ietams@zulieta. Powered by Blogger.
RSS

Osbon juara Maharaja Lawak Mega

tak sangka kan Osbon menang.. Tahniah pada Mr Os & Abun..
sudah saya jangka dah mereka yang pasti juara..
huhuhu rezeki mereka, hadiah utk juara boleh tahan lumayan.

saya tengok final MLM ni kat kampung saya.
dari hari Khamis saya 3 beranak dah ade kat kampung.
mak saya masuk hospital.. sakit lutut hingga menyebabkan demam..
mak saya warded dari Selasa.
hari rabu saya stayback kat opis sampai jam 7 mlm, settled kan semua kerja.
nak amik Emergency 2 hari leave kan, kena la pandai2 urus mana yg patut lebih dulu.

sedih & risau saya kenangkan mak saya  yg tak pernah-pernah selama ni masuk sepital,
tetiba kena warded lama macam ni.
last sekali mak saya duduk hospital mase bersalinkan adik bongsu saya, 23 tahun yg lepas.
angah saya yang dok kuala ganu tu pun balik juga.

rupanye selama 3 hari 3 mlm mak saya kat sepital, mak saya takde selera makan.
khamis malam tu saya masakkan bubur.. alhamdulillah terbuka selera mak saya.
seronok juga rasa hati saya bile malam tu staffnurse check BP, demam, jantung mak semuanya okey.
mak saya risaukan saya gak yang dok nunggu hari ni ke hulu kehilir,
pagi petang tgh malam hanto bubur & teman mak saya makan.

walaupun mak saya tak sepenuhnya sembuh dari demam, mak saya minta juga balik hari ni dari doktor.
mak saya dah serba menggelisah duduk lama kat sepital.
esok petang saya dah nak balik. nak uruskan hal persediaan beranak & sekolah haziq pula...
satu bende pun tak prepare ni. kot tetiba saya dah keluar tande bersalin ni, mau tak tentu arah semua bende.
nak harap en. abah urus semuanya? tah hape-hape je yang dia kemaskan karang..
elok-elok tak tension, tetibe kang tak pasal je saya ni dpt detect BP tinggi..
gara-gara dok menjawap tak sudah-sudah soklan en. abah,
"kat mane?? nak amik yang mane? letak mana? ambik ape? yang mana satu?"

mak saya tu pun tak boleh banyak gerak dah.. tulang lutut mak saya doktor kata dah ade luka sikit.
adik bungsu saya dah balik,minta tolong dia lak jagakan mak saya. Moga-moga mak saya sihat walafiat seperti biasa hendaknya, Amin..

tetiba mcm terpikir di benak fikiran..
kenape eh orang yang dok sentiasa sibuk berkicau sakit itu ini
tak pernah pula terkena serangan sakit mengejut secara maksimum
berbanding dgn orang yg tau mungkin ade simptom2 penyakit tapi lansung tak suka nak mewar2kan
ke sana ke mari penyakitnye secara berleluasa.
yela.. org pun pernah berkata, biasenye penyakit byk diturunkan pada org yg baik2 berbanding dgn orang yg 'terlalu baik'.. hihihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

360 atmosphere KL Tower

Khamis minggu lepas, saya ade makan-makan..
company dinner. Lokasi pilihan, kami pakat pilih kat KL Tower.. hohoho..
Kalau MD lama dulu manjang pilih restoren Jepun.
sejak MD baru ade ni, enjoy sikit.. pemilihan makanan adalah universal.
sebab Sammy san ni dah lama duduk US, jadi pemikiran dan seleranya open sedikit.
Kami staf² terasa amat ke happy an.. enjoy aje menikmati makanan.

dedulu KL Tower satu management dengan Restoran Melayu kan..
tapi sekarang tidak lagi.. dia dah tukar name ..

sekarang dah jadi Atmosphere 360,
dia ade 3 session, ada dinner buffet, lunch buffet & afternoon buffet.

kalau dinner : dewasa = RM198*nett     kanak-kanak = RM138* nett
masanya : 6.30pm ~ 8.30pm  ,  8.30pm ~ 11.00pm


untuk buffet lunch murah sikit : Dewasa = RM88*nett   kanak-kanak = RM68* nett
masa : 11.30pm ~ 1.30pm  , 1.30pm ~ 3.00pm


ade hi-tea gak..saya panggil hi tea, hihihi..tak tau lak ade istilah afternoon tea..
lepas tengok dianya jadual ni baru tau ade nama lain gak selain dari hi-tea..
very the tak berapa tau betuii..

afternoon tea : dewasa = RM68*nett     kanak-kanak = RM48*nett
masa : 3.30pm ~ 5.30pm

boleh telefon kat 03-2020 2121 buat booking ataupun klik kat sini untuk keterangan lanjut.. =)


meh layan gambar-gambar happy kami.


kemain ceria semua.. masa nak keluar lif ni.. sempat saya minta akak yang reception tu amik kan gamba..
masa ni tak kire la orang nampak ai macam jakun.. janji ade gambo kenangan..


ni makanan saya..satey daging lagi sedap dari satey ayam.... butter prawn yang menawan, dan siakap masak ape tah.. tapi series semua sedap. Lepas makan sepinggan ni, saya terus kemengahan..


the MD, sajima-san.. yang sporting.. takde protokol.. bantai le ko nak makan dan sembang ape..
dia pun join gelak-gelak, sembang-sembang, makan-makan.. dan beliau juga suka amik gambar..




muka saya yang happy sangat dapat makan sedap.. tapi sekali tu je la saya amik makanan sepinggan penuh.
lepas tu dah surrender.. kemengahan.. semua makanan kat restoran ni kan superb tau..
satu je yang saya tak boleh go.. toiletnye terlalu pintar.. orang kampung macam saya memang fail! muahaha...
main tekan-tekan button weh.. ko nak cebuk guna air, kene tekan button yang ade gambar butt ade air splash gitu.. pastu ejas la nak kuat ke medium ke low ke.. air tu akan terpancut dari bowl..
kalu masa membuang tu nak butt tu rasa panas ko boleh picit button warm.. muahahaha..
series tak buleh la orang kampung macam ai kencing byk kali kat toilet atas tu.. baik turun lif kencing kat toilet bawah. Manual je toiletnye.. sonang!









inilah kami satu opis.....
perut kenyang dan suka hati.
seronok..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari packnye schedule

hari ni ade check up kat DSH
lepas tu lunch *masih blur nak makan kat mana*
lepas lunch nak pergi taman permata *nak sambar spectra 3. yippiee!!*
pastu nak ke KL area jln T.A.R. *target nak cari jamu*
dan target gak nak ke sogo *shopping kelengkapan yang final utk baby - napkin, baju, mitten booties*
cadang macam nak singgah jenguk bestfriend saya.
Dia dah SMS rindu-rinduan dah kat saya..bila orang dah ajak jenguk ni kan,
macam tak sampai hati pula nak hampakan beliau.. kihkihkih...
last sekali sebelum balik rumah nak singgah Sunway pyramid..eh ke sunway convention Centre ek..
kan Courts Mammonth ade  expo kat situ.. nak pergi tengok kalau ade deep freezer yang murah.
erm.. betul-betul pack jadual perjalanan saya..
harap-harap ikut plan asal..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penuh dengan Gambar

sempena cuti birthday Sultan Selangor 11hb yang lalu,
saya balik kampung.. ada kenduri mak sedara sepupu di Felda bukit Rokan Utara, Gemencheh.
macam biasa la ujung-ujung tahun ni ramai yang berkenduri cuti sekolah ni.
tapi yang mcm kurang bestnye sebab bila hujung tahun je, musim hujan..
kalau dulu belah pantai timur je yang rajin banjir.
Tapi zaman sekarang belah selatan pun turut sama banjir juga.
minggu sebelum tu ada kenduri kawin gak.. sedara belah abah kat Kepis. saya tak dapat join.
minggu lagi satu lepas kenduri bkt Rokan ni, ada lagi kenduri belah abah saya kat Serom 3, Muar.
tak dapat le saya nak pergi.. dah sarat² ni..  cuma majlis yang ni je dapat join,
kebetulan cuti panjang sikit kan..itupun selasanya saya MC..poning kepala.. muahaha...

tak tau dah apa nak tulis.. layan gambar je le..


























semalam result PMR keluar kan..
ade sorang anak buah en. abah yang amik PMR.
ahad aritu, saya ade tanya² anak buah tu, agak² macamne result PMR dia..
dijawabnya dia baru darjah 2...bukan budak PMR lagi.
saya ni, bila dah orang buat lawak tak kene pada tempat, memang terus jammed la saya..
koser le aku nak menanye lelebih kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

study & collect semula

saya tengah survey² deep freezer..
kalau buleh nak cari yang murah-murah aje.. yang ratus-ratus cukup la..
kalu dapat rege 300-400 lagi bagus.

saya dah nak kene recall balik dan nak kene prepare betul-betul
keperluan, kelengkapan untuk breastfeeding.
target saya nak 100% breastfeed 2nd baby ni.. mudah-mudahan murah rezki anak saya.
selain deep freezer, nak beli breastpump Spectra 3 gak..
ape lagi eh nak kene cari ni... oh ye..storage bag utk store susu pun kene cari.
segala ilmu storage susu nak kene recall balik..
pastu dah nak packing segala benda.. barang saya, barang haziq dan barang newborn..
kemas-kemas rumah..
sok nak balik kampung berpantang, takut rumah dilanggar geroda lagi bila en. abah tinggal sensorang sok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minat dengan gubahan pokok kristal hiasan ?

STICKY MODE




saya ada jual-jual gubahan pokok kristal untuk hiasan rumah..
bukan ler saya yang menggubahnya.. mak sedara saya yang empunya bisness ni.
dan yang paling pentingnya harga adalah murah-murah dari harga pasaran..

saiz kecik cenggini cume RM50 ~ RM 70 aje.. warna boleh pilih ikut suka..
cuma bagitau je nak kaler cemane, mak sedara saya tu buleh gubah ikut citarasa anda.

 yang pokok bonzai kristal ni mahal sikit.. tapi jangan risau, harga tetap rendah dari harga pasaran..
dalam RM150 ke RM250 aje.. dan bergantung pada saiz juga.
sebab ape dia mahal sikit, sebab dia kan guna kayu bonzai tu..


ade juga gubahan bunga kristal untuk di buat goodies, tak kira la majlis kahwin ke majlis bertunang ke, atau majlis aqiqah. Dan ada juga di buat bunga telur. Buat mase ni belum ada gambar lagi.
Bila dah ada nanti, saya update semula gambarnya.



pada sesiapa yang berminat, mai la order. Jangan segan nak emel saya ke zzu_ms@yahoo.com iyer..
penghantaran boleh di ejas sekitar kawasan lembah klang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Hijab, Filem Seram Terhebat 2011

Sinopis;

Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.
Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.
Teman wanita Rafael, Qiss (lakonan Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut.
Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.
Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.
Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


sape dah tengok cerita al hijab ni??..
kami 3 beranak dah tengok Isnin malam haritu.. memang seram woh!! TAKUTTT..
kami tutup-tutup mata tengok cerita ni..memula haziq tutup-tutup mata tetiba je dah tertidur..
lepas tu saya pun join haziq.. sebabkan takut, tutup-tutup mata. Tetibe, eh! terus tertidur.
tinggal en abah sorang je layan sampai tamat ceritanya.
tapi sungguh la seram cerita ni
Terbaik lah! filem hantu Malaysia ni.. hantu Indon pun byk macam tak munasabah..
better lagi filem hantu Malaysia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abang.. nak ni

sempena saya nak bersalin lagi berapa minggu lagi ni kan bang..
ibu tak minta banyak bang..
cuma nak minta ni aje..,

