Friday, November 30, 2012

Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim


jom!



Syarat-2 penyertaan Mini Gempak Giveaway
(Hanya terbuka kepada warganegara malaysia. Duduk di malaysia. )
1.Follow blog amercorner.com
2. Buat entry bertajuk "Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim"

i.Letak banner giveaway ke dlm entry dan linkkan ke sini.
ii.Tag 3 orang rakan blogger. Makesure dorang tahu. 
3. Wajib follow dan like semua sponsor.Akan disemak. (2 orang)
4.Tinggalkan link entry ke ruangan komen. (selain link entry tidak dilayan)
5. Sebarang perubahan sila lihat di bawah post.(update).
6. Lastly terjah link ini. (Superstar,Taloyrs,LBS,brainstorm)
.................................................................................................................
dan lagi ..,
Follow 2 blog ini juga..;
untuk lebih lanjut meh rujuk KAT SINI yerr..;
untuk tidak lengah kan masa, saya tag kekawan saya ;
kalau kekawan yang datang singgah sini nak buat pun boleh..
hadiah-hadiah pun boleh tahan juga.. ape lagi jom la join koranggg.!

nak tengok hadiah Klik SINI

Wednesday, November 28, 2012

tiga langkah

yeyyy!!
arsyad ziyad berjaya melangkah 3 langkah malam ni..

seronoknya rasa bila tengok depan mata langkah pertama dia..
dari meja kopi menuju ke sofa .
syabas sayang!

lepas ni praktis banyak kali yer..





Tuesday, November 27, 2012

First Word kita


pagi tadi masa saya keluar dari toilet (membasuh cawan)
menuju ke pantry, (kena rentas depan lif)
terserempak dengan sorang pempuan melayu bertudung.. dalam early 30-an la gitu orangnya..
pakai office wear seluar dan long sleeve shirt menyandang back pack (laptop barangkali)
berjalan keluar dari pintu lif.

dalam saya berjalan lenggang kangkung sambil bawak mug & botol air tu..
tetiba pempuan melayu tadi tu pandang saya dan tersenyum ramah.
saya pun balas la senyuman ikhlas pada beliau.

dan tetiba, pempuan tu berkata pada saya..,

"helloo..., hai.., i'm looking for San****** Group,
May I know where is the place, please...?"

dengan speechless nya saya di masa itu terus hormat meng reply,

"Oh the San****** Group,  .......... "

------------ (cuma tangan saja yang menunjukkan arah tanpa suara)
-
-
-
-
-
-
-

series akal saya tak boleh nak proses...tak tau nak cakap ape dgn pempuan tu,


tau kenape??
-
-
-
-
-

sebab pempuan melayu tadi M.E.L.A.Y.U.
is melayu di Malaysia..
bukan orang Melayu di Singapura.
dan cara pemakaiannya pun series nampak very the typical Malay in Malaysia.

dan beliau tadi bertanya arah dengan saya dalam bahasa Inggeris..
dan saya adalah orang melayu di Malaysia.
tambah lagi hari ni saya pakai baju kurung dan menyarung selipar.
bukan selipar mahal saya sarung,
selipar bata RM10  yang stok jalan berbunyi kelepak kelepek kelepak tu..

tak ke rasa macam tak patut minah tu nak berspeaking LONDOn nya kan bertanya arah
kalau ko jumpa aku mase interview buleh le ko nak berspeakingnya kan..
ni ko jumpa makcik ni depan lif je pun
makcik ni lak bukan tengah sarung henbeg COACH kat bahunya pun..
tengah gigih bawak mug free sabun DAIA aje mase tu.

peristiwa ni tetiba buleh menghasabahkan diri saya sendiri,
supaya saya sentiasa beringat jangan jadi orang yang tak pandang sekeliling.
walau kita memang menggunakan bahasa inggeris sentiasa,
kita harus mencintai bahasa kita sendiri kan.
sebab kita ni orang melayu yang duduk malaysia.
tak kisah la ko terer melampau cakap omputih nye kan,

kalau bukan kita yang sayangkan bahasa kita sendiri, siapa lagi yang nak sayangkan..
marilah kita amalkan bahasa melayu bahasa kebangsaan kita kan.
sesungguhnya bahasa melayu ni bahasa yang paling senang nak belajar dan sebut.


oh macam entry berkempen le pulak nya dah jadi entry ni.. muahahahaha..
meh kite sembang-sembang borak-borak pasal aktiviti ujung minggu kita baru-baru ni,
sekarang musim hujan kan.. asal petang mula lah hujan.
bila hujan, mula lah jalan sesak.

dan setiap hujung minggu pula penuh jadual saya menghadiri jemputan kenduri kahwin.
pegi kenduri memang kesukaan saya. hakhakhakhak...
so sesape yang nak buat kenduri, jangan lupa jemput saya.
insyaallah tak ape aral saya akan cuba hadirkan diri.

 
sabtu lepas saya pegi putrajaya,
dewan komuniti presint 9c  fasa 7
org office en. abah kahwin kan anaknya..
orang telekom kan ramai yang dah ade anak besar-besar kan..
pengantin 4,
dua-dua pengantin pempuan adalah anak org office en abah.
malas nak tulis banyak, meh layan gambo.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


























saya dan ziyad..
ziyad mulutnya bising aje sekarang...
first word anak-anak saya of course pandai sebut "abah"


gamba abg long haziq dah kureng..
sebab dia lagi suka buat hal sendiri dari join bergambar

saya dan ziyad..
budak manja yang suka naik turun tangga.
dan suka melompat

pencapaian ziyad sekarang adalah berdiri.
sudah mula menatih..
siap la abg long lepas ni.. kita lumba lari nanti yer!


dan gambar saya pengakhirnya.
hahaha.. possing patah pinggang namanya ni.
tetiba segan pulak nak ber gamba sorang-sorang #tahhapahapa!


till then,
-
-
-
-

bye!







Monday, November 26, 2012

Kurang Kalsium

setelah mengGoogleed sekejap tadi kan
terjumpa sikit info & kesan dari kekurangan kalsium.

jom kita tengok ape simptom² yg kat bawah ni..
kot-kot la terjadi kat diri kita ke kan,
  1. Sakit sendi
  2. Kuku senang patah
  3. Ekzema
  4. Kenaikan paras kolesterol dalam darah
  5. Tekanan darah tinggi
  6. Insomnia
  7. Kekejangan otot
  8. Kebas tangan dan kaki
  9. Gemuruh
  10. Rheumatoid arthritis
  11. Gigi mereput
  12. Depresi
  13. Hyperaktif
dan bila samakan dengan diri saya dgn simptom yang kat atas tu.
item no (1), (7) & (8) sekarang ni memang terjadi kat diri saya.
aduiii penat tau kalau tetibe rasa kaki sesemut.. auwch! sakit ....

bersemangat terus saya bawa susu yang tak berusik kat rumah tu ke ofis pagi ni.
hahahaha.. bila dah ade simptom baru terhegeh-hegeh cari susu kan..
selama kini dok terdampar aje susu Anlene tu kat dalam robok. Huh!


saya dan anak-anak..



Friday, November 23, 2012

Ketua Hamas merangkap PM Palestin




22 November 2012




Ketua Hamas merangkap PM Palestin, Ismail Haniyeh mencium anak kepada Assyahid Ahmed Jaabari, yang terkorban ketika bedilan roket Israel untuk menghiburkan keluarga tersebut di bandar Gaza.

Sumber: Team Palestina
info di kredit dari FB Aman Palestin Mesir
 
 
 
 
#sebak tengok Pemimpin Hamas yang tegas & tegap berdiri mempertahankan bumi Gaza dari Israel,
tapi kelihatan lembut hati & penyayang terhadap kanak-kanak ketika beliau cium & peluk anak-anak arwah Assyahid Ahmed Jaabari

Mereka yang Syahid





"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" 3:169________

...
Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.

Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa-jiwa umat ini.

Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta.
TT Aman Palestin Mesir





Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri

Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya !!

