Wednesday, February 6, 2013

bila anak tercicir


tahun 2013 ni tahun perubahan untuk kami sekeluarga.
memang semuanya berubah.
saya dah dabel three tahun ni, en abah dah jadi abah dua anak.. hak3x .. (ape da ayat)
eh bukann.. ape lak melalut pasal perubahan saya dan en. abah lak ni.
yang sebenarnya saya nak cerita pasal haziq ni.
dari umur 3 tahun lebih-lebih, yakni dari penghujung umurnye 3 tahun, saya dah hantar dia sekolah.
lebih kurang tahun 2009 kot?
sekolah kan dia di kindy berprogramkan little caliph.
memang yuran nya 'agak' boleh tahan.. memang bertahan tahan regenye.
tapi tak pe lah kan.. sebab kalau ikut modus operandi nya nampak macam cemerlang.

maka tiap-tiap hari ke sekolah tahun 2009~2010, haziq memang betul-betul bersemangat.
minat untuk dia belajar memang betul-betul mengagumkan.
yang membanggakan dia boleh hafal banyak surah pendek.
serba serbi mmg saya puji perubahan haziq tiap masa.

tiba la masuk tahun 2011.. dia dah mula susah nak bangun pagi
susah nak makan, susah nak dengar kata. pendek kata semuanya susah.
tiap hari tanye bile ibu nak demam? boleh haziq cuti same-same dgn ibu.

dengan takdir Allah saya pregnant pulak di pertengahan tahun 2011.
memang advantage la pada haziq. bule dia join saya cuti sakit  (hyperemesis pregnancy)
berhari-hari join cuti sakit duduk kampung .

memang sungguh-sungguh bermasalah haziq bila nak ke sekolah.
tiap hari minta saya tukarkan sekolah haziq. pagi mintak.. petang pun mintak. kesian sangat-sangat.
bila di panjangkan ke en. abah. En. abah suruh bersabar hingga ke tahun baru (yakni tahun 2013).

berbalik pula kisah ziyad adik haziq.. sejak habis pantang, saya memang hantar ziyad
ke rumah sepupu saya kat Kem Sg Besi.
alhamdulillah ade sepupu dekat.
tak ler risau hati nak kerja  meninggalkan bayi dalam jagaan orang yang kita percaya.
agak tough perjalanan pegi kerja balik kerja saya sepanjang tahun 2012.
keluar rumah seawal pagi balik rumah dalam jam 7~8 Malam.
kalau sampai rumah pukul 6.45ptg kire dah cukup awal la tu.
penat toksah kata. Kusss semangat..

dari hari ke sehari saya bingung fikirkan masalah haziq.
dengan taknak ke sekolahnya la.. pastu yang lagi rasa mengharukan bila saya ajak haziq
menulis ke.. cuba soal jawab A.B.C ke 1.2.3 ke.. memang haram satu pun dia tak tau.
hati ni memang risau..tok sah cakap.

sampai lah satu hari tu, en abah telefon (lepas hantar haziq ke sekolah pagi tu).
en. abah,"Ibu tau tak hari ni Haziq punya 1st day exam??"

saya, "HAH??!! EXAM?? tak tau pun??"

en. abah, "ha exam hari ni.. tadi masa abg hantar, teacher dia cakap hari ni Haziq exam"

saya, "biar benar cikgu dia ni takde notify ape-ape..nanti ayg msg principalnya tanye"

........
.

tanpa lengah saya terus sms principal kindy,

sms saya, "salam teacher, betul ke hari ni exam day utk haziq? kenapa saya tak tau ape-ape psl exam ni?? subjek ape exam hari ni? haziq takde prepare ape-ape pun utk exam "

sms principal , "betul puan. hari ni exam. pihak kami dah keluar notis dlm communication book 2 minggu lepas. dan kami dah tampal juga dalam notice board.
Mungkin puan terlepas pandang notis tu.
Hari ni exam Subjek matematik. jangan risau puan, biasanya teacher akan buat revision dulu sebelum exam. insya allah haziq boleh buat."

sms saya, "saya memang tak dapat pun notis ape² pun psl exam communication book haziq.
kalau ade dah tentu saya tau"

sms principal, "ye ke puan.. saya minta maaf la perkara yang tak di jangka ni ye. insyaallah kami cube elak dari berlaku lagi lepas ni" (ayat lebih kurang.. dah lupa dah cemana msg sebenarnya)

dan beberapa minggu se lepas exam tu adalah parent meeting.
kami adalah parent yang pertama hadir.
ckgu tu tunjukkan hasil kerja & kertas exam haziq..
ya allah sedihnya tengok. lansung tak okey jawapan haziq.
markah yang dpt kat haziq, sedih saya.. writing 0/100, matematik 7/100, lagi ape eh?
yang paling bagusnya markah dia dapat 20/100 je kot,
bila saya & en abah tanyakan macamna tahap kenal huruf haziq,
jawap cikgu tu haziq boleh membaca & kenal huruf.
saya soalkan cikgu tu kenapa kat rumah haziq tak boleh lansung membaca,
jawap cikgu tu "dekat sekolah haziq boleh membaca"

bukan saya aje yg frust, en abah lagi la frust tengok pendidikan anaknya.
bila balik tu kami memang tekad nak tukarkan haziq ke sekolah lain.
kebetulan kami lalu satu kindy tu buat open day.
terus menyinggah masuk & lihat.
dan tetibe juga kami terus daftar. bukan haziq aje kami daftarkan,
dengan ziyad-ziyad pun kami daftarkan sekali.

