Wednesday, October 31, 2012

Sila turunkan harga Minyak wahai en. PM, atau kerajaan Malaysia..



PUTRAJAYA 30 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan

Pahang bakal menjadi negeri sumber
pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia
berikutan penemuan pertambahan rizab minyak
di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak
kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung
Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas
salah satu usaha sama minyak dan gas atau
Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri
daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin
Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut,
medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah
isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.
''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah
menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121031/dn_01/Pahang-pengeluar-minyak-gas#ixzz2ArcfFGlC
© Utusan Melayu (M) Bhd



tambah lagi satu kawasan kat malaysia ni yang ada minyak.
kalau harga minyak naik melampau lagi lepas ni
macam tak berapa munasabah.
rasa macam tak best aje tiap kali bayar duit untuk isi minyak...
minyak mahal kan.. pening pikir duit manjang habis cepat.
dah le trafik manjang aje sesak tak kira waktu..
wahai pihak berwajib, sila la fikirkan masalah kenaikan segala-galanya ini.
oh jangan di lupa kan sekali,
sila fikirkan sekali masalah kesesakan lalu lintas.

jangan asyik nak fikirkan masalah nak speed trap.. nak saman sane sini.. nak cukai itu ini ..
susah hidup rakyat tuan hamba tau yang benarnya..






Tuesday, October 30, 2012

Hokkaido

Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun.
ia terkenal dengan kawasan yang mempunyai banyak gunung berapi yang masih aktif
antara gunung berapi yang masih aktif yang ada di Hokkaido adalah;

istimewanya Hokkaido, ia masih mempunyai hutan-hutan yang belum di usik,
kiranya masih terpelihara daripada gangguan pembangunan manusia-manusia,
boleh la di katakan masih virgin la gitu nya kan..

diantara hutan-hutan yang masih suci dan masih terpelihara
flora & fauna yang ada di Hokkaido itu adalah seperti;


sesiapa pencinta alam semulajadi elok sangat la pergi ke Hokkaido.
rasai sendiri hutan alam semulajadi yang betul-betul suci dari pencemaran dan pembangunan.



Hokkaido yang di ambil gambarnya dari satelit.
jelas sungguh kehijauan nya kan..


dek kerana kehijauan & kesegaran nya udara & tanah yang ada di Hokkaido
memang tak salah la mereka tu terkenal dengan kesegaran & kelazatan susu & lembu mereka.
sesiapa yang pernah duduk sana ataupun pernah ke jepun,
confirm dorang semua tau pasal tu kan.
dorang ade roti yang lazat, butter yang lazat.. daging lembu yang lazat,
aaahh..segalanya la segar dan lazat pendek kata.

tak terkecuali juga saya,
saya pun aware tentang kelazatan hasil tenusu mereka tu,
walaupun tak pernah jejak kaki ke sana.
ish.... kalau idak thn lepas dah selamat ke Jepun dah.
awat le thn lepas meletup bagai lak kilang nuklear tu..

Eh! tak baik kesalkan barang yg lepas kan..
okey kita kene bersyukur kita tak pegi thn lepas, kalu idak...
dah jadi debu itam dah ko puan.. *sambil betulkan tudung*


ni saya punya ole-ole Hokkaido,
minggu lepas ade jepun datang dari tokyo.
dia bagi wafer dari Hokkaido.
Rasanya?? adus... enak sekali!
saya suka VVIP Sumitomo visit opis saya. #TDDMKA




part dapat cenderahati je yang ai suka.
part lelain tak berapa nak suka..
hahahaha... dasar!









Monday, October 29, 2012

Sama naik

Kejadian semalam di giant.Nak beli diaper ziyad aje pun.
Letak dua beradik ni dalam troli.
Dah mcm kembar dah. Hihihi..

Sunday, October 28, 2012

Salam aidiladha 1433

Salam aidiladha. 
 Kami beraya di negri 9 kampung saya lebih dulu. 
 Sepatutnya kami balik dungun kg en abah, 
tp my mak mertua ada kat kl. Idak le jadi kami ke dungun. 
tq so much my beloved MIL. (dan dan tu my beloved. hihihi...) 
 Usai solat raya, terus kami bersiap dan pulang ke kL.
 Jalan bahau-seremban jumaat haritu, Gila clear. 



