Tuesday, October 23, 2012

Lelaki pun boleh menang Ratu Cantik Universe Dunia

NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe
kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani
pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta
sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai
wanita paling cantik di dunia.

Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD)
menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan
dibenarkan membuktikan kebolehan mereka
dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu
bermula pada tahun 2013.

Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani
pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova
telah dibenarkan untuk bertanding dalam
pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada.

Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan
dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan
keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya.

Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki
oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump
sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir
sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding.
Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina.
Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun.
Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa
dia seorang wanita.

Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar
jantina itu akan menyebabkan pemenang
pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen.
Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan
di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk b
ertanding pada peringkat dunia. - Agensi

amik berita ni dari kosmo.com.my

No comments: