Thursday, October 31, 2013

Blogger’s Review Program - Ninetology U9Z1+ vs HTC Butterfly S


hai semua
hari tu saya berpeluang review 2 handphone,
satu handphone tu HTC Butterfly S
satu lagi Ninetology U9 Z1+.

jom tengok sikit kedua-dua spesifikasi yang ada..,




macam saya ni tak berapa tau lebih terperinci pasal gadjet² ni,
yang paling saya terror & minat kat handphone ni
cuma  kat kamera dalam sesebuah handphone tu je.

antara kedua-dua ni, dua-dua kamera best!
walaupun HTC Butterfly S tu saya tak boleh nak masukkan sim card saya..
(SIM card saya jenis Standard Micro SD)
kamera dia best, bila dah ambik-ambik gambar tu, dia boleh view in auto playback
kire macam ala-ala video siap ber background kan lagu..
terus tetiba rasa .. "Ohh.. what a sweettt memoryy..."




untuk Ninetlogy U9 Z1+ punya kamera pula..
walaupun dia punya kamera melampau besar MP nya,
saya mengalami sedikit bimbo nak tangkap gambar .. sebabnya button snap dia tu,
kene betul² tekan baru betul dia jalan.
kalau macam jari jenis tak berapa lekat, memang tak menjadi sangat gambar nya..
 lagi satu kan, antishake gambarnye pun mcm tak jalan lancar kot.. hahahaha (banyak lak complain)
sebab jari saya ni macam nenek tua sikit..
parkinson, menggigil-gigil je jari..
bila dah gigil jari, gambar pun gegar-gegar terus tak sharp.
nasib baik le continuous shot dia boleh sampai ke 99shots..
Hah hambek ko! sekali nak snap satu gambo je dah sampai nak seratus keping.
merasa le penuh storage dengan gambar yang sama.. hahahaha..



lagi kan U9Z1+ ni kan, connection signal nya tak berapa bagus.. intermittent.. huhuhu..
harap² Ninetology boleh improvekan lagi la nanti nya kan.


Wednesday, October 30, 2013

Laksa Ikan Sekoq


rata-ratanya saya tengok masa sekarang ni ramai je yang up pasal Laksa Ikan Sekoq kann..

laksa

saya pun tanak kalahhh....
gigih buat sendiri laksa ikan sekoq nih..
rasanya kemain lagi terangkattt.. patutla ramai yang makan laksa ikan sekoq ni., memang sedap lah!

bonusnya bila makan makanan buat sendiri ni, kita boleh repeat makan banyak kali.
lagi klimaks..nya, perut pun tambah kedepan lepas makan...
dah kembung banyak sangat hirup kuah laksa..

bila dah kilogram bertambah jangan nak salah kan sape-sape eh..
padan lah muka diri sendiri!










ww.Angry Bird

saya hanya mampu senyum aje bila diapit oleh sang-sang angry birds.,
hew..hew..hew...
@event #Animation World boutique Midvalley


Tuesday, October 29, 2013

Ibadah Korban - Aidiladha 1434H saya


istimewanya aidiladha tahun ni
saya sekeluarga dapat menyaksikan penyembelihan lembu ibadah korban.
jiran belakang rumah mak saya sembelih lembu sekali kenduri di malamnya.

ha.. berangkut kami semua dok mengadap.
zulieta
yang paling teruja haziq dengan ziyad la..

zulieta
zulieta
seronok la bergotong-royong macam ni..



Monday, October 28, 2013

Seafood buffet dinner at Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur Malaysia



Kalau nak tau.. Seafood ni kan all time favourite untuk saya dan favourite en Suami saya juga. Alhamdulillah takde alahan mau pun penyakit yang membuatkan kami kene pantang makan Seafood ataupun seafood ni dalam Bahasa Melayunya nya makanan laut.