Sapa-sapa dari kl nak ke kuala pilah ikut jalan bukit putus, 
merasa la tersangkut dalam jammed tak bergerak. Kahkahkah,
 iolls 90-110km/j mentenn.. Panjat bukit putus. 

 Petang lepas jumaat kami ke kg jawa klang, Ke rumah abg ipar. 
Biras saya nye menu Nasi minyak kari daging, sambal ayam.
 En abah aje yg makan. 

Kami 3 beranak Masih kenyang dgn ketupat rendang atok 
yg kami Makan sebelum keluar rumah.
 Lepak sampai isyak kat rumah abg ipar. 
Ziyad mengamuk aje. Huh, letih cek puan. 

Balik rumah terus zass Tido sampai ke esok pagi. 
 Bangun pagi sabtu mula la aktiviti mendobi. En abah lak kejap kejap ke jamban. 
Lorr...dah food poisoning pulak pak incik ni.

Bila sakit

Membubur nasi


Wednesday, October 24, 2012

peminum Susu

susu penting untuk kita kan..,
harga susu formula pun sekarang ni dah boleh tahan heibat nya mencanak mahal.
kat rumah saya, memang kene ada stok susu.
saya ni pun minum susu, bila susu Anlene tu ada kat rumah tiap hari mesti amik segelas.
tapi bila peknen, tak boleh nak minum susu.
tengok susu pun boleh muntah.. *blueweek!

saya rajin gak selak paper, tengok ade promotion harge murah untuk
susu segar Dutch Lady.
sebab haziq ni bila kat rumah, dia mengada tanak minum susu tepung.
nak minum susu, kene minum susu segar yang dalam kotak.
susu tepung dia boleh minum kat school aje katenye. *sungguh mengada.
time ibu ada duit, boleh le awak nak bersusu segar bagai.
time ibu kering duit, dok diam sana.. tak merasa la nak susu segarnya yerk. kekekeke..

over budak ni minum susu,
siap terjelir-jelir lidah. sedap sangat susu tu abg long!

gulp..gulp..gulpp.. sedapnya dia minum.









adiknya mandang aje abg longnye lazat meneguk susu..
jangan risau dik, ibu ade bekal susu utk adik juga..


ni dia susu ziyad, tak mo minum susu abang yer..
gambar susu tu saya kene blurkan..
tak boleh nak tayang clearly susu ni ...hihihihi.. kang en. abah marah.
kata beliau, susu perah tu pun nak tayang-tayang kat blog..

bak kata mak ain hawani dalam adam & Hawa,
"jangan kufur nikmat.. nanti Allah tarik semua nikmat yang kita ada"
echeh!, siap ade dialog adam & hawa la pulaknya kan...
cerita adam & hawa tu best ke eh?
pendapat saya, adam & hawa best kat novel aje kot.
kalau drama dia boleh la kategorikan..., macam so-so aje. 
ke sebab heroin nye macam tak mari aje...
best lagi drama Gemersik Kalbu aritu yang lagunya., "..ingin ku gigit-gigit cuping telinga mu.."

kalau watak adam mukhris bagi kat Aqasya bawak lagi best kot adam & hawa tu.
aaron & nadia nissa tu tak best la.. (sungguh  berterus terang haku)
*ops! sorry fanatik aaron yer.. tetiba ai jadi AntiFan si Aaron Aziz.. kahkahkahkah..


rilekk..lek.. chill yer!
ai baru kutuk sikit je si aaron aziz tu..eh tapi tu bukan kutuk yg benarnya..
ni sekadar pendapat dari penonton yang berhati ikhlas meluahkan rasa aje.
sebab nya kan, tiap hari bila saya dan en abah menonton drama ni,
tiap kali itulah kami tertido depan tv,
dah macam takde punchline la bile tengok.
rasanye baru je start cerita tu,
tetiba tengok lorr... apehal lak tetiba cerita sepahtu lak ni..
dah cemane pulak tu kan??
rasa-rasa boring ke tak boring cerita adam & hawa tu yang sebenarnya??

























saya akhiri dgn gambar kembar en abah versi bulat.
muahahaha sesuka hati aje cakap ziyad kembar en. abah.
*ampun suamiku!

saya cuti khamis ni.. nak sambut raya haji la katakan..
selamat hari raya aidiladha semua..
semoga perjalanan berjalan lancar dan selamat yer.
bye!
assalammualaikum.




