,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


ala.. nak 1pce Samsung Galaxy SII... aje!

abang jangan salahkan ibu punye permintaan ni tau..
ni semua orang office yang suruh ibu minta hadiah bersalin dari abang tau..
ibu tak ler paksa..
tapi kalau bagi betul-betul, ibu tadah tangan sebesar-besarnya.. muahahahaha... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pocoyo in the making..

walau tak jumpa kain cotton berwarna biru seperti yang di idamkan,
jumpe kaler ijo aje..gambar pocoyo biru tanahnye hijau. Comey juga. hijau pun hijau le..
tak lengah terus aje saya ukur, motong kain ikut ukuran hasil dari tekapan sarung tilam yang lama.


sebelum mula menjahit guna mesin, gigih saya jahit jelujur klim tepi semuanya..

harap-harap menjadi dan comel hasilnya, Amin.
orang sarat ni bukan betul moodnya..
datang Swingnye karang, kain tah ke mana, sarung tilam nye tah kemana.. muahaha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Formula Drift Malaysia 2011

sape ade pergi tengok kereta berdrifting kat dataran Merdeka sabtu dan ahad ni??
kami sempat pandang sikit je petang tadi..
itupun bukan semata nak tengok drift tu..
sebab tersangkut kat traffic light kat depan bangun sultan abd samad tu aje..
kekunun nak jadi mamarazzi amik gambar dari dalam kereta..
boleh pulak kamera kompek saya tetibe hang??!! bikin hangen satu badan dibuatnya..

yang benarnya tujuan kami masuk KL sabtu tadi nak ke Jekel..
sempena jualan akhir tahun Jekel kannn.. idak le nak bershopping kain baju ela..
tujuan utamanya men cari kain cotton.
Untuk eksprimen jahit sarung bantal & tilam baby la kununnya..
alang-alang dah sampai ke jalan TAR tu kan,
menyinggah ke lori KopieSatu..
pekene kopi ice blended+karemel.. yummie!!!







saya belanja en. abah minum ice blended,
kerana kesyabasannye beliau menunaikan janji manis beliau meng clearkan rumah yang dilanggar geroda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Stir Well for a Better Taste

hari ni saya sensorang aje kat office.. huk..huk..huk..
lelain outstation..bukan lah maknanye saya sorang aje yang tinggal konting kanting..
opis saya ni ade 3  kompeni adik beradik.. jadinya lagi dua opis lagi tu ade la orangnye..
setiap satu opis buat produk lain-lain..
tapi tetap dalam satu kompeni induk.. si Sumitomo tu..

biasanye macam ni la.. kalu tinggal sensorang pun bukannye dapat bersenang lenang..
lagi kelam kabut ade la sensorang. Sedar-sedar dah pukul 5... huhuhu

hari ni saya lunch yogurt Nestle & jus pink guava..
nyummm sedapnya..
masa nak buka yogurt tu, baru terperasan kat atas tutup botol tu tertulis,
"Stir Well for a Better Taste"
ya allah! dah lama ke ade tulisan tu?? series saya tak perasan arahan tu selama ni..
patut ler rasa nya masam je bila makan selama ni.. muahahaha..
tapi hari ni saya makan, uh! sedapnyaa...
moral untuk saya sendiri lenkali alert sikit kan.. baru lah dapat hasil yang memuaskan hati..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OPS Banteras

tak lain tak bukan saya ni nak banteras sikap MALAS..
belum datang angin rajin nak kemas² barang² utk kelahiran orang baru..
cume kain barut baby dah siap basuh.. tapi tak lipat & susun betul-betul lagi..
rumah saya sekarang ni pun dah macam kene langgar geroda dah.
en. abah punye kerja le tu..
dek kerana berusahanya beliau nak mencari Breastpump saya Jumaat malam lepas,
dah  di keluarkan barang dari stor, kepenatan pulak dia nak masukkan balik ke dalam stor.
adoiii!! sakit mata saya bile tengok rumah macam ape dah jadinya ha sekarang ni..

