Thursday, January 5, 2012

Bermasalah dengan anak

aircond kat opis ni sejak cuti tahun baru lame minggu lepas tak konsisten jadinya..
kejap panas.. kejap sejuk. pastu panaaaaasssss.. kejap sejuk, tetiba panas balik.
naik pening & resah rasanya.
dah ler saya ni memang cepat je panas berpeloh sekarang ni.
tambah jadi serba tak kena dek kerana aircond.

haziq sehari dua ni behavior nye macam lain macam sikit la.
kekadang terpikir pasal ape dia jadi macam ni.
dia suka buat saya dan en. abah marahkan dirinya.
macam tak boleh nak duduk diam dalam sesaat pun.
pening + letih rasa..
pastu cepat je nak melalak.
malam nak tidur nak kene popok, dengan abahnya tak mau.. nak kan ibunya.
tapi bile dah nyenyak tidur, abahnya la yang dipeluk melekap. Ibunya tinggal ler sensorang kat tepi.
google kejap simptom yg nampak kat haziq.
yang tak reti statik dalam seminit, suka melompat..
hasil dari google adalah sipmtom kanak-kanak hyperaktif.
tapi bila baca-baca, hyperaktif ni budaknya lambat bercakap & lambat berjalan.
bila comparekan haziqnye development dulu cepat je progress nya..
pandai jalan umur 9bulan, pandai cakap & berlari umur setahun.
si haziq ni menakal bila ada dengan ibu dan abahnya.

kalau ibu & abahnya takde rata² siapa yang jaga tu bagi compliment.
haziq okey..
kenape eh macam tu, ke sebab haziq ni terlebih manja & kasih sayang kami.
ataupun dia tengah nak tunjuk sifat memberontak..
harap-harap lepas beradik nanti, dia okey semula.




abah & haziq yang tengah syok tengok fountain kat MidValley.






itulah dia abang long haziq yang makin manja, mengada dan aktif sentiasa..
tapi dia la yang paling ambil berat & penyedih bila tengok orang² tersayangnya tak sihat.

3 comments:

Ena said...

sakma la.. dak anis & irfan pun gitu. dulu ingat dier hyper.. tp bila jumpa dok.. dok kata dier aktif je... x hyper.. normal.. cuma kena kawal gula2 dan makan segera yg dier makan.. mende2 tu yg buat anak2 nampak hyper..

my heart said...

zulie,itu maknanya dia dah tahu dia dah nak dapat adik..so tu yg nak manjer lebih sikit sblm adik kuar......

MaMa CyDa said...

Takyah risau lah dik. Tuh simptom budak nak dpt adik huhuhuhu

Anak akak pon dulu camtuh gak. mengamuk nak Mama jek. Ngan Abah takmo lgsg. Tp biler dah dpt adik, asiklah carik gaduh jek ngan Mama dia. Taknak kawan Mamalah, cakap tak sayang Mamalah. Dalam hidup dia tuh macam ader Abah dia sorg jeklah. Mama dia nih sabo jeklah. Kekadang tuh makan hati gak sampai menitik air mata. Tp sebaiklah Abahnya pandai pujuk Mama dia nih huhuhuhuh

Sensasi nya..,

Us together..