Tuesday, October 23, 2012

Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh

jom kita join Carian Gadis konfiden Kotex ni....,
gadis kah engkooo..cek puan empunya blog??? kahkahkahkah...

yer pada yang berminat nak join meh klik pegi sini meh,
:
:
:
:
:
:
bermula dari 1 sept 2012.
tarikh tutup pada 31 Okt 2012.
so gadis konfiden sekalian!

jangan di tunggu-tungu,
jangan berlengah-lengah,

daftar kan diri anda untuk memenangi
hadiah² yang lumayan..












Justin Timberlake and Jessica Biel Tied the knot

Justin Timberlake and Jessica Biel are husband and wife!


 
The Hollywood power couple made it official
during a private ceremony at a secret location in
southern Italy earlier this week.
"It's great to be married, the ceremony was beautiful and
it was so special to be surrounded by our family
and friends," the couple told People magazine in an exclusive statement.

Lelaki pun boleh menang Ratu Cantik Universe Dunia

NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe
kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani
pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta
sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai
wanita paling cantik di dunia.

Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD)
menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan
dibenarkan membuktikan kebolehan mereka
dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu
bermula pada tahun 2013.

Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani
pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova
telah dibenarkan untuk bertanding dalam
pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada.

Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan
dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan
keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya.

Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki
oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump
sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir
sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding.
Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina.
Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun.
Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa
dia seorang wanita.

Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar
jantina itu akan menyebabkan pemenang
pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen.
Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan
di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk b
ertanding pada peringkat dunia. - Agensi

amik berita ni dari kosmo.com.my

Sunday, October 21, 2012

REd Warriors tunjuk taring

...berbaloi kelantan umum cuti peristiwa 21 Okt 12 kan dengan kemenangan
Kelantan mengalahkan ATM semalam..


Shah Alam: Ledakan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-95
masa tambahan memastikan kejuaraan trebel buat Kelantan musim ini
selepas menewaskan Tentera 3-2 pada aksi final Piala Malaysia
penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia menggamatkan lebih 70,000 penyokong setia The Red Warriors
yang membentuk 'Gelombang Merah' untuk meraikan musim paling
cemerlang Kelantan yang turut menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Kejayaan itu sekaligus meranapkan impian Tentera menjulang
Piala Malaysia buat kali pertama.
Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke-43 selepas percubaan leret
Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan gagal diselamatkan
 penjaga gol Tentera, Farizal Harun meskipun ia kelihatan tidak begitu berbahaya.

Dua minit selepas babak kedua bersambung, jurulatih Kelantan,
Bojan Hodak terpaksa melakukan pertukaran awal memasukkan
Rizal Fahmi Rosid menggantikan S Subramaniam yang cedera.

baca lebih lanjut di Bharian.com.my

hujung minggu saya ^___^

aktiviti minggu ni..,
samsung plaza service PJ-perodua service centre-mydin Subang Jaya




pergi PJ, service center Samsung.
2 minggu lepas kami hantar galaxy tablet yg
ade problem tak boleh caj.
rupanya human error gak.
hihihi..sebelum nak cucuk battery charger ke tablet tu
kite kene pastikan betul betul mende alah tu yang depan
ke yang belakang kabel tu yg tercucuk.
misalannya kan kalau kita dah masukkan pin yg belakang ke depan
cip yg ada di dalam slot charger tu akan terguris yg mengakibatkan bateri tab itu tidak di caj.
bende2 gajet IT ni kan kalau nak ikutkan adalah terlalu sensitif
kalau kita salah meng handle kannya.

bila dah amik tab tu kami terus ke jln chan saw lin
plan nak pg servis kat perodua situ, sekali tengok banyaknya kereta tunggu queue.
makanya kensel la kami kat situ, tetiba baru teringat kat kat puchong kan ade satu service centre.
makanya perjalanan adalah di teruskan ke Service ctr BK 1.
dekat sangat dgn rumah.

bila sampai je kat situ, terus aje viva kesayangan saya di servis.
series rasa menyesal menghabiskan minyak ke chan saw lin tadi. ish!

