Saturday, June 30, 2012

Sports day tadika restu ibu little caliph

Saya bersiaran dari persada plus ni.
Supporter abg long haziq bersukan..
Tahun lepas haziq demam panas
Tak dapat join.. Tahun ni yeyy! Kami satu kuarga join.. Go go! Abg long..




Friday, June 29, 2012

semuanya hari ni

salam jumaat semua..
hari ni entry saya khas untuk hari ni saje.
gambo fresh snap hari ni dan buat entry pun hari ni..
tu sebab tajuk entry ni semuanya hari ni.
takde yg auto publish. sebab malam tadi saya terus nyenyak di lena intan.

Thursday, June 28, 2012

kari kepala ikan Sri TTDI di TTDI Jaya

nice kan kari kepala ikan..






lunch tadi saya dimurahkan rezki.
bos belanja lunch.
menu pilihan Kari Kepala Ikan

lokasi kedai makan tu kat TTDI Jaya.

Tuesday, June 26, 2012

En. Abah si nanny..

Ibu tengah bertungkus lumus masak.. Ziyad duduk dengan abah eh.. Cayyang ziyad. Mmuah!..


Programmer yang Tak menjadik


cepat betul masa berlalu..
tak perasan pulak dah sejam saya menggodek coding blog saya ni.
saya agak ke tension an hari ni. tapi tetap senyum lawo *lah sangat* bila amik gamba

Monday, June 25, 2012

si Pemalu di Party Astro On The Go..

saya ni kan suka je nak join event Nuffnang ni.
tapi bermasalah sikit nak mula berkawan.. hehehe..
rasa rendah diri yang menebal melampau-lampau.
tu yang memula nak join tu tengok dulu boleh dapat untuk dua orang tak join.

mangsa peneman tak lain tak bukan en abah saya.

seronok tau kalau dah jadi blogger famous d amous,
mana-mana aje letak boleh je survive.
macam saya yg ala-ala malu ni, ontok je la situ sorang. hehehehe

maka ari sabtu hari tu saya dan en abah pegi astro on the go party tu.
kali ni dapat dari contest si ChurpChurp.



ramai sangat orang join. dah tentu blogger yang meng happening kannya..
sesuai le namanye pun the pool kan, so environment adalah di tepi kolam.
cantik & santai aje.
dengan musik yang debam debum haruk.
dapat la merasa macam duduk dalam disko.

Makanan sihat saya

Seronok nya rasa bila barang yg di idam dah ada di tangan..


You Came to Me - Sami Yusuf (feat. Dato' Siti Nurhaliza)



sedap melodi lagu ni. Tapi dengar2nya ade peminat kecewa tengok penampilan dato siti..
agaknye pasal tudung yg nampak jambul tu kot..
ai tak kisah.. yang pastinya beliau memang cantik & comel.
ishh sukenye tengok

Saturday, June 23, 2012

Live update ni...




Kami dating berdua sekarang... Ade kat the pools jln ampang.
Eh hujan pulak.. Seb baik kami duduk kat belah dalam tau..

















Friday, June 22, 2012

the blogger's baby

setiap malam bila ibu nak tidurkan saya, ibu akan menyambil men surfing internet.
kalau ibu saya tak menyambil-nyambil layan internet
confirm ibu saya ter lelap dengan mulut yg ternganga


saya ni bayi yang baik, tak sampai hati saya nak terjerit-jerit panggil ibu bila ibu dah terlelap.
kesian ibu.. mesti ibu letih jadi super ibu setiap hari kan.  *lah sangat

saya pun ape lagi, turn saya lak take over laptop ibu.
makanya saya akan menggodek mouse, bila dah rasa tak best usik-usik je..
saya cuba nak masukkan mouse tu dalam mulut saya.
tapi kan, abang long saya dah jerit2 kan ibu
abang long bagitau ibu.. lansung tak dapat saya nak rasa 'kesedapan' mouse itu.

selalu saya fikir banyak kali tau, macamne semua orang boleh tau ape yang saya nak buat eh??