2hb January lepas, bermulalah hari persekolahan utk ziyad & haziq di kindy Permata Riang BK5.
own & principal by Mrs Satiyya. indian lady.
perkembangan anak-anak saya setelah bersekolah di tempat baru?
haziq dah kenal ABC 123, dah boleh faham & communicate in English.
ziyad pula terus konfiden berjalan. kalau dulu malu-malu alah nak berjalan...

lepas 2 minggu sekolah Januari lalu, teacher permata riang jumpa saya & en abah.
dia update pasal haziq. komen beliau pada haziq,
"saya kesian sangat dgn haziq. saya kena challenge diri saya untuk ajar haziq
sebab haziq totally tak tau & tak kenal huruf.., tak kenal ABC..
tak kenal 123... bila kita communicate with him in English dia memang Tak boleh faham.
saya minta maaf sebab saya terpaksa bekalkan haziq dengan banyak homework tiap hari.."

sedih & pilu hati saya bila fikirkan haziq yang banyak betul tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran.
syukur saya cepat bertindak. tahun depan haziq dah sekolah darjah 1.
kalau saya masih simpan haziq di lttle caliph tahun ni, kemungkinan keciciran haziq bertambah parah.
saya cuma ada masa setahun ni aje untuk pulun ajar haziq supaya pandai baca,  
kenal huruf dan tahu mengira.
.
.
.
.
.
.
.
buat julung kalinya semalam, haziq dengan sendirinya baca nombor yang tercatat
di setiap tiang parking kat Giant.
alangkah indahnya perasaan saya tatkala itu mendengarnya??


inilah haziq,
semakin membesar.. semakin susah nak amik gambarnya.





dari hari ke hari banyak improvement haziq sejak sekolah baru ni. Syukur!..

uniform little caliph haziq tu sekarang dah jadi baju tido dah pon untuk haziq pakai malam-malam.
sekolah little caliph kinrara ni mungkin sesuai pada sesetengah budak, tapi tidak pada haziq.
apa yang saya tengok kat haziq ni..
 dia jenis budak yg kene tackle betul-betul untuk buka hatinya utk bagi dia minat nak belajar.
kalau tak pandai tackle hati & minatnya, memang terus tak jadi ape la kat haziq.
yang dia tau, dia akan main & melompat-lompat aje la kerjanya.
....




5 comments:

Kesuma Angsana said...

tiap anak2 berbeza sebenarnyer.. but tahniah sebagai ibu anda masih x terlambat untuk memastikan anak2 tidak keciciran even di usia yg masih awal !

bondaqeem said...

alahai.. kes haziq ni sama macam aqeem... belajar kat little caliph.. abc, 123 bolehla sebut.. baca xdenya.. surah2 pendek 2 3 je tahu.. akak try nk tukar sekolah.. tp sbb dia dah ketinggalan sekolah yg baru ni xnak terima sbb budak 6 thn dah jauh lebih advance dr dia.. nk masuk kelas 5 tahun dah penuh..
now aqeem akak terpaksa ajar sendiri.. tapi time is so limited..

Ietams said...

KA,
alhamdulillah cepat sedar.

bondaqeem,
eh same ke mummy?
tu la.. syukur ade kindy yg nak terima haziq lagi.. sedih tau mummy kenangkan anak keciciran macam ni..
baru je sebulan dkat kindy baru ni alhamdulillah dia dah boleh sebut huruf dan nombor satu satu. harapan kami moga perkembangan pelajaran dia boleh meningkat satu persatu.

my heart said...

erm sama ler mcm firdaus..dekat sekolah agama cuma ayat muqadam dia tahu dan hafal...tapi abc or 123 xkenal...jadi tu yg 6thn tukar ke pra sek kt desa tasik..tgk alhamdulillah aDE perubahan...tp degil xnak kita ajar..dia jer betul..mcm mana lah nak buat dia berubah...

my heart said...

erm samalah mcm Firdaus..zulie..masa5 thn sek agama memang xde perubahan...123..abc langsung xkenal...ayat2 muqadam dia hafal...yg sedih nya suh tgk buku huruf2 lngsng xkenal..sekarang dah tukar sek pra sek kat desa tasik alhamdulillah ade perubahan..cuma degil nyer tu tak leh nak berubah...xtahu nak wat camner

Sensasi nya..,

Us together..