Saturday, March 31, 2012

baru Sebulan



See??
baru sebulan lebih tau.. tengah tidur pandai pulak nak bukak sock.
clever eh..,
best betul ade baby ni kan.. hehehe,
saya memang suka baby, suka bf baby.
tapi tak berapa suka ngandung, sebab bila mengandung
teruk betul morning sicknessnya sampai berkali warded.

Friday, March 30, 2012

Blurrr...,

saya ni kan selalu blurr.
bukan lah makna sentiasanya blur.
ade masa-masa memang totally blur,yg lansung tak boleh nak fikir.
teruatamanya masa tu keadaan saya yang haram tak bersedia.
keadaan saya blur gile-gile punye blur
adalah di kala bersama anak-anak, ehem! *cough
sekarang sudah ada 2 org anak, harus ler sebut anak kuasa dua.. ;') hakhakhakhak..

anak saya si haziq tu kanak-kanak riang yg aktif.
tak makan gula-gula mase tu pun boleh aktif lagi,
kalau makan gula, lagi pengsan nak kontrol.
haziq tu aktif, pastu satu hal lagi ade je bende dia fikir nak buat.
memang tak reti duduk diam, saya memang tak boleh tinggalkan dia sensorang.
kalau dekat Mall tu dah berapa kali dah dia hilang. alhamdulillah dapat jumpa lagi.

contohnya macam semalam., mase jemput haziq dari sekolah..
mcm malu pulak nak cerita, sebab teacher2 skull haziq ade baca gak blog ni..
hihihi... tu yg silu pulak rasenye.
k, sambung balik citer,
principalnya jumpa saya nak discuss kan pasal payment.
sebab kan haziq ikut ibunya cuti pantang 2bulan aritu, hihihihi..
jadinya en abah ade la tanyekan kat teacher tu boleh tak bagi pengurangan sikit daycare fees tu.
masa tu ziyad ade dalam kereta, haziq pun dah masuk dalam kereta.
berenti sat je kat tepi pagar, dah macam sembang ahli mesyuarat tingkap pulak dah saya dan teacher afni.

sambil dengar teacher tu explain sambil mata saya kejap-kejap pandang anak-anak dlm kereta.

sekali jeling nampak haziq cium adiknya. okey tak bahyer..dia cium elok.
sekali jeling dia berdiri dekat sunroof nak babai kekawan, okey jugak.
sekali jeling lagi nampak dia duduk kat seat co pilot, pun okey jugak
jadinya minta lagi teacher tu explain..tengah-tengah teacher tu explain,
try jeling sekali, Hah ko dia picit-picit adjuster side mirror! kuss semangat..
dah elok dia duduk bahekk je kat seat driver sambil tekan sana sini dan pegang steering.

makanya keadaan saya yang ooh haa haa ye ke tu dek explanation si teacher
totally masuk kiri kuar kanan.. tak tau ape bendenye dah..
untuk elak dari misunderstanding, saya suruh en abah yg pergi jumpa
tanye dan paham betul-betul kan semula bende-bende tu.

jaga haziq seorang ni kan dah macam jaga anak sepuluh.
famili saya pun poning dgn ragam si haziq. sebulan lebih dok kampung aritu,
kejap-kejap terjerit atok-atoknya dengan haziq. macam-macam betul bende dia nak buat.
dengan aktifnya, imaginasinya, pot pet mulutnya, pastu idea kreatifnya lagi..
orang lain semua dah zasss tido, dia menten segar boleh lari marathon sensorang diri.

Ya Allah, kuatkan la ketabahan hati dan kekuatan tenaga ku ini utk ku guna mendidik dan menjaga anak-anak ku ini, Amin. 

Thursday, March 29, 2012

No More BIKINI okeyy...

Berita buruk bagi lelaki ‘mata keranjang’ yang suka menonton acara bola tampar pantai apabila para peserta wanita acara tersebut tidak dibenarkan memakai bikini pada kejohananan Olimpik London 2012 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, ramai lelaki yang ‘terbeliak’ biji mata menonton aksi-aksi peserta wanita bola tampar pantai yang begitu seksi mengenakan coli dan seluar renang yang nipis!


Menurut peraturan baru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa, para peserta wanita bagi kategori tersebut diharamkan sama sekali untuk memakai bikini ketika bertanding bagi acara tersebut.