Thursday, June 21, 2012

Astro's On the Go Party

pagi ni bukak emel..
dalam bebanyak emel tu email groupon je pon yang penuhnya
terselit satu emel yang buatkan bibir tersenyum hati gumbira..

"
Congratulations!

You are one of our lucky winners for Astro's On The Go Party happening this weekend!   "


Wednesday, June 20, 2012

Black Fungus



harini saya nak jadi ala-ala chef.. hihihihi..
nak letak entry masak memasak.

menu saya hari ni adalah Masak Lemak Cili Padi Black Fungus.. *slurrppp krap krup krap.dapnye. *


 
mula-mula kita rendam kan black fungus ni sampai dia kembang satu mangkuk


Tuesday, June 19, 2012

Semua Cuti




semalam kan kami semua cuti.
en abah amik cuti, saya pun amik cuti, haziq pun cuti sekolah, ziyad pun cuti pergi rumah mak ngah.
kami satu kuarga cuti sempena meraikan hari lahir Abg Long Aizat Haziq.
Yey! dah 5 tahun abg long semalam.
sempena besday haziq,

Friday, June 15, 2012

weight gain

pagi tadi macam biasa bila sampai office
perkara pertama yang saya buat adalah ke pantry, utk penuhkan botol air minum saya.
jadi bila dah pepagi ke pantry, dah tentu akan berjumpa dgn teman-teman se opis yang lain.

jumpa Letchumy tadi, perkara pertama dah tentu la hai hai morning gitu kan..
pastu soklan yg keluar dari Let, "your weight gain yah sekarang?"

Wednesday, June 13, 2012

WW. jangan gossipkan saya dgn Acong Sweetchild!

Ehem!  
^___^ *wink*wink*


kata blogger kan, mesti lah nak wordless wednesday gak hari ni.. hak!hak!hak..!

Tuesday, June 12, 2012

hanya mereka..

#entry yang penuh dengan gambar putera-putera saya aje.

hai comel ibu!
 
hallo awak! awak umur berapa eh??


Friday, June 8, 2012

mari ke mari...



#kualiti gambar agak tak sharp. dek kerana ziyad ter gerak-gerak.

merata dah ziyad sekarang menjelajah, jangan lah leka biarkan dia sensorang, entah kemana dah dia perginya. kadang terpikir budak ni dah berapa bulan sebenarnya eh??!..


Thursday, June 7, 2012

teh halba ??

 
tengok gigih tak gigih makcik ni nak membooster kan diri..
siap bawak halba ke opis, buat minuman harian tiap masa.
awal-awal dulu tekak macam menolak-nolak je minum air rendaman halba ni.
tapi dek kerana dah hari-hari minum, dah jadi tepu dah tekak dgn rasa air halba ni.

meh kita tengok serba sedikit khasiat & kandungan halba ni;

Biji: Dekoksi atau infusi biji digunakan sebagai afrodisiak, diuretik, laksatif, pembuka selera, dan toknik; untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merawat  batuk, bengkak hati atau limpa, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukkan, bronkitis, busung, demam panas, diabetes, hernia, impoten, konstipasi, masalah ginjal atau punding kencing, masalah kolesterol, putus haid, radang sendi, radang urat, sakit dada, sakit dalam perut, sakit otot, dan telinga berdesing, dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk; dibuat ubat pupuk pada lecuran, randang sendi, sakit perut, dan ulser. Biji direbus dan ditumbuk halus dan ditampal pada bengkak, bisul, hernia, lebam, dan luka. Biji rebus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.

Kandungan: Biji – 7.8% air, 46.5% karbohidrat, 28% protein, 6% lemak, 8% fiber, 0.5-2% diosgenin, colin, lesitin, minyak esen, musilaj, nukleoal bumin, oleoresin, protein, sotolon, trigonelin, triptofan, vatamin B1, B2, B3. Minyak halba mengandungi 30 sebatian (antaranya anilin, asid dodekanoik, asid heptanoik, dihidroaktinidiolid, dihidrobenzofuran, difenilamin, elemen, eugenol, heptanal, 2-heptanon, heksadekan, 1-heksadeken, 1-heksanol, heksilfuran, kalamenen, kalaren, kamfor, pentadekan, tetradekan, dan timol).

info adalah di googled. ^__^
 # tulisan yang dibesarkan tu lah yg menjadikan semangat saya membara-bara nak minumnya tu..