saya ni satu je problemnye.. bila rumah dah bersepah,
malas tu 100% menyeluruh meresap kat jiwa dan raga.
daripada elok rasa nak masak-masak.. memang hilang terus hati nak masak ke ape ke.
tu yang pantang en. abah & haziq silap sikit je.. hah! siap la kene bising..
en. abah bagi janji manis, cuti wiken ni dia nak proper kemaskan semula barang yang dia dah keluarkan..
kita tengok kan aje nanti..

saya macam teruja-teruja la nak tepek development perut saya.. hihihihi...
ye la.. kemain aktifnye si dia nendang-nendang tu kan.. tu yang terus je men google...

alolololo comeynye dia.. siyan pula tengokkan dia.. sempit eh duduk dalam tummy ibu..
takpe ye sayang.. lagi 48hari je lagi iyer.. sabar tau..


bersyukur juga en. abah dah cuba paksa rela kan dirinye balik awal sekarang..
kalau idak, paling awal dia sampai rumah pukul 9.30mlm.
sekurang-kurangnya si haziq takde la komplen abah ni asyik meeting je..

haritu balik kampung kan.. gelihati tau dengar statement haziq pasal abahnye..
masa tu mak saya saje-saje nyembang dengan haziq,

atokwan:   haziq dah besar nak kerja macam abah tak?
haziq:         kerja macam abah?  abah kerje ape?
atokwan:    kerja macam abah la.. guna komputer² tu..
haziq:   OHHH!! haziq tau abah kerja ape... abah kerja MEETINGGGG aje..

hahahahaha kelakar... terkekeh² saya dan mak saya dengar stetmen haziq pasal abahnye keje meeting aje..
kan dah terkena selepuk en. abah..
sebelum² ni, tiap hari bila haziq telefon abahnya tanya pukul berapa abah nak balik,
mesti jawapan en. abah..
"abah balik kejap lagi ye ziq.. abah ade meeting lagi ni.."

tu yang sebijik kene kat batang hidung en. abah dengan anaknya.. muahahaha...

dorang berdua ni bergeliga ideanya.. gambar ni gambar lama..
masa ni hujan lebat..  kalau tak silap dah pukul 10 lebih dah..
Astro kan bile hujan servicenya terus hilang... saya naik atas sekejap..
bila turun bawah tengok kan dua beranak ni rancaknya bermain. 
macam² benda dorang ni boleh jadikan mainan..
boleh pengsan ibu melayannye.. meja kopi kat hall tu dijadikan table ping pong mereka.
tu belum lagi dorang main ultraman dgn raksasa.. adoiii..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pukul berapa tok harimau

kejap je dah pertengahan bulan Disember..
tinggal lagi 2 minggu lebih sikit je nak naik tahun 2012.
en. abah tu dah tanye² ngajak saya bercuti. Bukan bercuti nak pegi jenjalan..
nak habis cuti tahun yang tak boleh di carry forward ke tahun depan.
pastu macam biasa, duduk lepak-lepak di rumah aje 3 beranak.

petang-petang sekarang ni rajin hujan..
nasib baik la kena jemput.. idok le scary sangat nak memandu dalam keadaan hujan..
hari ni saya dah siap-siap tapau makanan untuk breakfast, lunch dan juga minum petang karang.
hahaha.. senang tak yah nak serabut kepala memikir nak makan kat mana.

kuay tiaw soto..