Gambar:
Paldf




#gambar & info adalah kredit dari FB Aman Palestin Mesir  







Thursday, November 22, 2012

Lima anakanda Sultan Johor terima darjah kebesaran negeri Johor

#Tahniah abg Fendi!
eh salah.. *cough*betul kan suara *cough* ehem! hemmmm..!
tahniah dato' Effendi! di atas darjah kurnia Tuanku Sultan Johor hari ni.#


gambar di kredit dari sini


JOHOR BAHRU - Lima anakanda Sultan Johor mengetuai senarai 404 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke-54 hari ini.
Puteri tunggal baginda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim
dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).
 Turut menerima anugerah DKI ialah putera baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil,
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Pada istiadat penganugerahan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar,
tiga individu menerima Darjah Mahkota Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Dato'.

Mereka ialah Pengarah Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar,
Brig.Jen. Effendi Ab Karim,
Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff
dan Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor,
Daing A Malek Daing A Rahaman.
Seramai 16 penerima dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (SMJ) iaitu Pegawai Kewangan Johor,
Marsan Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (II) Pengurusan, Norizan Kulob, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Baharu, Burhan Amin.

Turut menerima SMJ ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri(Pembangunan) dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi negeri Elias Hasran, 10 Pegawai Daerah iaitu Ismail Karim (Kota Tinggi), Abdul Karim Abu Bakar (Kluang), Abdul Rahman Mohamed Dewam (Muar).

Abdul Wahab Ridwan (Batu Pahat), Muji Salimon (Pontian), Kamarudin Abdullah (Kulai Jaya), Amran Abdul Rahman (Johor Baharu), Mohd Nasir Abdul Salam (Mersing), Abdul Rahim Nin (Segamat), Ab Han Ramin (Ledang), Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Chong Chee Han dan Ali Ismail dari Istana Pasir Pelangi. Seramai 28 orang menerima Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), 261 orang menerima Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PISS II) manakala 91 orang menerima Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Ketiga (PISS III). - Bernama

berita di ambil dari sini

Monday, November 19, 2012

keputusan UPSR 2012 keluar hari ni.. 19/11/12

hari ni result UPSR keluar kan..

saya tgh mood happy sesangat hari ni..
baru je received call dari angah saya (abg no 2)
inform azmina, anak buah saya aka klon saya mase kecik
dapat 5A.. fuiyooo!! best nyer..

suka suka suka saya!!..

tahniah azmina!
mak lang bangga dgn kak long..
nanti sekolah TKC yer.. boleh mak lang selalu pegi jumpa bila maklang balik air tam nanti.. yeyy!!


*TKC = Tunku Kurshiah College Seremban


Saturday, November 17, 2012

Kebaikan Co-Sleeping?








Co-sleeping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Sebagai salah satu method asuhan semula jadi, co–sleeping perlu diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa ragu-ragu.

Tidur adalah rutin harian yang amat penting di dalam kehidupan anak di mana ia otaknya akan berkembang ketika mereka sedang lena. Badan juga dalam keadaan rehat sepanjang tempoh tidur yang mengambil masa lapan hingga sembilan jam sehari bagi bayi peringkat usia kurang dari setahun. Kurang tidur mengakibatkan sistem keimunan menjadi lemah dan proses tumbesaran terganggu. Co-sleeping atau tidur sekatil dengan anak adalah idea terbaik agar keluarga yang sejahtera dapat dibentuk dengan cara yang lebih alami.


DO & DON’TS


  • Jika anda mempunyai bayi kecil, jarakkan ia dengan kakak atau abangnya kerana mereka lebih cenderung untuk lebih lasak dan khuatir akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
  • Sentiasa letakkan bayi anda pada posisi berbaring untuk mengurangkan risiko SIDS.
  • Pastikan kepala anak anda terbuka semasa tidur.
  • Pastikan kepala katil anda tidak mempunyai bukaan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
  • Pastikan tilam anda sesuai dengan selesa dalam bingkai katil supaya bayi anda tidak akan menjadi terperangkap di antara kerangka dan tilam.
  • Elakkan meletakkan bayi di atas permukaan yang terlalu lembut untuk tidur seperti sofa bed yang empuk atau tilam air.
  • Usah menggunakan banyak bantal dan selimut di atas katil. Gunakan hanya satu helai selimut untuk tidur.
  • Hindari minum alkohol atau penggunaan ubat-ubatan atau dadah yang boleh membuatkan anda tidak sedar diri.