Tuesday, June 5, 2012

tepat jam 12

tengah surfing.. surfing.. tetibe terkejut dek bunyi henpon.
bunyi alarm yang lain macam. tak pernah dengar.
bergegas carik henpon, sebab dua beradik yg sedang lena ni
dah tergerak sana sini.. untuk elak dorang dari terjaga..
baik cepat deactivate kan alarm tu.
bila tengok henpon, .. ropenye... ehem! alarm Happy Anniversary kami lahhh..
hai lahh.. lupa pulak makcik ni set alarm.
padahal lepas isyak tadi dah wish kat en abah... gila tak romantiknya kan...
hahahaha..
nak tau ayat wishing saya ke en suami?? macamni dia nya ayat,

"happy anniversary bang,.. ape hadiah anniversary abg nak bagi ni??"
terus tepok dahi encik suami mendengar ayat wish si isteri yg paling tak romantik..
hahaha.. tapi en abah jawap juga, disoalnya balik ape yg hadiah yg saya nak.

saya pun mintak lah hadiah yg boleh tinggal kenangan indah kat saya...
ape bende hadiahnya yg boleh buat kenangan indah, tu kene en abah yg pikir kan.
isterinya ni cuma bagi tema hadiahnya aje.   ^__^

selamat hari ulangtahun perkahwinan yg ke 8 utk saya dan en. abah.
semoga sentiasa kekal dunia akhirat. Aminn...



Monday, June 4, 2012

si Bollat



beliau lah si bulat saya..
oh ziyad sayang ibu ni,. gerammmm je.
esok 5hb dia cukup 4 bulan.
dia dah pandai menarik ke depan. TAPI..,
bila selangkah satu dua ke depan dah mula mengamuk nangis-nangis.. Amboiii la hai..
pastu selalu meragam, agaknye sakit gusi kot.
melampau cepat nya nak tumbuh giginya kan.. hehehehe..

kepandaian dia yg paling tak menahan, pandai bergossip dengan abang longnya,,
suka bisik2 dua beradik gossipkan ibu dan abah tau.

eh esok 5hb bersamaan hari anniversary kami lah! sekejapannya...!?

Friday, June 1, 2012

dia tak suka Limited Edition punye


setiap bulan, dalam peti ais saya wajib ada stok susu segar Dutch Lady.
pemilihan jenama susu adalah di tentukan oleh tuan besar abg long haziq.
dan jenama yang di pilih adalah Dutch Lady,
kenapa pilih jenama ni?
tak lain tak bukan terpengaruh dgn gambo yg ade kat kotak susu tu.
kan gambar satu family yg happy,
haziq pon nak feeling-feeling kuarganya se happy bahgia persis dalam gambar tu.

gambar kotak biasa





bulan lepas yakni bulan Mei, kuasa peminum susu segar kami agak slow sikit.
Haziq yg memang paling ketara kurang minumnya.
saya ni tidaklah bersangka apa-apa,
sekalinya semalam dia meluahkan isi hatinya.

haziq, "ibu.. lain kali boleh tak tolong jangan beli susu yang gambar org sukan macam ni lagi?"

saya,"kenapa pulak? "

haziq, " haziq tak sukalah minum susu gambar  macam ni, haziq suka susu gambar ade ibu abah dan anak dia tu jer.."   

panjang oooooooo saya dengar pengakuan en haziq. 

macam-macam betul haziq punye permintaan ni tau.
saya dah ajukan aduan rakyat haziq ni dekat en. abah. cuma tak berkesempatan aje nak membeli.
lagipun ade sekotak susu lagi, takkan nakbeli yg baru. tunggu habis dulu stok yg ade dlm peti baru la kite fikir nak top up kan stok.

gambar kotak limited edition

#ni entry pukul 2pagi...huhuhu..mata dah sangap, tapi tak boleh nak tido lagi sebab stok susu ziyad short lagi 4oz, kena gigih pulun ni..  (*__*)

Sensasi nya..,

Us together..