Tuesday, July 24, 2012

berpeluh ketiak

awal bulan Julai aritu, adalah minggu cemas saya.
Dah elok lega demam abg longnya,
tetiba pagi 16hb, naik lagi panas abg longnya.
Again, Saya E.L. pagi tu.ermm...

 
dek kerana ubat-ubat semuanya dah habis,
saya nekad bawak dorang ke hospital. 
dah alang-alang sampai hospital, elok terus jabs ziyad utk 5mth immunisation.
saya dan anak-anak pergi sendiri. En abah datang sendiri berasing dari kami.

en. abah memang tak boleh same-same cuti.
beliau kena attend meeting. boleh katekan urgent la meetingnya tu, tak boleh escape.
meeting en. abah start pukul 10 pg.
kami sampai hospital jam 8.45pg, harap-harap sempat en abah temankan kami.
agak ramai juga orang hari tu.

anak-anak masa ni semua okey. dengan rasa konfidennya saya pun release en. abah
pergi kerja. Sebab mase tu dah pukul 9.30, masih tak di panggil-panggil.
walau berat hati en abah nak tinggalkan saya sendiri handle budak dua beradik ni,
saya tetap suruh dia pergi keje, siap cakap..,
"budak-budak baik je ni bang..dont worry k ...okey je ibu handle sorang."

baru je 2minit en abah pergi, sekali bunyi "prottttttttt......!"
oh ziyad poo poo..
takde masalah bagi aii.. setakat anak berak je kan. apa la sangat...
saya bagi masa 5-10 minit kat ziyad. bagi dia betul2 habis berak nya.

lepas tu, saya pun terus bawak dorang berdua ke toilet.
nappy change ade dalam toilet pompuan.



bila saya amik ziyad dari stroller, nak letakkan kat nappy changer tu..
sekalinya tengok adoiii! tembus!!
banyak la pulak ziyad berak??. siap stroller nye pun habis kena berak.

dan mase tu pulak si haziq start aktif. tak berenti mulut tanye itu ini.
dah macam surveyor lak..
"ibu ini kenapa..... ? macamne ..? ape..? kat mane...? bila..?? tapi kenapa..??"

series saya panik ..
mase tu pulak ziyad hok hek hok hek nangis & taknak letak.
lagi best lagi.. mase ni pulak ramai orang masuk nak kencing,
padahal selama kini saya datang spital ni, takde lak ramai orang pergi toilet.

bila dah dua beradik ni hok hek sini hok hak sana... kecoh satu toilet,
kami 3 beranak dah jadi tumpuan mata mereka yang keluar masuk toilet.

phewww! memang panik.
saya try basuh² gosok² dengan air kesan bocor berak ziyad tu, tak mau hilang pula..
dengan seluarnya habis lencun, seb baik stokin tak kena.

sudahnya saya tanggalkan seluar ziyad. dah habis satu seluar tu basah dgn air.
lapik tisu banyak² kat tpt kene berak kat stroller tu.
kan dah basah stroller tu saya dok basuh2 dgn air tadi. kalau terus letakkan aje ziyad dalam stroller tu,
mesti ziyad tak selesa..

seb baik shawl saya memang sentiasa bawak,shawl tu saya guna jadikan nursing cover.
shawl tu boleh la balut-balutkan aje montot ziyad..
walau dia dah pakai diaper, tapi tak pakai seluar.
macam segan juga saya rasa.
.

dah habis siap salin diaper ziyad, duduk kejap nunggu no giliran kena panggil.
tetiba tengok no yg kene panggil tu dah lepas dari no saya.

terus berangkut anak pegi tanye kat kaunter.
memang nombor saya dah di panggil. ni mesti masa saya bz dlm toilet tadi.


memang betul-betul masa yg tough untuk saya.
next time, tak mau la saya seorang bawak bebudak ni pegi hospital.
yang besar ke yang kecik ke same je aktif.




 
 
sementara tunggu doktor siapkan injection,
saya sempat lagi amik gambar sendiri.
bagus la bilik doktor ni, ade sink & cermin besar ala-ala hotel.
 
haziq komplen saya asyik-asyik amik gambar.
mesti lah amik. moment yang paling toughed ni ziq..
kenangan manis ibu tau!

 
kalau ibu tak amik gambar mase ni, mesti ibu rasa rugi esok-esok.

haziq dah  3 hari puasa sengah hari.
bangun pagi sahur sama-sama kami.
hari sabtu bertahan sampai pukul 2ptg,
hari ahad tahan sampai pukul 2.30ptg.
semalam pukul 12 dah makan.
padahal dia dah makan sahur gak pagi tu, tapi dia sendiri serah diri kat teacher.
"teacher, hari ni haziq tak puasa." bagus anak ibu! #sambil getap bibir

6 comments:

MayaYunus said...

aku leh bygkn betapa strugglenyer ko aritu puan,,, camtu lah kalu beranak kecik,, nak wat lagu mana..

tapi kalu aku pun x konpiden nak ber3 je ngn anak2,, kalu ber2 x pe g kut,,

Kesuma Angsana said...

gitulah anak2 kecil, KA dah pernah mengalaminyer.. tp satu tip KA, memang akan standaby sepasang baju persalinan anak2 in case apa2 terjadi! so x lah kelam kabut nnti

MrS. F!zA said...

Adehhh.. Terbyg2 kekalutan di toilet tu.. Kalo sy lah kompom mngis.. Tk mmpu nk handle sengsorg time tmpt awam.. Abg dhla aktif yg amat

wantie said...

hmm.. saya tka pernah alami situasi cenggitu. sebab jarak usia anak saya 6 tahun.

kalau saya pun mesti panik bila dah 2-2 kena pay attention .

sabar ye, mcm ni la kan cabaran menjadi seorang ibu. moga anak anak kamu kelak membalas jasa baik kamu ni.

Ietams said...

maya,
memang struggled!
aku lah wanita tonggak kejayaan di hari itu @__@

Kesumaangsana,
selalunya memang stenby baju sepasang dalam beg, tah kenapa ari tu baju yg spare tertinggal dlm keter.
malas la pulak nak ambik. jauh tu tpt parkingnya.

MrsFiza,
memang kalut.. hampir nak nangis.. cume merintih senyap2 je.. kalu kuat kang mau semua org dlm toilet dengar..

wantie,
hihihi jarak anak saya 5 tahun, tp si abang nye tu mesti nak sibuk berangan dia tu masih baby, tetap nak perhatian kalau kami layan adiknya. macam lah abg long tu tak puas bermanja

ina's said...

bukan ketiak je berpeluh habis semua berpeluh kalau mcm tu

Sensasi nya..,

Us together..