INFO

Usia yang sesuai untuk memulakan tidur berasingan ialah pada usia lima tahun.

(Sumber: Majalah Pa&Ma September 2012)


dan saya sekeluarga memang mengamalkan kaedah Co-Sleeping.
bila dah semua berkumpul dalam satu bilik.., maka ini lah jadinya ..,,
|
|
|
|
|
\/
\/
\/
.
.
.




semua dok penuh dalam bilik saya..muahahaha...
bilik-bilik lain???

jom kita sumbat segala bende sepah-sepah..

bagus bukannn....
eric leong ... meh ko kemas rumah iolss..
mesti eksperimen yang menakjubkan utk ko.. kehkehkehkeh.
*komfom berpeluh keringat nak hias rumah iols yg melampau tak berhias 





















Friday, November 16, 2012

Beg itu..

Beg yg dibeli dari groupon
Dah sampai...dan dah selamat terus
Dipakai. Yey! Suka sgt.
Takde brand haibat haibat pun..
Henbeg murah aje.,
Saya adalah pencinta harga murah,
Jgn tak tau.. Hehehe..





dah selamat rasmi.. *gambar tak clear..gune kemere henpon aje

betul-betul pinkish ehh..
en. abah first time tengok bininye mengembet beg ni kuar dari kereta aritu, dah geleng kepala..

en. abah, "pergi shopping ke bu? "
saya "eh tak la bang.. dah beli lama dulu.. cumanya baru tadi sampai aje"
en. abah, "shop online ke??"
saya, "a'ah. Groupon jer.."
en. abah, "kaler PINK bu???!"
saya, "tu je kaler yg menariknya banggg... "

incik suami saya ni agak sensitip kaler-kaler pink ni.
bio le saya nak ber pingkish pingkish.. baru nampak ayu-ayu gitu..

eh, erra fazira dah cerai dari Oktober lagi kan.. series tak sangka saya.
patut ler dia dah beriya-riya kuruskan badan dan
dah masuk tv balik sekarang ni kan..

erra, all the best to you la yer..












Uda & dara aisya sofea

Baru habis baca novel ni,
Tetibe bila baca bab last last tu..
Rasa tersangat lucu,
Boleh pula adam mukhriz & Ain Hawani (watak dalam novel adam & hawa)
Jadi kawan baik watak hero dalam novel ni.
Muahahaha kelaka.. Kelaka..
Dah mcm tandus idea ke ape penulis ni..



saya baru beli novel baru masa cuti raya hari tu..
beli kat clearence sale Popular kat The Summit.
gila saya dgn buku-buku kat situ.
haziq tu kan pencinta buku.. dia pun ikut rambang mata..
kejap..kejap.. "ibu nak buku yang ni..." kejap-kejap, "ibu nak yang ni jugak"
sungguhpun banyak buku saya beli haritu,
cuma RM50.60 aje duit membayor.. gile jimat kan?

eh korang....! korang dah pergi? jom la pergi beramai-ramai...
jangan di lupa..,
RM500 pelepasan utk income tax yuollsss..
mai cepat beli buku banyak-banyak..



#saya sipeminat novel aisya sofea

Thursday, November 15, 2012

Abang MP Jempol, isteri maut kemalangan

JEMPOL - Sepasang suami isteri - abang dan kakak ipar kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin, maut setelah kereta yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori simen yang sedang berhenti dekat lampu isyarat, di Kilometer 2 Jalan Bahau-Kemayan, sekitar jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Udin, 74, dan isterinya, Sanah Ismail, 72, menaiki kereta jenis Proton Waja datang dari arah Mahsan menghala ke Bahau semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal memperlahankan kenderaannya ketika tiba di lampu isyarat lalu merempuh lori berkenaan.

keadaan kenderaan yang merempuh lori simen pagi tadi.






innalillahi wainna ilaihi roji uuunnn...
semoga roh acik udin dan acik sanah ditempatkan di golongan orang-orang beriman, Amin..

sebak juga rasa bila dengar berita kematian acik dua orang ni hari ni 14/11/12.
arwah-arwah acik ni rumahnya lat sebuah aje dari rumah mak saya kat air hitam bahau ni.
tiap tahun raya aidilfitri atau aidiladha, mesti arwah acik sanah tak lupa
hantar lemang dan rendang yang di buat sendiri oleh beliau....

