Wednesday, November 27, 2013

Zain Saidin, Rozita Che Wan Nikah 11 Disember 2013

Tahniah ye pada Zain Saidin dan Rozita Che Wan..
dah announced kan dah tarikh bersejarah mereka berdua ..



kemain curlass lagi video nya ni kan..
main jota jota je RM duit belanja yang dorang guna untuk majlis nikah kahwin mereka berdua.
bahagianya la

Saturday, November 23, 2013

zamri zam photography





Hai.. Saya ni hari ni,
Err...Malam malam ni kan..
Sambil layan filem hindi Dilwale Dulhania Le Jayenge,
Sambil layan gambar sunset en. Zam si Photographer.. Kat FB beliau..
Cantik sangat..sangat Gambar2 nya..
ni 2 keping gambar sunset.. lawa saaangat kan..







Pada yang berminat nak bekerjasama dgn en zam. ...,
Ape lagi tunggu.. Name card nya saya up sekali tu..
Bule terus Contact je en zam. .,
Dia very the friendly orangnya...
Pasti tak rugi..
Eh.. Entah entah yanayassin Punye wedding tahun depan kot-kot guna service dia kot....
Yana.., Ko tak jemput pi wedding mu..siap le kamu!!... Hahahaha....







Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, November 22, 2013

Mee Sedap Perisa Kari dan Spirulina

Salam Jumaat,
cantik cuaca hari ni kat area Puchong, Bkt Jalil dan Seri Kembangan.
cuaca nya cerah tapi tak panas terik di pagi hari..
selesa aje mata menghadap jalanraya memandu kereta pagi tadi..

kejap nya masa berlalu..kan,
tetiba hari ni dah sampai hari Jumaat.
dedulu masa saya still budak sekolah, rasa macam lambat je masa ni nak jalan...
bila umo dah dewasa-dewasa ni, cepat nau pulak masa berlalu..
tua memang mengejar kita... huhuhuhu *lap*ai*mata

sabtu ahad ni saya macam padat je aktiviti.
aktiviti shopping moping je ponn..
malam tadi, malam jumaat.. (perlu ke nak mentioned malam jumaat?)
kami shopping lite-lite.
dalam lite-lite tu kan ratusan juga bayar. Standard le kan rege zaman sekarang...
semuanya PRICEY.. phewww!..

alhamdulillah beg sekolah kebangsaan haziq dah beli.
beg sekolah KAFA kene beli kemudian.
sebab pergi malam tadi pun pukul 9 malam.
shopping complex tutup pukul 10 malam..
mane sempat nak lelama.. sempat amik beg sekolah satu ..
2 pasang kasut sekolah untuk haziq
sepasang untuk ziyad.

lucu tau.. bila ziyad pun minta kasut sekolah juga..
nak tanak saya belikan juga sepasang untuk ziyad.. hahaha..
kasik inspire kan ziyad untuk ke sekolah. walaupun bertahun lagi ziyad nak sekolah kebangsaan.

sambil beli barang sekolah haziq, sambil gak amik serba sedikit barang kegunaan sendiri.


dapat beli stok kudapan untuk saya di office.
mi sedap dgn spirulina.. dua-dua harga yang pada saya murah dan berbaloi..
kalau rege mahal tak padan dengan berat nya memang bukan saya la yang beli..
saya ni pencinta barang murah.. tu yg pilih barang murah-murah je. *fliphair
musim-musim ujan ni sedap... layan dua bende ni..

jadinya sabtu ahad ni shopping complex bakal menjadi tempat riadah kami anak beranak.
misi survey pakaian seragam sekolah dan alat tulis pula kot lepas ni..
banyak juga ya RM melayang bila anak sekolah..
patut la saya tengok dulu mak abah saya cukup risau bila tiba hujung tahun..
begini rupanya perasaan itu.. syukur Ya Allah, bertuah rasanya dapat melalui pengalaman macam ni..

saya dan suami berdebar-debar excited tengok anak sulong nak sekolah tahun depan..
macamne la gaknya haziq sekolah nanti ni ye..
bila tanya haziq dah ready for Primary school?
"NO at all, Im not ready" jawapnya..

cer tanya, haziq dah ready nak pegi Cameron Highlands? YES Im ready for that, ibu
wahhhh.. tanya sekolah tak ready lansung...
pergi Cameron, kemain lagi cargasss ehhh???





