Bila dapat peluang untuk hadir ke Seafood buffet dinner di Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur Malaysia haritu, laju-laju terus jawap setuju nak join kat Yana.. Tenkiu Yana! Lebiusomachhilahh!


lepas habis kerja, dengan tak mandi petangnya.. bergegas balik dari office untuk ambil en abah
dan jemput anak-anak dari Kindy
dan terus transit mereka ke Sg Besi rumah Mak Ngah Kak ida (sepupu saya) tenkiu so much kak ida!


bila dah ambik bebudak dari kindy, tak semena-mena hujan turun selebat²nya...
amboiii hujann.. sabotaj ke hape nii..??
sebab saya tak mandi la ni kot.. di turunkan hujan bagi badan saya tak berpeluh..
boleh feel sejuk² fresh² kan.. terus muka tampak berseri² ala² che ta  *ehhh???
*muka manyak senyummm demi nak makan banyak²... hahahahaha..

alhamdulillah walaupun hujan lebat, en abah berjaya mengharungi lalulintas dengan cepat dan lancar.
pukul 6.15pm kami berdua dah terpacak kat area lobby hotel Park Royal...

main entrance of the Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur Malaysia.
entrance nye pun dah nampak cozy² kan,

*model of the Chatz Brasserie* pffftt...


meh kita baca.. apa yang ada kat buffet seafood ni jom...

tapi, tak best la kalau setakat bace aje kan...
sambil kita membaca tu sambil la kita merayau pusing² tengok sekeliling..
uii daging tuu!!...
suka tak? suka tak??? ermmmmmm yummy nya nampak daging² yang di potong tu..

tanak daging takpe.. kita layan udang ni... wahhhhh!! memerah ko kan udang...

tiram beserta udang-udangan.. semuanya boleh di makan begitu sahaja..


yang tadi tak cukup Segarr??
jangan gaduh gaduh.., pergi sebelah sikit dari udang tadi..
cer tangguk je udang yang ada dalam akuarium ni..

ada dua pilihan akuarium, sama ada nak pilih udang harimau di akuarium kanan?
ataupun udang galah di akuarium belah kiri..
dah siap tangguk.. meh kite rebus dia dalam sup berempah herba chinese style
yang ada dalam periuk kat dapur tu..


siapa kata tak boleh nak makan ikan bakar kat sini..
ade lah medan ikan bakar kat sini.. macam-macam jenis ikan ade kat sini.
boleh pilih ikan yang mana nak di bakar, pastu boleh suruhkan aje chef tu bakarkan..
10 ke 15 minit boleh siap di makan.

mee goreng pun ada tau..

pada yang tak suka mee goreng.. boleh pergi ke belah sini.
ni mee station, ada pilihan mee sup dan juga mee kari.

siput sedut masak lemak cili padi pun ada kat sini.
mase saya ambik siput ni, ade sorang mamat omputih ni khayal berdiri di sebelah saya dan tengok aje saya.
impress sangat² dia kat saya boleh makan siput ni katanye..
hai lah omputih ni, rugi tau kalau tak pandai makan siput ni! bila saya ajak dia join makan siput ni, menggeleng sambil cakap dia geli nak makan. Haiishhh!..
memang la u sangat rugi tau i tell yuu omputehh...

hujung satu sudut tu di sediakan juice bar.
Yang mana kita bebas untuk memilih sendiri mana² buah²an atau sayur²an yang ada untuk di buat jus.
yang paling bestnya, "it's UNLIMITED".
pergi lah berkali² ambik, jus ni termasuk dalam harga pakej buffet ni.

sebabkan harga avocado sebiji RM4~RM5,
dengan suka hatinya saya memilih jus avocado campur mangga.

bila keterujaan yang melampau..terus tak sempat saya nak ambik gambar jus saya..
cepat sangat disedut habis licin.. hahaha.. terpaksa lah saya menggunakan khdimat pakcik google.

lebih kurang macam ni la bentuk rupa si jus avocado campur mangga.. pekat likat dan jelas serat² jusnya.




nasib baik saya sempat snap gambar makanan saya,

ade rojak buah juga.
sos nya saya puji.. sedap² rasa..
tak pedas sangat dan tak terlalu manis sangat.
ampun ya... kualiti gambar tak bagus sangat.
susah juga amik gambar dengan gadjet yang bukan kita punya.. hahaha..
bimbo sangat tak pandai guna.. pasal bimbo tak reti guna gadjet ni nanti² kite cerita lain eh..
saya dan kak nora tengah asyik menjamu selera..

bila dah kenyang.. muka terus berseri²..