rupanya aidiladha baru-baru yang lepas adalah pertemuan yang terakhir saya dengan arwah.

dua kali saya bercuti pantang kat rumah mak, dua kali tu juga merasa
anak-anak saya dikunjungi kedatangan arwah uwan sanah (semasa hidupnya)..
haziq pun kalau balik kampung tak lupa bersalaman cium tangan dgn arwah uwan sanah bila berjumpa.

dan... yang paling istimewanya..,
tiap kali haziq follow atok ki (abah saya) ke kedai arwah (arwah ada kedai runcit)
tiap kali tu haziq bawa balik jajan pemberian sedekah arwah acik sanah. 


dirujuk dari berita SinarHarian




Wednesday, November 14, 2012

Sakit berjemaah

Lelaki lelaki kecintaan saya
Pakat sama sama demam
Pakat sama sama selsema dan batuk







kami sekeluarga buat lawatan ke sepital peberet..
DEMC kat shah alam malam ni..

Monday, November 12, 2012

12.11.12



tarikh hari ni cantik sangat kan..
12 November 2012

kalau guna nombor, nombornye... 12.11.12 
cantik betul nombornya..

ramai yang amik cuti panjang ke minggu ni?
saya tak amik cuti pun..
still kerja macam biasa.

dan sekarang saya kene jaga kesihatan lelaki-lelaki saya.
dorang pakat kot nak sakit beramai-ramai... hahahahaha.. suka-suka hati ai je cakap begitu.

series muka penat dan mengantuk.
bantallll... mari ke mari engkauuu!!...  *_______^




3 hero saya dilanda virus batuk dan selsema sekarang ni.
makanya giliran saya jadi "Super Wonder Women" .. hahahaha..
selamat hari deepavali utk yang meraikannya..
happy birthday ainun..
congratulation en. Hirman & kak Hada atas kelahiran anak lelaki hari ni..
















 

Thursday, November 8, 2012

ekspedisi memanjat


sekarang sana sini dah berkempen penting untuk kite jaga kesihatan kan..
dan kalau tak silap kempen untuk hidup sihat ni khas untuk orang-orang yang dewasa yang ditekankan sangat-sangat.
.
kalau untuk budak budak atau kanak kanak,
kementerian kesihatan akan lebih pointing kan cegah masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
penting untuk jantung la bakar kalori la..

ayat-ayat yang macam..,

.... "kena tidur yang cukup,"
"makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap,"
"perlu senaman sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari,"
"kira & kawal kalori dalam setiap hidangan yang di ambil"....
memang sentiasa di highlightkan sekarang ni kan.
dah macam-macam je penyakit kan sekarang ni.
elok lah kan macam tu. sekurang-kurangnya orang yang macam saya yang mudah lupa ni
sentiasa beringat-ingat pentingnya jaga kesihatan...







tapi kan,
kalau dah macam anak-anak saya yang TAK SUKA TIDUR
ni dah macam mana pulak ceritanya yer??
































kerja dorang ni maaainnnn aje..
tak berhenti bergerak
tak berhenti nak mencuba.
dah penat pun, tetap cuba mencargasnya diri sendiri buat macam-macam kerja





abg long haziq adalah abang yang mistahli,
guider si adik..

Wednesday, November 7, 2012

masak dan makan






masak-masak sekarang ni
semuanya simple-simple aje..


sungguh masa ni cepat sangat berlalu.. haiihhhh...
masak itu ini, sambil pantau si kecik kesana kemari..

paling sekejap, tetiba dia dah bergayut kat speaker,
paling sekejap, dia dah umpil fuse modem,
paling sekejap dia dah meniti tepi sudut tangga

aje giler nak berlama-lama kat dapur biarkan budak kecik sorang tu??






bukak tutup bukak tutup



tu je la keje nya saya ni..
dari hari isnin membawak ke hari ni...
tak sudah bukak tutup log in terus log out.
tak de idea nak update blog lagi.

ye ye ah aje meng update live nye dari jelai 3
kenduri sepupu kahwin itu hari.
la ni dah berapa hari dah "k.o.s.o.n.g." tanpa update.

