Monday, January 9, 2012

sarung tilam & bantal baby

saya agak keletihan juga hari ni, sungguhpun saya ambil cuti satu hari hari ni.
hantar haziq ke sekolah hari ni. orang lain semua dah start belajar dari minggu lepas kan.
Kindy haziq memang di lewatkan seminggu  hari pertama bersekolah dari hari persekolahan yang biasa.

kesian saya tengok haziq pagi tadi.. menangis dia masa saya tinggalkan..
sensitif betul jiwa haziq sekarang ni..

balik rumah saya pun basuh sarung tilam dan bantal baby yang dah siap.
cuaca elok je panas. sekejap je dah kering..


satu set tilam & bantal baby.
bantal besar yang atas tu khas untuk abg long haziq.


nilah dia hasil tangan sendiri ibu.
puas rasa hati bile tengok elok cantik dah siap ni.





diakhiri dengan gamba makcik yang kepanasan je sentiasa ni..
hai mane ler dia road tax viva saya ni.. tak sampai-sampai.
esok dah tak boleh gerak dah viva tu..
problem dah ni.

1 comment:

Yaty Minhad said...

amboi..rajinnyer zulie..ni penangan baby girl ke dlm perut tu..heheheheh

Sensasi nya..,

Us together..