is, we might be better served to accept that we are all siblings.

Siblings fight, pull each other's hair, steal stuff, and accuse each other indiscriminately.
But siblings also know the undeniable fact that they are the same blood,
share the same origins, and are family.

Even when they hate each other.
And that tends to put all things in perspective.


#baju uniform little caliph sekarang dah jadi baju tidur haziq.. ^___^







Wednesday, December 4, 2013

Product Review ~ Eversoft Facial Cleanser

Dah dua minggu berlalu
Hari ni rasa macam seronok dan happy
Bila tengok cermin, Eh! Kulit muka dah kembali licin..
Ermm.. baru la Nampak ploles kulit pipi..
Letak blusher sikit je kat pipi,
dah bersinar-sinar memancor cahaye kat cheekbone (nampak sangat  tipu.pffftt..)
saya baru je mula serious menggunakan produk kecantikan muka ni dari tahun lepas kot.
Kalau tak silap saya…., Masa bersalin Ziyad dulu April 2012 kot rasa-rasanya..
Itupun Sebab terpengaruh dengan iklan … mak saya provoke pun iye juga.
Setan punya provoke pun yeeeeeerr  jugak..  T__T       hahahaha..
Dan-dan Setan provoke.. Dah kenape pulak  Setan masuk dalam ini cirita?? *&^%$^??

Eh betul ape.. kalau Tak di sebab kan setan provoke saya  suruh cepat sangat terpengaruh
dengan iklan mesti saya tak terjebak beli satu set penjagaan wajah Safi Rania Gold.
Boleh tahan gak harganya tuhhh..  Huhuhuhu .. 
padehal sebelum sebelum ni boleh je basuh dengan sabun mandi.. takde hal ponnn..??

so, tetiba start dari bulan April baru-baru ni datang dah angin malas jaga muka..
sejak Serum muka tu habis.. terus angin malas saya nak menjaga muka dah..
Cuma yang tinggal & menten pakai ..pencuci mukanya..
krim kecantikannya, dengan pelembap malamnya aje.
Tonner, pelembap siang habis..rase nak beli..tapi taaaakkkk beli beli..

Tak pasal je Kulit macam harem tiap kali datang period lepas tu.. hoi haii..
ape hal pulak nak keluar jerawat je kejenya ni..
HUH! dan-dan benci tengok muka sendiri. Gile kotor kot muka ni kalau ade tompok² itam jerawat ..

hati ni macam dah tak rasa nak pakai Safi Rania Gold dah.
cuba nak mencari produk lain .. ermmm…
Bila saje jalan-jalan kat Giant dan Aeon tu.. Nampak la baaaanyakk nya produk kecantikan..
Harganya pun… baaanyaakk gak duitnya..

 aritu mase lunch pergi Aeon Balakong. Jenjalan bahgian produk kecantikan..
Nampak la pencuci muka Eversoft saiz besar seberat  170grm.
regenye belasan ringit je. 16 ringgit lebih je. Nampak berbaloi la kat situ.
Sebab kan Aeon ade potong 10% lagi diskaun untuk facial cleanser  ni,
bila nampak ada penjimatan di situ… terus beli je la.




Sebenarnya dalam mase 3 hari guna tu dah nampak dah kesan nya kat muka saya.
rasa kulit muka ni licin dan bersih. Jerawat yang sedia ade tu terus kering.

Bila saya maintain guna sampai lah ke harini.. plus minus 2 minggu gakla jangkamasa
Penggunaannya, terus kulit muka licin seperti sedia kala.. Syukurr..


Jeng jejengg…!! Nampak tak licinnye tu.. Nampak kan? Nampak kan..? wahh! Semangat Gituu..…




tak kesah la mata sembap pon.. janji kulit makcik ni dah pulih dari jerawat..
bai bai Safi Rania Gold..  I Love you most facial cleanser Eversofttt!!.. mmmuahh...!









Monday, December 2, 2013

Steam N Grill Burger Setia Walk, Puchong


assalammualaikum..
apa khabar semua.. saya alhamdulillah sihat sejahtera.. cumanya badannya ni ha dedar-dedar selsema sikit.
dah macam budak kecik pulak dedar-dedar demam..

lama tak jenguk waima update blog.. membizi sangat hidupan seharian.,
ni nak cerita.. hari tu saya dapat jemputan FoodTasting dari Steam N Grill Burger kat SetiaWalk, Puchong.

