Monday, April 29, 2013

EA form dan anak anak saya


hari ni saya cuti.
EL aka cuti kecemasan dlm erti kata sebenar.
dua beradik demam panas secara duet pulak.

letih rasa menjaga bebudak x sihat ni.
seb baik en abah dah siap masak nasi utk ziyad..tinggal lagi makanan haziq je le yg nak kene fikirkan..

tetibe pukul 10am gitu en abah call
tanye kan psl EA form saya..
dah sudah.. ni mesti saya tertinggal kat dlm drawer kat office.

bebudak yg meragam tu bila tengok
saya siap bertudung.. mcm excited pulak.
dorang ingat saya nak bawak dorang jenjalan le tu..

saya pun tagih janji kat dorang..
kalau nak ikut ibu..
semua kene jadi budak baik..
minta dorang jangan bagi ibu masalah...huhu..
haziq promised be a good boy..
ziyad lak terhangguk hangguk saport kata2 abgnya.. ye le tu arapnya.

makanya saya tiga beranak berhangkut le ke office..
demi nak ngambik EA Form saya.
esok dah last date submission Lhdn declare kan..
ishh betul2 last minute kejenya ni...
korang semua mesti dah perfect declare dah kan.
saya lakibini ni belum siap lagi hah...
sila jgn tiru attitude yg x bagus sebegini yer.

bila selamat sampai office..
cepat2 scan nak emelkan ea saya ke en abah.
cuba 2-3 kali scan.. tak lepas pulak..
dah kenape pulok cenggininya..

sudahnya malas nak tunggu lama2
(anak anak dah start nak berpesta)
saya amik gambo EA tu terus whatsapp kan terus ke en abah.
harap2nya clear la EA tu.
*EA - penyata saraan pekerja swasta
*EC - penyata saraan pekerja kerajaan.

hard copynya saya angkut balik.
cepat2 saya bawak balik rumah.
bebudak ni kat office elok pulak aktif.
kat rumah meragam tak sedap badan..

balik tu pegi drive thru KFC kat TPM bkt jalil.
sekali dua set haziq makan.
bagus sangat..
bila demam makan byk cepat sket sehat.
penat la jadi ibu ni.. rekod EL tu dah mcm x boleh nak pisah..
isshhh tak baik ngeluh gitu kan saya ni ...
astaghfirullahhh...

muHasabah diri..muhasabah diri...
pahala. ..pahala..
ini tangungjawab saya, mereka berdua anak2 saya..

pesanan saya utk en abah..
dinner mlm ni sila tapau kat kedai ye, bah..
ibu x larat nak petik api dapur bah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

MayaYunus said...

Aku x buat lg tuk bos! Esok ke dateline??? Uwaaaa...harubiruuu....bagusnya lah anak2 bujang ko puan...behave je klu kemana2..anak2 dara aku??????

Unknown said...

cepat kebah yer anak anak..

ina's said...

hidup ibu zulie

wantie said...

hahahaha.... seharusnya la. dah jaga anak demam mni. memang nak petik api kat dapur tu memang tak larat..

faham sesangat.

Anonymous said...

moga semuanyer ok dah yer

ietams said...

maya..
baik buat cepat..kang x memasal je

tq izan...

ye hidup... puan...

wantie..
berat mmg habis berat jari ni...kekeke...

KA..
yer..alhamdulillah dah okey semua.
tq.