nak tips cover perut paling best dari saya tak?? hakhakhak...
bila perut dah ke depan, kita ambik je barang apa² je yang berbentuk besar macam fail kertas..
lepas tu jadikan lah fail itu sebagai cover perut kita bila kita amik gambar..
maka impak kurus terus jelas kelihatan di gambar..
kami blogger perempuan yang Happy go Lucky! Yeyyy...

takkan ambik gambar blogger perempuan aje kan..

jom bergambar beramai-ramai....



boleh refer lokasi hotel tu kat gambar map di bawah ni;


The Seafood Buffet Dinner is available on:

Friday and Saturday, 6:30 pm to 10:30 pm
RM98++ per adult, RM49++ per child.

For reservations or enquiries, please call +60 3 2782 8301 or email chatz.prkul@parkroyalhotels.com.

Terms and conditions:
Prices quoted are subject to service charge and prevailing government tax.

Saturday, October 26, 2013

Fruitale Tawar 9 Gadis Tatarias Penampilan dalam Transformasi Bintang Fruitale Pertama


8 Oktober 2013 lepas, seawal pagi² saya dah siapkan en suami kesayangan dan anak-anak kesayangan saya. Siap-siap makan sarapan dan tengahari lagi mereka sebelum keluar rumah. Biar mereka smart² barulah sedap mata saya memandangnya. Dah siap semuanya, kelam kabut le kami keluar rumah.. ishhh dalam hati ni dah macam debar-debar dah takut terlambat ni.. ada dating dengan Nora Danish.. takut pulak ter missed nak berdating dengan Nora..
Saya dapat jemputan ke pertandingan Transformasi Bintang Fruitale bertempat di Mydin USJ (tempat peberet saya nih).




Tau tak Fruitale dah ada keluar krim mandian yang terbaru?? Hah mana yang tak tau tu boleh geng dengan saya.. hahaha.. Makcik ni memang outdated sikit pasal produk² yang terbaru ni.. tu pasal suka je attending the invitation of product launching event.



Pantang ade yang ajak datang event, wahhh bersemangat la makcik ni hadir.. hahahaha.. dah le murah lak promosi harganya hari tu, krim mandian yg botol besar tu RM6.99je.. murah bukannn??..

Meh kite berbalik kembali pada produk krim mandian terbaru Fruitale, yang mane kita lebih kenal produk fruitale ni lebih kepada sabun mandi buah-buahan kan.. So Fruitale sekarang dah keluar satu produk krim mandian baru yang mengandungi FairWhite UV dan juga mengekalkan khasiat 100% ekstrak buah-buahan semulajadi yang organik, mengandungi anti-oksidan penting di samping kebaikan yogurt untuk kulit yang sihat dan cantik.

 Rangkaian krim mandian Fruitale FairWhite UV mempunyai 4 varian; Radiant, Refresh; Revive; dan Whitens dengan wangian yang memukau, menyegarkan, dan yang pasti mengharumkan.



Pencarian ini dilancarkan bersempena transformasi Fruitale sendiri, daripada pembekal sabun buku kepada satu jenama yang menawarkan rangkaian lengkap krim mandian dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang kian sofistikated.
Bersempena dengan pengeluaran produk terbaru Fruitale ni lah, pihak Fruitale menganjurkan pertandingan Bintang Fruitale untuk membantu 9 orang gadis ini merealisasikan potensi diri masing-masing.


masing-masing tunjukkan bakat masing-masing,
ada yang menyanyi..

ada yang menari.. wahhh! dik.. cayalah! betul-betul berani & yakin berdansa rancak cenggitu..


Istimewanya pada majlis final ni, pelakon dan pengacara jelita si Nora Danish sebagai Duta jenama Fruitale, menjadi mentor bagi para peserta dalam mencungkil bakat dan kebolehan mereka. Beliau juga bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan -- gadis yang paling ketara 
transformasinya dari segi keyakinan, bakat dan penampilan.