Wednesday, November 20, 2013

NameCard


assalammualaikum.
hoi lah hai.. makcik ni menghilang macam kan hilang jauh di perantauan..
minta maaf ye, saya senyap tetiba macam ni.
hari tu ye ye je up entry teaser Eh! 20 Yang Anggun..
nak bagi full entry pasal party tu pun.. taaakkk... siap-siap hoi.. tah kemana la gaknya ilang.
saje je kan meng Gimik.. gebaaaang... je lebeyy tauuu!   T___T.

tapi kan.. saya memang betul-betul tak sempat lah nak hadap blog saya..
tengok gambar screencapt bawah ni wehh..
komen pun tak ter publish.. nak mengreply? laaaa...gi la sangat tak sempat..
letih nak cover balik kerja yang tertunggak seminggu bercuti minggu lepas tau... *Nangisss

orang macam saya ni kann.. yang bukan nye jenis yang ralit sangat dengan dunia sosial ni..
patutnya tak yah sebuk-sebuk nak jadi blogger... hakhakhak...

itulah.. ! orang nak jadi blogger.. makcik ni pun sebukkk gak nak jadi blogger..
orang lain join event sana sini.. makcik ni pon sebukkkk gak nak ber Event.
pantang ade invitationn.. menggeletis je la reply Yes! I can make it.
sekali anak sakit masuk sepital.. Hah! hamekawww.. segala mende tak menyempat..  


saya cuba slow-slow ye kekawan.
saya cube gunakan masa senggang saya yang berbaki tu untuk cover balik
ape yang saya tinggalkan.
Uhh! Blog.. ai miss yu so maccchi..

pasal saya dah ade namecard utk saya as a blogger pun tak pernah saya nak cerita kan eh..
walaupun tak sepopular melambung..
walaupun saya tiada follower beratus ribu juta orang..
walaupun saya bukan model camera 360 yang mempunyai berjuta like..
saya gigih ok menebalkan muka untuk sama-sama mempunyai namecard
seperti blogger-blogger tersohor yang lain.

eh! namecard ni penting la untuk blogger.
kalau ade join event kan,
perkara pertama yang kita harus buat adalah bertukar-tukar kad nama kita.
jangan tak tau...
dari situ pun sebenarnya kita punya networking berjalan secara senyap... wahh gitu sekali ayatnya..

jeng je jenggg...

this is my card, haii.. nice to meet you!  ^_^*
saya ni kalau boleh saya nak yang simple-simple je.. untuk namecard ni.
tapi dalam pada simple-simple ni pun... sebuk gak nak letak gambo.. hakhakhak..
gambar pun amik asal boleh je lahhh.. sauk je ape yang ade..
lawa? belakang kira..
nak muka ploles? pun kite kira kemudian..
janji ade tepek muka... sudah..
(muka kalu buruk, buat le edit cemana pun tetap buruk.. waima guna kamera 360 ponn..)

kad yang comel dan simple pada saya ni,
di design oleh adik comel si Tya Salmid
budak ni kan dah le comel sangat.. pastu okey je dia punya customer service..
makcik ni dalam pada nak simple-simple tu banyak gak songehnya.. hahaha..
memang cukup kesabaran betul Tya ni.. pastu dan-dan terus designkan.
deal tengah malam.. malam esok saya dah pergi ambik kad yang dah siap dari tangan Tya.

saya ni semua menda nak bertanya, sampai la semuanya berkenan di hati..
dah siap di design, tya offer lagi untuk antar printingkan kad ni..
jadi tinggal lagi bile jumpe, C.O.D kan aje le... hah!
memang senang sangat-sangat kerja makcik ni.. pergi COD je kat Tya di bangsar tu..
alahh... setakat Bangsar je kan.. ape lah sangat kalau nak perginya ..

kalau berminat nak minta Tya design kan kad, boleh je contact Tya ni.
Tya ni masih student MSU, study Graphic Design. sekarang ni kalau tak silap tgh praktikal kot...
tu pasal la ai minta tolong je dia designkan kad.. ternyata saya puas hati!
apa kata orang tu! satisfied guarantee?? ha gitu la yang saya maksudkan.. (sebuk nak berspeaking)

okey.. itu je..
nanti kita sambung lagi ye!













Saturday, November 16, 2013

party Eh!20 yang anggun ~ teaser


@arjalee bopren terbaru aii..  hak3x.. *kidding!

Kami syerashi bersyame...
Nanati nanti cerita panjang panjang.. Yekk...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, November 15, 2013

alhamdulillah..