Bagaimanapun, badan tersebut menetapkan bahawa para peserta wanita boleh memakai seluar pendek yang berukuran 1.18 inci dari paras lutut dan mengenakan baju berlengan atau tidak berlengan.
“Seluar pendek yang maksimum ukuran 1.18 inci dari paras lutut, baju berlengan atau tidak berlengan,” kata badan sukan antarabangsa itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, badan yang diiktiraf dunia bagi tanggungjawab menetapkan peraturan acara sukan itu enggan menjelaskan negara-negara yang melobi agar syarat baru itu dikenakan pada sukan Olimpik London itu.

Para peserta wanita bola tampar pantai dibenarkan memakai bikini di kejohanan Olimpik sejak mula ia diperkenalkan di kejohanan Olimpik Atlanta pada tahun 1996. – Mynewshub.my

Wednesday, March 28, 2012

Safi Rania Gold

semua orang suka kecantikan kan..
pada orang yang baru je lepas melahirkan macam saya ni tentu nye sekali
asyik merisau diri yang dah tak berapa lawa, menarik ko memang dabomb.
sebelum ni saya tak berapa pakai pun pencuci muka,
sebab nya asyik memikir mahalnya kalau nak beli yang ini yang itu.
terasa macam tak padan aje berat isi kandungan pencuci muka tu dengan harga nya. *dasar kemut*

masa dalam sebulan lebih dok sedap kat kampung aritu,
dan di jaga baik oleh mak abah saya *uh sorganya...!*
mak saya suruh pakai pencuci mukanya.
tak lain tak bukan pencuci muka safi rania gold ni la.
dari pakai sekali terus pakai berkali-kali dan berhari hari *wink
hinggakan dah nak habis dah...hakhakhakhak..nak kena ganti gak tu

dan semalam, sekejap ke Giant untuk bershopping nak cari minyak masak cap Buruh,
tapi tah kenapa dah yilek pocik dah minyak cap buruh.
kenapa eh? dah bankrup
ke kilang minyak tu..



minyak masak cap buruh tak ade, abaikan..
trial pack Safi rania yang ade, makanya wajib dibeli. hihihihi..

ade pencuci muka, krim kecantikan dan serum.
entah ada masa entah tidak nak membelai wajah nan ayu ini


saya sebagai bakal duta safi rania gold.. hakhakhakhak ~sila muntah berbaldi-baldi...;P

terbukti  terjamin selamat dan suci serta mematuhi syariat...

ketahuilah dimana rahsia kejelitaan anda..

Monday, March 26, 2012

anda sudah...? kami pun sudah

tajuk macam promosi bicara jutawan aje kan.. kekekeke...
tak de ape pun nak cakap yang benornye..

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
cuma nak bagitau yang kami 3 beranak dah balik rumah sendiri..., hiks,
uwaaaa!!! sedih je rasa dah nak kena handle semuanya sendiri!!!
makan sendiri...dgn masakan sendiri , uh sedih sangat ..UWAAAAA la lagiii...,

dan bermula la balik upacara tarzan pempuan terjerit-jerit...
mesti orang sebelah menyebelah rindukan suara ibu haziq yang suka jerit-jerit ni.. muahaha..

Monday, March 19, 2012

"TANPA PRASANGKA"


syukur alhamdulillah..
study loan settled. Memang seronok & bersyukur sangat.
Lega tau.. bila loan study dedulu dah habis bayo.
itu ler.. mase belajar tanak belajar betul-betul..
zaman saya dulu kan kalau amik study loan MARA, ke memang sampai ke sekarang?? entah..
sesiapa yang cemerlang 3 pointer ~ 4flat, terus dapat upgrade Loan jadi Scholarship.. untung kannn,

disebabkan method saya belajar dulu adalah "Belajar untuk periksa aje",
makanya result pun cukup-cukup untuk amik periksa setiap Semester aje le. Muahahaha..
eh takpa la kan.. janji dah dapat diploma IT, .. walau tak keje bahgian IT pun.. hiks!
tapi kurang2nya dpt gak naik podium salam dgn naib canselor UTM Skudai..
orang susah macam saya ni ade diploma dah kembang-kembang hidung dah bangga..
syukur..

cumanya mase tu ade le rasa tak best sikitnya
bila tak dapat sama2 meraikan konvo dgn en. abah aje..
mase tu kawan senyap-senyap, mana boleh heboh kat kuarga. Habis kene pelangkung karang!

eh mase tu seronok terlebih juga tau sebab dapat meraikan dengan seluruh keluarga tersayang..
Besttt nyaaa!..la hai..
kalau lah dapat undurkan masa, hendak aje saya terus ambik degree dulu-dulu sebelum kahwin.
sekarang ni kalau nak sambung, kene pikir dua puluh beribu-ribu kali..