3 keping roti canai kedai melayu

haziq pagi-pagi macam biasa.. suka mengada, menangis..
tah hape-hape tah.. hari cuti elok je tak meragam.
saya dan en. abah rajin je panggil dia Baby haziq. Pandai pulak dia marah kita panggil dia "Baby"
mengade lebih kan baby. kalau pepagi dia boleh bangun awal, tengah mandi..
melalak-lalak menangis.. bukan sebab kene marah atau kene pukul.. tapi kegemarannya
melalak terlolong-lolong "ibu..!!!!! haziq sayang ibu!!!!!!..WUUUUUUUUUU"

haziq sayang.. naper suka buat ibu stress pagi²?..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepanasan

semalam MC, kepalanya pusing amat.
cadang nak ambil EL aje.
en. abah hantarkan ke klinik pagi tu.
tetiba dapat MC dari doktor. Cantik sangat la tu kan. Bersyukur hambe!
dokto pempuan india tu dah la garang, memang jenis kedekut nak bagi MC.
nak bagitau sakit ape pun, takut.. huhuhu..
dah doktor kemut tu yang volunteer bagi MC, ape lagi, pucuk dicita.. ulam mendatang ler kan..

tengahri tadi, saya dan ainun tumpang kereta opismet sorang tu ke bkt Jalil.
beliau nak ke kedai scuba diving, kami berdua yang pempuan² ni pi makan kat kedai situ-situ.
saya tak drive hari ni. en. abah yang hantar pergi kerja tadi.
almaklumlah jalan dari kinrara nak ke Mines tu kan trafik jammed nye tahap melampau.
tambah lagi, dalam sebulan ni nak kene hantar haziq ke Sg Besi,
rumah sepupu saya. Kindy dia kan tutup sebulan.. tu yang minta tolong sepupu saya jagakan haziq.
hari-hari berganda² la masa saya driving.
tak boleh tahan lak rasanya malam² Braxton Hicks Contraction. en. abah pun dah macam risau² tengok saya memalam sakit dah macam nak beranak.. hik.hik.hik.
bermulalah hari ni kami 3 beranak pepagi dalam kereta...

bila dah tak drive kereta sendiri ni, rasa macam patah kaki juga la mase lunch time.
balik dari lunch tadi, berpeluh kepanasan masuk office.
dah ade aircond pun, tetap kipas diri sendiri dengan kertas..
wohooo memang panas tahap sampai pening kepala..
dalam pada rasa macam nak meletup badan tu, mata sempat lagi pandang wallpaper PC saya..
orang kata nak dapat anak comey, kite kene rajin tengok gambar orang comey, cantik kan.
saya pun ikut kan aje petua² cenggini ni.. selagi tak mudarat.. ape salahnya..

minat pula saya tengok gambo baby yang kiut² macam anak jepun ni. 















ni satu lagi muka dah macam nak meletop...,






















yang tetiba macam bajek² comey...























tapi serabai... hak..hak..hak..hak..
































 
miahahaha.. muka tak siap..
okey la, nak pi zuhur. daaaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Naikkan Trafik Blog!

Nak join? meh klik-klik la kat gambo 

memandangkan blog ni tak glemer mane, berkobar-kobar semangat saya nak join
Mak Dara untuk naikkan trafik blog.
mana tau, bertambah² lagi kekawan lepas ni... ai suke!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(Video) Majlis pernikahan Delily Michelle Wee (Melodi) & Deqwan (Remaja)

sweet nye la hai tengok michelle Melodi dgn suaminya Deqwan masa nikah..
sama cantik, sama padan..

 
gambar dari MIGOnline

video ni pula dari sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Exclusively Yours






boleh abadikan gambar² dengan cara yang kreatif dan memorable..
rasanya MrsFiza pun dah pernah buat kot..

berminat tak? mai la ke SINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masuk dalm list mengidam ke?

bile cakap pasal pempuan ngandung mengidam,
biasanye berkait rapat dengan makanan aje kan..

macam kes saya ni, bersungguh benar tiap hari mengimpikan nak buat kek,
boleh ke kite klasifikasikan sebagai mengidam jugak?
belasah je la kan.. janji kita happy & puas bila dah dapat ape yang di cita.

