Friday, January 25, 2013

12 RabiulAwal 1434H

Selamat Menyambut Maulud Nabi pada semua umat islam,
sempena bulan kelahiran Nabi ni,
marilah bersama kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.



tak lupa juga sempena Maulud Nabi ni, saya panjatkan kesyukuran
untuk si comel kecik saya, Arsyad Ziyad
telah cukup setahun dalam kelendar Islam.


Syukur ...
keletahnya, bijaknya dia, pandai tolong ibu mengemas,
pandai protect abgnya juga pandai dengki abangnya.. hak3x..


semalam kami pergi Mydin Subang Jaya, membeli barang keperluan rumah.
kebetulan hujan lebat masa nak balik.
en abah sensorang berjalan menuju ke kereta di parking lot,
saya, haziq & ziyad duduk menunggu di kerusi yg berada di lobby,
tengah menunggu en abah, kebetulan saya duduk di kerusi menunggu..
bersebelahan dengan seorang makcik,
dek sebabkan beliau kelihatan muda dan pada hemat saya beliau cuma pangkat kakak pada saya.
saya bahasakan diri beliau sebagai 'Kakak'
tapi berkali² beliau membetulkan gelaran beliau sebagai "makcik" pada saya,
dan tanpa segan silu beliau menyatakan umurnya dah 58 tahun.
(rasanya jarang nak jumpa orang² Key Yel ni nak ngaku dia makcik, walau kulit muka dah kertu)

setelah beramah mesra serba sedikit, sekaligus makcik tu terus bertanya umur anak-anak saya.
dan saya pun laju je cakap umur anak² saya..
tetiba dia hulurkan beberapa keping note RM10 pada saya,
setelah beberapa kali saya menolak, akhirnya saya menerima juga bila dah ayat last beliau,
"Ambil lah dik, makcik halalkan & ikhlas nak bagi ni"
tak sampai hati pula saya menolak.

sungguh saya tak sangka makcik tu berkenan pula dia bersedekah RM20 ke Ziyad.
kata beliau sempena cukup umurnya setahun dalam bulan Islam.
di usap² nya kepala & muka ziyad sambil mendoakan ziyad,
"semoga jadi anak yang baik pekerti macam Rasulullah ye, nak"

betul² saya tak sangka wujud lagi orang KL yang baik & murah hati macam makcik tu.
buat makcik, saya doakan makcik sekeluarga sentiasa dimurahkan rezki & sihat tubuh badan sentiasa. Amin.










8 comments:

inazamri said...

rezeki buat anak2.dulu masa anak2 kecik baby...mmg ada je terjumpa org2 murah hati beri duit pada anak mcm makcik tu.

wantie said...

rezeki ziyad tu. moga doa mak cik tu termakbul. sejuk perut ko ngandungkan dia yer.

betul betul rendah diri kan mak cik tu.,

MayaYunus said...

alhmdulillah...rezeki ziyad...;) baiknya makcik tu sob sob sob...

MayaYunus said...

alhmdulillah...rezeki ziyad...;) baiknya makcik tu sob sob sob...

Ietams said...

kak ina zamri,
saya 1st time jumpe mcm ni kak.
kat kl kan memang tak disangka la ada org mcm ni

Ietams said...

alhamdulillah k.wantie, mudah2an gtu la doa saya

Ietams said...

syukur maya..

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

Sensasi nya..,

Us together..