Syukur..
Kami anak beranak dah selamat pulang ke rumah kami... Yeyyy..!
Baru saya tau betapa rindunya pada rumah sendiri
Bila berhari-hari tak balik.
Baru saya tau betapa resahnya teringat ingat kan bantal dan tilam. .
Baru saya tau betapa rindunya nak mula bz masak memasak di dapur
Rupanya inilah dia perasaan rindukan rumah.. Yer?
6 hari berkampung di hospital .
Perghhh... Lamanya..
Ziyad 4hari 4mlm tahan wad
Ganti pula si abg long haziq 3hari 2mlm
Hari selasa lepas masa adiknya discharged
Abang longnya pula sambung ganti admit warded..
Semuanya gara gara ROTAVIRUS melanda.
Cirit birit, demam panas yg tinggi, muntah muntah yg kerap. Hingga mereka lemah tak bermaya.
Nak tongkat dagu pun takde tenaga.
Series punya lemah.
Walaupun abg longnya harini masih dalam keadaan yg lemah..
Alhamdulillah nampak dia sedikit ade selera nak makan..
Walaupun cuma 3 suap makannya.
Dah bersyukur dah kami rase...
Ermmm.. Tambah keding laa anak anak ibu ni macam ni.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, November 12, 2013

Away



Salam selasa dari saya.
Dah breakfast ke semua..
Saya senyap dua tiga hari ni..
Bukan kemana mana pun.
Saya anak beranak stay di KPJ Damansara
Start hari Jumaat malam ke pagi minggu lepas...
Sebab nya mase tu pukul 3 pagi start admit ward.
Ziyad anak saya yang kecik tak sihat.

Kene tahan wad.. Berkampung le kami di hospital.
cirit birit muntah muntah siap demam
Start 4hb Nov 13 lepas... Malamnya kami
Pergi ke klinik Qistina Putra Permai
(equine park).
Dapat ubat cirit birit + ubat demam +
Ubat tahan muntah + ubat angin + antibiotik.

Kene habiskan antibiotik dan pantau ziyad selama 3 hari. Bila tengok hari Jumaat tu, ziyad
Masih muntah muntah dan cirit sekali dengan panas demam
Saya terus ajak en abah ke hospital.
Saya kan die hard fan hospital kerajaan... Hihihihi..

Takde lain hospital yg dipilih..
Hospital Serdang yg jadi pilihan.
Dari pukul 8 malam berlanjutan ke pukul 1 pagi.
(buat 2 ujian darah & tunggu result sekali)
Ramai gak orang mase tu. Kebas gak punggung dan birat mata tahan ngantuk.
Mase tu ziyad dah melepet lembik langsung tak bermaya.. Nangis pun dah takde airmata dan suara.
Pukul 1 kot mase tu..bila result ujian darah yang kedua keluar..

terus Doktor siap-siap kann borang untuk masuk wad si ziyad ni..
Memang saya pun dah siap dah packing baju2 saya dan ziyad.
Memang dah syak kene tahan wad si ziyad ni..
Mase nak tunggu nurse tu siap2 kan urusan hal kemasukan wad tu..
Dia inform kami yang haziq tak boleh masuk wad.

Rupanya kanak-kanak sekarang dah tak boleh ikut masuk kat wad eh.
Siapa pulak yang nak jaga haziq kalau kami ke atas nanti.. Macamne pulak esok-esok.
Lepas tu wad kanak-kanak takde jenis 1st class..
Bincang punye bincang..
Kami sepakat utk pergi ke hospital swasta..

Sekurang-kurangnya pergerakan keluar masuk tu selesa sikit. Haziq boleh bebas melawat adiknya.
Pukul 1 lebih kami terus bergerak ke KPJ.
tanpa berlengah doktor yg dekat emergency
Terus uruskan ziyad punya ward admission.
mase doktor tu check2 ziyad..sembang punya sembang
Sekalinya doktor tu duduk sama area dengan kami..
Hahaha... Jumpa jiran pulak kat sini...

Selesai urusan dan selamat masuk wad lebih kurang pukul 3 pagi.
Sebabkan single bed ward penuh..
Kami bermalam dulu di ward yg lain..
Nanti2 saya sambung ye ceritanya..

Sebab baby sulong saya dah bangun
Adiknya yg sakit pun tak merengek lebih lebih..
Abang dia pulak yang lebih lebih merengek..
KPJ oh KPj ai nak apply jadi nurse lah macam ni..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 7, 2013

Annoying!