jeng jejengg... setelah bertungkus lumus malam tadi, akhirnya siap juga sebiji kek coklat saya..,

asalnya nak buat pesen cupcake tu.. saiz kecik² dan toping icing cupcake,
tapi malas nak durhaka dengan sifat malas,
ini ajelah yang dapat hasilnya.. muahahaha..
yang penting rasanye sedap di tekak.. cair di perut.. nyummmm..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 million money drop

tengok cerita ni tadi,
sadisnye tengok bile pasangan pertama boleh kecundang pada soklan yang pertama..
soklan pertama yg di tanye, "dondang sayang popular di kalangan kaum mana?"
boleh peserta tu letak duitnya kat jawapan Minangkabau & jawa..
halloo!! mane ade minangkabau dgn jawa berdondang sayang.. muahahaha..
dah tentu le popular di kalangan masyarakat Baba Nyonya kan,
pernah ke tak pernah pi jenjalan ke melaka, kawan??

bila pasangan pertama tu dah kecundang,
tibalah masanye untuk pasangan kedua itu masuk mencuba nasib.
soklan pertama bagi pasangan kedua, "masakan masak lemak cili padi terkenal di negeri mana?".
dia letak ke 3 tempat jawapan, johor, Negeri sembilan & sabah..
muahahahaha.. kompem budak 2 orang ni tak layan masakan kampung.
lansung tak konfiden pada satu jawapan.
tapi mujur gak le dorang letak duit lebih kat negeri sembilan.. kire selamat le mereka
dan boleh terus maju ke pusingan seterusnya..
last-last tengok tadi dorang ade RM80 ribu lagi, bersambung lagi di episod akan datang.

eh ha, petang tadi berjaya juga kami ke Pureen Warehouse Sale yg kat PJ tu..
sampai sana pukul 5.15ptg, tutup pukul 6 ptg sharp.
memang express aje kami membeli di sana.
sebab dah memang set nak beli ape kan. Jadi sampai sana terus cari je barang yang nak di beli.
dan hasilnya penuh 2 beg guni ikea tu.
betul-betul beli buat stok.
memang goyah bahu & tangan en.abah mengangkut..




hasil borongan saya..,
pureen baby wipes yg botol 2x200pcs @RM16 x 4
maternity pad @RM9 x 5pcs 
pureen dry5 diapers S66 @RM24 x 2
liquid cleanser RM16 x 1 (ade misscommunication dgn en. abah, sampai terlupa nak beli refill pack byk2)
pastu beli mangkuk makan baby, rege nya sekitar RM4, RM6 & RM7. 
set pinggan terpaksa beli dua, haziq sibuk nak sama-sama dengan adiknya esok-esok.
baju baby cume dapat beli 2 pasang je.. rege sepasang baju tu cume RM10 sahaje.
banyak baju yang tinggal kaler peach & pink.. saya nak cari kaler putih.. tapi banyak dah habis.
tak berminat le pulak kan nak beli baju kaler-kaler pink ni..

  
selimut baby yang ade hood tu dah habis..napkin saiz XL pun dah habis.
siap tanye ada lagi tak stok dgn budak stor . Memang totally habis. 
kali ni memang takde rezki la nak beli 2 barang ni.

kami sette semua dan keluar dari Pureen tu pukul 5.50ptg..
singgah depan tu, layan aiskrim kejap.. tepat jam 6 petang, memang gate pureen terus ditutup.
bukaan gate tu ngam-ngam sorang badan orang.
lega kami, sempat juga membeli barang-barang yang dihajat di jualan gudang ni. Syukur!
masa lepak2 makan aiskrim tu, dengar makcik jual air tu cerita,
dari pukul 8pagi lagi dah penuh orang beratur.
macamne nye banyak barang dah habis kan.. pureen tu buka pukul 10 pagi..
orang ramai yang menunggu dari pukul 8.. memang kagum la pada mereka semua gigih di pagi hari..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi nya..,

Us together..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...