Friday, March 16, 2012

Dugaan Ketika Berpantang


tengok wanita hari ini ari ni..topik yg menarik hari ni bertajuk
"Dugaan Ketika Berpantang."

memang ye pun mase pantang ni banyak dugaannya.
mase dulu pantang Haziq, saya di duga dengan emosi yg melampau juga.
haziq jaundice sampai 2 minggu, berapa kali nye warded..
bila tak warded kene tiap2 hari kene ulang klinik kesihatan utk buat ujian darah.
dengan tak de sape nak tolong hantarkan saya lagi..
walau mase tu adik bungsu saya ade kat kampung pun cukup susah nak minta tolong
hantarkan saya, dia budak lagi masa tu, bila kejut dari tidur, manenya nak terus dengar kata..
mamaiii semedang. tambah lagi kereta pun takde. huii sungguh dugaan emosi..
sudahnya 2 minggu aje saya kat kampung. Balik KL terus,
sekurang2nya nak hantar saya ke spital ke nak pg ke klinik ke senang,
susah payah saya sekuarga sendiri yg handle, en abah ade buleh hantar & urus.
dah terbiase buat semua sendiri & simpan semua sendiri,
tu yang suka buat sendiri bila terasa nyusahkan orang sekeliling,
saya ni cepat terasa & penyedih orangnya walau sentiasa happy go lucky.
yela.. dari pendam2 perasaan, baik saya senyap & hindarkan diri bawa diri jauh2... =)

pastu pantang anak no 2 ni, dugaan nya lain pulak..
dugaan meng handle si sulong saya, Haziq. huhuhuhu.. memang menguji kesabaran saya sentiasa.
alhamdulillah sekali aje ziyad warded jaundicenya. tak kena berulang klinik kesihatan utk test darah.
oh ye, kali ni mak abah saya dah tak berapa daya dah nak menjaga orang dalam pantang.
jadinya saya appoint kakak sorang tu untuk jadi confinement lady saya selama 44 hari berpantang.
dia yg mandikan baby, masakkan makanan saya & juga basuh membasuh pakaian baby.

kalau nak kata tak tahan dgn dugaan pantang makan,
saya tak berapa masalah sgt kalu nak pantang makan ni.
tapi tu lah.. lebih byk terganggu dgn dugaan emosi  ajelah.

takpe la haziq dan ziyad, walau anak-anak ibu tak de sape nak memanjakan & jadikan kalian favourite,
ibu ade sentiasa utk manjakan kalian. Ibu marah-marah tu bukan bermakna ibu benci,
semuanya utk mengajar. Mulut ibu aje yang bising.. tapi niat ibu semuanya utk mendidik.
Kalau ibu sentiasa belai dgn lemah lembut segala kesalahan, kedegilan anak-anak mase kecik ni,
silap-silap bila semuanya dah besar panjang,
kemungkinan apa yg ibu tegur dgn lemah lembut tu sok-sok di ignorekan di angin lalu aje.
lagipun masa kecik-kecik ni le nak marah-marahnye kan.
dah besar sok baru boleh ckp elok lemah gemalai..
baru la di tegur seperti seorang sahabat kekdahnya.

eh haritu masa saya warded kat hospital jempol kan
saya ade bertekak mulut dgn nurse JM, gred ape tak perasan le pulak.
dia boleh kondem saya bottle feed kan ziyad mase tu.
ewah engko! kot ye nak support breastfeeding pun, agak-agak le..
cuba penuhkan ilmu di dada dulu baru le nak kondem-kondem orang utk BF baby.
sebab masa ziyad warded tu saya mengalami very-very bad sore nipple.
Jadi idak le boleh direct feed ziyad. terpaksa bottle feed.
dah berdarah bagai, takkan nak direct feedkan anak kan. tak ke bahye kan baby juga.
pastu dia manjang betah yg kalu bottle feed boleh buat baby confuse dan rijek BF nanti-nanti.
saya pun ape lagi, terus cakap insyaallah anak saya tak kan reject direct feed,
pastu dgn lantang nya mase tu saya ckp yg anak sulong saya pun guna botol yg sama..
method yg sama bila saya sore nipple.

pastu saya question JM tu balik, tak pernah dengar pasal Set Breastpump Avent ke?
Avent ni mmg brand utk breastfeeding..dah tentu-tentu Avent ni bagus utk EBM.

agaknya bila dah dia tak puas hati saya betah ape yg dia cakap,
last-last dia tanya saya ni kerja ape, Huh hai.. nak aje saya tanye dia balik,
nurse, ko ni sibuk benor nak kondem org pasal breastfeeding ni kan,
ko tu sukses tak nyusukan anak ko dgn susu badan??!
eleh toksah la nak lebih-lebih marahkan orang, silap-silap dia tu dpt susukan anak 2 minggu je.
kot alasan tak nyusukan anak sbb puting tenggelam tak pun susu takde tak pun anak tak pandai susu.