"It is quite annoying that we have to change the sound we invented just to avoid sounding like people who simply copy us, but... it is flattering and of course challenging. "

"Some people are very good at being 'stars' and it suits them. I'm grudging about it and I find it annoying. "

"All that attention to the perfect lighting, the perfect this, the perfect that, I find terribly annoying."


tq brainyQuote, for the lovely quotes. *__*

Tuesday, November 5, 2013

Resepi Mee Bandung


Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (450grm)
300grm udang kapas
11 tangkai cili kering
2 tangkai lada besar
1 ulas bawang besar (saiz sedang)
2 ulas bawang putih
9 sudu besar kacang tanah (yang dah siap di goreng)
300grm daging
300grm ayam (kalau tanak letak pun takpe, saya letak kan aje.. feel-feel macam kat kedai)
stok daging *optional. (saya tak letak pun.)
2 biji telur
__________________________________________

Cara-cara membuatnya;

udang kapas tu di basuh bersih dan toskan..

mee bandung

kemudian sediakan satu periuk berisi air untuk rebuskan udang

mee bandung

rebuskan udang sehingga air mendidih..

mee bandung

bila menggelegak, boleh tutup api dan ketepikan sekejap untuk sejukkan rebusan udang tu tadi.
sementara nak tunggu udang & air rebusannya tadi sejuk,
kita buat bende-benda yang lain pula..

ayam di potong kecil-kecil

mee bandung

daging dihiris halus

mee bandung

ayam dan daging basuh bersih dan biarkan ke tepi sebentar.
kite pergi terus ke bahan untuk di kisar..,

ambil 9 sudu kacang tanah yang dah siap di goreng tadi, 
meebandung

ambil bawang besar, cili kering & bawang putih bersama udang yang dah siap direbus tadi
masukkan kedalam blender untuk dikisar.
 mee bandung
jadi lah macam ni bahan-bahan tu dalam blender.
kacang, bawang-bawang,cilikering dan udang di kisar hingga hancur & halus.
air rebusan udang tu di campur sekali.. jangan di buang tau..
mee bandung
dalam blender tu nampa lada besar kat dalam tu kan..
saya saja amik satu gatal-gatal tangan untuk di blend. hihihi..
patutnya lada tu untuk di jadikan sebagai hiasan aje.

bila dah siap kisar bahan-bahan tadi, 
sediakan periuk, tenggek kan periuk beserta minyak sedikit dalam sesenduk kot.
tumiskan sekejap bahan kisar tu dengan minyak sehingga pecah minyak dan naik harum baunya..

masukkan ayam, masukkan daging.
masakkan ayam dan daging tu sekejap hingga empuk & kecut.
kemudian boleh masukkan air 2 liter.

bila kuah tu dah menggelegak,
masukkan 2 biji telur,
mee bandung

kemudian, boleh masukkan sayur-sayuran..

masukkan kobis,
mee bandung

masukkan sawi.,
mee bandung

masukkan garam secukup rasa.. masukkan sos tiram sedikit (dalam 2 sudu besar)
tunggu lagi 15~20 minit..biarkan kuah menggelegak.
kemudian..,
boleh tutup api dapur dan mula sediakan semangkuk untuk di makan seisi keluarga.

tadaaaa!!..
mee bandung

jemput ye semua..
sarapan mee bandung.. layann....!
























Friday, November 1, 2013

LHDN EPF SOCSO POS LAJU


hari ni saya tak sempat nak siap kan auto publish entry.
esok kan hari Deepavali.
isnin minggu depan office kami tutup.
cuti ganti deepavali..
Selasanya cuti awal muharam.

kebetulan hari ni satu haribulan,
untuk elak sebarang masalah..ke delay an,
saya berjaya menyelesaikan segala bil pembayaran
payroll / account semuanya hari ni.
penuh dgn duduk dlm kereta aje dah hari ni..ermm..,

komen2 pun x sempat nak reply..
bz sikit kan hari ni..
lagi pulaknya handphone saya tersadai kat Samsung service ctre.
nak surfing guna tab ni.. malu.

gile besarnya kan nak hadap gadjet kat pejabat orang cenggitu.
tak guna tau hangkut tab besar gabak yang berat ni kesana sini.
tapi tak pakai. buat berat bahu je..

saya pun tak paham pesal le minta en abah bagi hadiah tab besar ni dulu..
tapi tak boleh komplen kat dia,
mau kene bebel sakitkan jiwa raga tu kang.
baik dediam redhokan aje,

cuti 4 hari ni saya nak cuba manfaatkan sebaiknya.
plan nak rileks rileks kat rumah aje.
takde plan nak jejalan mana mana... musim ujan kan,
mane la ade yg best nak pergi.
dok rumah je la dediam..

selamat bercuti ya!


Sensasi nya..,

Us together..