Pemenang pertandingan sulung Transformasi Bintang Fruitale ialah Fatin Atiqah yang memenangi hadiah wang tunai RM2,500 dan hamper produk bernilai RM100, manakala tempat kedua jatuh kepada Nurul Nur Farahaini Binti Roslan dapat hadiah wang tunai RM1,500 & hamper produk bernilai RM100 dan tempat ketiga Nuara Eliya membawa pulang wang tunai RM1,000 & hamper produk bernilai RM100.
Harga bagi krim mandian adalah RM9.90 untuk pek 1 liter dan RM2.65 untuk tiga pek sabun buku.
 
Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Fruitale, sila “Like” fanpage Fruitale di  Fanpage Fruitale yer.. ataupun taip  www.facebook.com/Fruitale dan google kan aje.. terus menuju ke fanpage Fruitale.





Monday, October 21, 2013

Kate Middleton Showed Off Her Flat Stomach






amboii flat betul perut nya ha..
padahal beranak bulan Julai haritu.. awat boleh cepat kempis??

jelous nya ai tengok gambar² dia. Seb baik YahooSg, tunjukkan.. kalau idak..
tak merasa lahh nak jadi penjeles..
hihihihi..






Thursday, October 17, 2013

mengidam maggie kari

slurrppp sedapnya!!
apesal bende benda tak berapa
berkhasiat ni menyedapkan sangat ehh??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Murtabak Mini di GM Klang



*entry ni entry lama terperuk dalam draft*

hari tu kan saya pegi jemputan kahwin officemate saya di Teluk Panglima Garang, Klang..
dah kebetulan sampai di area klang tu..
saya ambil peluang ajak en abah jenjalan..

saya ni ...nama je duduk area Selangor. Tapi banyak juga tempat-tempat di Selangor tak habis pusing.
GM Klang pun tak pernah pergi haiii.. APTB..

orang lain dah habis tawaf dah GM Klang tu.. saya baru feeling jakun dah sampai GM Klang buat pertama kalinya. hohohoho..
terima kasih Ainun, duduk kat klang dapat saya meronda ke GM Klang..

tapi kann.. saya tak dapat pun shopping sangatnye pon..
setakat check in je kat sini.
yang dapat shopping.. si Ziyad!.. tak pasal je dia dapat beli barang dia....!! Grrrrrrrr!

tu si lembu merah tu Ziyad sambar tanpa kompromi!!
kita ajak pergi kedai lain dulu sebelum bawa lembu balik..,
dia TETAPPP mengamuk berguling nak naik lembu.
Hoi lah haiiii.. memang drama swasta betul budak sorang ni..
dengan terjerit jerit satu hal..
satu floor boleh dengar teriakan Ziyad berdrama.

Sudahnya, nak elak malu anak dah berguling sambil jerit-jerit..
takde tempoh-tempoh terus balik aje la hai.. koser la acik nak lelame kat dalam tu..
tetiba dalam perjalan balik tu kan, ada nampak lori kecik
ade bunting "MURTABAK MINI"
en abah murah hati memberhentikan kereta
lalu membelikan kami sebungkus murtabak mini beserta 3 botol air teh ais.

ni dia!! Murtabak Mini..
rasa dia?? sedap sangattt-sangat!!


kami anak beranak makan dengan penuh selera.. haziq tak suka enteprem gambo..
dia suruh adiknye aje yang possing gambo.. dianya pegi menyuruk kat seat belakang.. very the tak sporting..
nampak kan jelas muka kami happy.. Itu sebelum en abah amukan..
sebab lepas je kami possing ni, ziyad lambakkan satu cup air teh tarik yg en abah belikan tadi..
habis abah mengamuk! huhuhu semua orang senyap tanpa kata-kata..

tu dia si cheeky!
dah le garang.. pantas pulak

tengok mukanye tu!
manenye tak geram.. garang pun ye jugak

okey cukup-cukup la kami berselfie nye kann...
tanak cerita banyak,
kalau pada siapa yang teringin sila lah pergi yer..
berdekatan sangat dengan GM Klang,
kalau nak berpandukan Google map/koordinat,
boleh refer kot dengan screen captured saya ni..


selamat mencuba yer!
kompem tak nyesal beli.. sedap sangat-sangat.
tapi harganya saya lupa la..
kot-kot sekeping 40 sen kot?? entah ler.. lupa.. tapi tak mahal la.. posen-posen je sebjik .




Sensasi nya..,

Us together..