Oh memang berbesar sungguh hati saya bila dapat undangan datang sendiri dari
owner restoran.
mula-mula dapat email tu, saya google dulu restoran apa kah ini..
Halal ke idok yang paling utama saya soalkan.
sekali bila dah googled, jumpa Cik Lily dan incik Hazman dah pernah hadir dah dulu untuk FoodTasting.
so tarik nafas lega terus.

bila dah berbalas email dengan kak Zai, kebetulan saya free masa tu hari Selasa, 26/11/13 je ..
pastu sebabkan anak² saya takde sape pulak nak jaga.. siap tanya kak zai,
boleh ke kalau saya datang bawak anak² sekali.
bila dah kak Zai kata okey boleh bawak anak²,.. zasss! tepat 8.30malam kami sampai depan pintu kedai.


saya tengah kusyuk mendengar penerangan Kak Zai (owner restoran)
kecik molek je kak Zai ni.. orangnya pun lemah lembut.

Kak zai tanya saya nak makan ape..
disebabkan teruja melampau makanya saya minta kak Zai je yang orderkan ape yang special.


air kami order 2 coke untuk saya dan en abah.. 2 milo untuk haziq dan ziyad.

Coke untuk saya..

wahhhh! inilah burger yang Kak Zai bagi untuk kami sekeluarga..
5 biji hah! hambekkk.. makan sampai lebam..


dari kiri ke kanan, baris atas;
Original Bun - Classic Chicken Burger,
Spinash Bun - Otak-otak Burger
Charcoal Bun - Hawaian Chicken Burger

Dari kiri ke kanan barisan bawah;
Original Bun - Serunding Beef Burger
Wholemeal Bun - Vegan Mushroom

Cheese Fries.. Sedap & terbaik..
kemain lagi haziq.. siap tulis I Burger
sebabkan fries ni yang paling cepat habis dimakan anak-anak saya,
Kak Zai tambah lagi satu set Cheese Fries ni.. betul² terbaik.!

kalau kita bawak anak-anak datang makan sini kan,
kita akan diberikan kertas dan Magic Colour Pen yang warna warni.
bolehlah budak-budak main lukis², tulis²..
yang mana cantik tulisannya atau lukisannya tu, boleh lah ditampal kat Notice board yang disediakan

sebabkan haziq dah tulis I love burger tu,
en abah dengan bangga terus tampal kertas anaknya ke notice board ni..


Haziq syok gile makan fries

bila dah syok² makan tu marilah kita berselfie dan tag kan #twitter, #instagram dan juga @facebook
#SteamNGrill
sebabnya kan, kalau kita share kan gambar kita makan burger kat sini,
mase sebelum balik, kita tunjuk gambar kita berselfie tu dekat kaunter cashier..
untuk next visit kita boleh dapat diskaun 10% .. ha kan.. bestttt..

makan burger berjemaah katanya..

en abah tetiba makan burger punya tertib...
ishhh anak nantu sape la yang tertib sangat ni..
saya satu family pilih Charcoal Hawaian Chicken Burger is the best..
Cahrcoal bun tu sedap sangat².. dipadankan dengan Hawaian Chicken Burger adusss..
terasa-rasa sedapannya..

yang lain-lain tu pun semuanya best juga,, tapi Hawaian Chicken tu yang terasa lebih-lebih bestnya.
sebab dia pedas.. hahaha..

bila dah anak-anak terus bertukar menjadi Super Aktif,
cepat-cepat saya ajak en abah balik.
tak tahan weh bila budak-budak ni buat macam rumah sendiri..
sesuka hati dia orang aje begini..
sungguh malu melampau saya dengan kak Zai




sebelum balik, jom saya tunjukkan deko kedai yang cantik dan damai sangat ni..



Kaunter untuk order.
sistem order nya sama macam kita order Di Subway..





dah siap order, boleh buat pembayaran di kaunter..,




saya sempat ajak owner restaurant Steam N Grill Burger di Setia Walk, Puchong bergambar.


 
saya cek puan belog bergambar bersama cek puan dan cek tuan owner restaurant.
kak zai dan Mr handsome.. (sebab saya tetibe lupa name business partner kak Zai ni, Sorry ye..)


nak tau menu-menu yang ada dan harga² nya, jangan risau .. boleh tengok sini..,


dah boleh plan dah nak makan ape..kan?

apa tunggu lagi.. cepat² pergi tau.. memang best!
Steam N Grill Burger,
J-03A-1, Setiawalk, Pusat Bandar Puchong.
Tues-Sun, 1130am-930pm
Ingat ye.. Isnin dioarang TUTUP.
Selamat menjamu Burger..! semuanya terbaik..
Burger berkonsepkan selera Malaysia.. Pasti tak rugi. Nyummss!! Sedap..



**Updated @3/12/13
kak zai tu dgn Mr Handsome tu adalah business partner
the honourable owner of the restaurant.
Sorry ye.. atas ke tidak clear an awal²an cerita semalam.
update blog mase tengah nyambil update stock record (kerja)..
tah bondo-bondo nye la hai karangan yg jadi.. **














Sensasi nya..,

Us together..