ape taknya, dah le dekat tempat servis ni.
pastu selesa sangat woh!
ada play area lagi... dan paling utama play areanya bersih *bersih harus di highlighted dgn lebih*

untuk anak-anak saya yang sentiasa bergerak,
memang sesuai sangat datang perodua servis sini.
letakkan aje mereka dalam playarea ni.
si ziyad bertuah yang gigih berjalan ke sana ke sini.


abg long dan tab nya.
yang tak menahan nya si haziq ni kan, sambil-sambil dia syok main game,
mulut nya menyanyi riang..kuat pulak suaranya nyanyi,
"..Tuhann.... kuu.. aku tidak layak untuk syurga mu..."
ha ko mampu!?? nyanyi lagu taubat tu...
syukurr anak ku *sambil selak tudung


ade pernah nampak mak budak join sekali lepak kat play area?
ni mak besar-sihat dgn jayanya tak sedar diri.


en. abah pun kemain explore ke sana ke mari.
cemana tak anak-anaknya suka exploration nya kan....,
saya mencik dgn en abah! pehal tah dia dah kurus sekarang.. 
makcik tertekan nih.. 
entah bilenye la saya ni nak kurus 








Thursday, October 18, 2012

rumah Puan Inas

*baru nak updet cerita & gambar raya aidilfitri yang lalu*




punya lama saya peram dalam draft gambar-gambar ni. hahaha..
raya ke berapa pun saya dah tak ingat dah bila tah
saya sekeluarga pergi beraya ke rumah puan inas ni.
asal-asalnya nak ajak puan maya sekali beraya.
sekalinya kan incik suami puan maya demam teruk di kala itu,

makanya sefamili saya aje yang pergi beraya.
i is terharu atas layanan puan inas berikan.. huhuhu..
menu utama beliau haritu adalah laksa penang... yummmy! mabeles.

pastu ada tambahan nasi impit cicah kuah kacang.
sedap ziyad makan nasi impit.
saya dna en abah pun sedap makannya.

lama juga saya melepak kat rumah cek puan ni.
sampaikan senak perut kekenyangan makan.
kejap laksa, kejap nasi impit, kejap laksa kejap lagi kuah laksa..

ribuan terima kasih laling!
semuanya sedap.

Photoshoot suka-suka




sejak kesihatan anak sulung, anak nombor dua,
kesihatan saya yang agak tidak memuaskan
seminggu dua tiga minggu yang lepas,
blog pun seperti suam tak suam kuku di jari..
dengan itu, saya cuba nak meng up kan semula blog,
lagipun banyak gambar ahkak yang tak di masukkan ke dalam belog
amik gambar banyak-banyak tak dimasukkan dalam blog adalah rugi. khennn... 



ini perempuan muka slack kata en. abah

en. abah sekarang hobi dia
adalah meng kompeleeen *read:complain* saya aje..
kalau boleh semua benda dan setiap masa adalah kata-kata komplen pada saya.
saya masak lauk ini, tak sedap katanye..
ditanyanya kenapa saya tak masak lauk yang itu?
jawapan saya pada incik suami senang aje,
"kalau nak masak yang itu, sila masak sendiri ye abang"

hello incik suami... dah kira cukup bagus binimu ini masak gak hari-hari tau,
pagi-pagi masak sarap, balik kerja berkejar masak untuk dinner.. tiap-tiap hari, tau.

bini orang sana bini orang sini, ada tak dorang masak untuk dinner?
takde kan.. dorang semua guna khidmat bibik & delivery saja.
oleh itu, sila bersyukur wahai incik suami.



             


























ini saya,
boleh jadi Mr Muscle selalunya
kenapa mr. muscle? sebab bahu saya adalah membesar dgn sihat.
tak pernah tak besar. pinggang kecik, tapi bahu besar, Ape Cerita?
kutuk-kutuk pun badan sendiri. Daripada dengar orang lain yg kutuk, kita sakit hati..
baik sedar diri sendiri.. hahahahaha!
















ni anak no 2 saya, arsyad ziyad.
memang kami sekeluarga panggil dia full name. sebab namanya simple aje kan.
panggil name penuh lagi penuh maknanya kita doakan dia sentiasa.
dah puas fikir dah saya ni dedulu nak letak nama yang simple tapi
punya makna yang penuh bermakna yg baik,
yang paling penting senang nak ingat.