biasanye kalau orang yg berpengalaman lebih dlm penyusuan susu ibu ni
lebih understanding psl breastfeeding,
sebab dorang ni byk ilmunya..takkan judge orang tanpa usul periksa.
tak semestinya baby tu susu formula kalau tak nampak budak tu melekap nyusu kat badan,

tapi kalau ko nampak berkendong ke hulu ke hilir bawak bakul isi termos air panas,
baru la ko boleh nak kata budak tu minum susu tepung. Baru le boleh nak kondem bagai nak rak.
ish geram sungguh bila jumpa orang yg berkata-kata yg melebihlebih tanpa ilmu di dada.

Tuesday, March 13, 2012

test 3 + 2 + 1









saya nak let go set sofa 3+2+1+coffe table saya.
sajeje test market mana tau ade yg nak..
kalau ade yg minat bgtau saya yer.. harga boleh runding, yg pasti tak mahal lansung.
100-150 aje, pengangkutan utk ambik sendirian berhad yer.. saya takde sediakan pengangkutannya.
itu je nak update..

sekarang takde modal sangat nak update blog.
sebab tgh membizi dgn baby. lagipun takde citer bestnye pun..
best utk saya syok sendiri banyak la.. tak lain tak bukan pasal breastfeeding & baby.
kang meluat pulak orang membacanya... hahahaha.. macam le ramai yg membacanye.

eh hawa, baca blog ahkak ni kan..
mesti tgh pantang hari tu rajin gak jenguk blog ahkak ni.. hihihi *blush
awe, 2 thn lagi ahkak nak pinjam baby girl yg sebaya ziyad tu eh.
nak timang2 gegel byk2 kat perut ni..
tak suke tak suke dgn baby girl,terpaksa lps ni kene buatbuat suka sampai ikhlas dgn baby girl.
mana tau lekat girl pulak lepas ni. lepas tu dah buleh tutup kilang.
ahkak ko ni bukannye suke sangat menjalani hidup berpantang.
nak beranak ramai pun pikir berpuluh kali..
ada bau-bau bacang darah rimau & tarzen la katakannye kan.
nak mendidih aje darah tu bile hangin.. orang mcm saya ni tak suwai beranak ramai..
muahahaha suke hati ko je bagi stetmen gitu.

hari-hari saya sekarang ni cukup bz kalah kan menteri.
mana nak kelek, nyusu, layan borak, layan kekek-kekek gelaknya,
peluk siap tido atas riba lagi.. asal riba lama je dah sesemut kaki tangan.
baby tu tak bagi rest lansung kat ibunya.
dia nak peluk lama-lama puas-puas sementara ibunya masih cuti ni gaknya.
takpe la.. ibu pun suke je peluk ziyad.. rasa nak gigit gigit je pipi badan montel ziyad tu..

Tuesday, March 6, 2012

apesal tetiba nihh??!!

tetiba pulak hari ni bila saya buka blog sendiri
terbit lak lagu menjerit-jerit melalak lagu sepanyol ke mexico entah ler..

BENGANG SANGAT NIHH!!

saya tak pernah pula letak ape-ape gadget utk sound background blog ni.
memang saya tak minat dan tak suke lansung bile ada lagu kat blog.

macamne nak buat ni eh?? adoiiii..

Monday, March 5, 2012

30 hari yang indah

hari ni genap 30 hari usia Arsyad Ziyad, dan dah 30 hari juga saya ber pantang.
alhamdulillah kami berdua semakin sihat dan gebus.. muahahaha..
gambar kami di 30 hari? OhHH lebih elok di elakkan..
nak-nak rupa si ibu yg menggebus dari hari ke hari.. ahaks!

perkembangan ziyad hingga ke 30 hari;
- semakin pandai menyusu hingga tersandar ibunya,
- semakin pandai bermain dan ketawa bila di agah
- semakin pandai drama bila abangnya mendekati..

perkembangan ibunya di 30 hari;
- production susu makin meriah, alhamdulillah
- selera makan makin bertambah
- perkembangan diri pun makin meningkat.. muahahaha..

akhir kata, oh kejapnya pulak rasanya masa ni berlalu.. another 14 days to go.
pastu kejap aje dah nak naik kerje..
ermmm.. kejap nya cuti 2 bulan, pastu nak kene hadap kerja 2 bln cuti tu... huhuhuhu..
seb baik tak amik cuti 3 bulan,