tu semua la tu kan..
bila dah merenyah bebudak happy-happy
siapa lagi kalau tak abg long haziq tu,
kat kampung hari tu,
berseloka berkejar sana sini
bila berjumpa sepupu yang sesekali jumpa.

kebetulan angah saya sefamili yang
duduk tengganu tu pun ada balik aritu.
seronok la haziq jumpa amira anak pakngah haziq.
anak bungsu pak ngah si amira adalah BFF peberet haziq.

siap sabtu malam kami berpisah tidur.
si abg long haziq berangkut selimut dengan bantalnya
bawak keluar pi tidur depan tv malam tu,..
yang tak menahan siap tido sebantal seselimut tuuu dengan amira... kekekeke...
beliau amat berdikari di malam itu.

balik kampung aritu sekejapan aje.
tak sambung cuti pun..
memandangkan empunya diri ini lebih rela simpan cuti
untuk cuti kecemasan... *orang beranak kecik khennn..

sampai KL tepat jam 7 malam ahad lepas..
tetiba sepanjang perjalanan dalam kereta
haziq batuk-batuk sampai tersembur bagai
dan tak boleh bernafas *katanya...
ujan selebat² dan cuaca amat sejuk sepanjang perjalanan yang tersengguk-sengguk.
giler punye lame perjalanan, Bahau - KL, 4 jam perjalanan.

sudahnya di hari isnin yang indah itu saya telah mengEL, Haziq mengMC
dan ziyad keseronokan memeluk ibunya dari pagi sampai malam.

ibunya?
oh terus terkulai layu di gulai dek dua beradik tu di hari isnin yang indah.
en. abah balik rumah DI MALAM pukul 8 lebih itu
cuma mampu geleng kepala tengok rumah abis terlungkup.

dengan nasi lauk sambal sesaje.
NON HADO lauk sampingan... hohohoho...
merasa la en. abah makan lauk bujang aje..

Ziyad dah 9 bulan di hari isnin itu.
kejayaan beliau di umur 9 bulan?
  • dah expert naik turun tangga dari bawah ke tingkat atas,
  • dah expert turun katil bile bangun tidur dan terus menuju ke bawah
  • dah 50% berjaya berdiri
  • dah terrer berdancing bila dengar muzik rancak *sah pengaruh KPOP.
  • dah terror cakap "na momom" bila nak mintak makan
  • dah pandai marah
  • dah pandai keluarkan badan dari car seat
  • dah pandai jadikan kereta sebagai playground beliau.. *mana maknya tak pengsan??
  • oh lupe nak cakap, dah pandai demand pilih makanan.

itu je yang mampu nak taip
nanti bila ade idea lagi,
akan mulai berceloteh tot tet tot tet..tot teettt..

sebab iols sekarang giler punye penat..
pfftttttttt...,..


















Thursday, November 1, 2012

dari kacamata seorang B.O.S.





tak pernah pula terfikir nak amik gambar diri sendiri
yang di ambil dari tempat duduk incik bos.


so ini lah hasil kerja saya..
meh sini korangg...
meh tengok kerje cek puan yg buat-buat bizi ala-ala orang kuat pejabat
sila skrol ke bawah eh,


skrol lagi sikit,
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|











eh kena skrol lagi la..,


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/



tadaaaaa....!!!

 Gambar 1: tengah tulis payment voucher

 yang ni gambar 2: tengah update rekod tah apebendetah

series gak rupa cek puan ni bila buat kerja yer..
hahahahaha.. patut la en. man pernah cakap saya ni garang dulu-dulu.


eh bukan en. man (org office) aje yang cakap saya garang.
en. abah tu pun dulu pernah cakap dia tertipu dengan kelembutan saya dedulu.
kata beliau, saya dulu lemah lembut sopan dan santun aje.. tapi bila dah jadi bininye,
Oh mak aihh! garanggggg!!!
cess! en. abah. garang-garang ni jugak ler yang mentadbir rumahtangga kita tau.

walau ai garang pun, anak-anak yu tetap pilih ai rather than yu, bang.. kekekekeke...












Sensasi nya..,

Us together..