sebabnya family in law saya ada masalah lupa nama.
tu sebab saya memang pilih nama anak-anak saya yang simple-simple
supaya senang nak ingat.
tapi setiap kali jumpa in laws saya,
tetap mereka keep tanya "apa nama dah? lupa dah nama apa".
tapi yang peliknya keluarga sepupu inlaws boleh ingat lak nama anak-anak saya.
kenkadang terfikir, ni mana satu parent in law aku ni?

















minggu depan raya aidiladha kan,
tentu saya rindukan masakan mak saya,
rindukan juga kemeriahan sambutan raya,
rindukan senda gurau keluarga dan adik beradik saya,
rindukan hiruk pikuk bila saudara mara bertandang.

sekarang ni kan, saya rajin terfikir bende-benda yang tak patut nak susah-susah fikir.
dok pikir kenapa kita mesti membesar?
kenapa kita ni kena kahwin?
kenapa kita kene ada keluarga sendiri?
kenapa, kenapa, dan kenapa???

uishhh banyak nya melalut memikir..
ni mesti sebab saya rindu mak, abah, adik beradik saya ni..
bila merindu, mula la rasa macam maca.... ish..













































-saya-
si pemikir masalah


Kuswadinata kritikal, tiada harapan hidup

Kuala Lumpur - Pelakon veteran Kuswadinata, 74,
berada dalam keadaam tenat di Hospital Ampang di sini akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kalenjar sejak beberapa tajun lalu.

Menurut  anak bongsunya Rizal, keaadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

"sejak di masukkan ke wad (Hospital AMpang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.

"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunanikan segala kehendaknya. Saya sekalurga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.

marilah kita doakan yang terbaik untuk Kuswadinata...

*kredit pada myNewsHub. Tq.

Wednesday, October 17, 2012

How to prevent sofa from sliding out of position

question;

i have two happy children.
who always love jumping and climbing.  *erk!

The problem is that now everytime my toddlers and my baby
climb up on the couch it slides backwards. I
s there any type of gripper material for the sofa feet that is designed to prevent this?

setelah puas meng googled, saya jumpa jawapannya yang ini;

We bought these little square rubber cups that the feet sit on at either Home Depot or Lowe's. We use them on our sofas and beds with wheels now that we have wood floors. Prevents the feet from indenting the floors and no more rolling around! I found them down the aisle with misc. screws and hardware.

so bila ada rezki lebih dan masa yang saaaagat lapang,
haruslah kami menerjah ke home depot kan..

#blog saya sudah suam-suam sahaja kebelakangan ini iyer..

Sunday, October 14, 2012

Akibat ibu yg ter lalai


Leka sekejap aje ibunya. .
Tu baru pegi hantar pinggan kotor
Ke sinki..belum lg basuh pinggan.
Dah manjat ke tangga dah Ziyad.
Kalau di biar lebih lama? Agaknya dia dah berkemas ape lagi kot kat atas.





Friday, October 12, 2012

Bergelora air yg tenang itu

Dah hujan disini.
Langit pun dah gelap macam dah malam

swing mood

Erm.. Salam jumaat semua..
Pagi tadi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Even haziq tak ok lansung moodnya..
Memang bila haziq tak happy kat sekolah hari semalamnya.. Moody aje dia di malam hari berlanjutan sampai ke pagi.

Thursday, October 11, 2012

Meng gigih

Suka hati aje saya dan ainun buat kerja sendiri
Belajar utk memahirkan diri buat bow ribbon.
Hahaha...



Wednesday, October 10, 2012

Panjat la best

Syabas anak...syabas.!!
8 bulan 4 hari dah expert memanjat.




















Nanti balik kampung pegi panjat pokok kelapa petik kelapa muda utk ibumu.
#makin pucat ler ibu mengejo yg kecik ni

Tuesday, October 9, 2012

Proses mem blocked berkuatkuasa.

Makin hari makin strict pulak
Sumitomo ni..
Semua bende dah nak di block kan penggunaan.
Mula2 sekat sane sini penggunaan internet.
Pastu sekarang sekat penggunaan USB drive.

Blouse bandung

Jeles nya tengok anak dara opis ni tau
Harini si ainun ni pakai blouse baru.
Yg dia beli kat bandung haritu.

Monday, October 8, 2012

Ole ole bandung

Tenkiu ainun...
Belikan ai ole ole bandung.

Ingat juga dia kat saya masa di bandung


Thursday, October 4, 2012

Sensasi nya..,

Us together..