Monday, November 14, 2011

pengalaman pertama

lepas breakfast, kami hantar haziq ke sekolah.
kanak-kanak kene pergi awal dari ibu bapa kat Institut Pertanian Serdang tu, 
diorang nak buat rehearsal dan persediaan awal. 
pagi ahad tu budak-budak nak kene ada di sekolah sebelum pukul 10.00 pagi. 
Mereka kena bersama-sama naik bas ke dewan.
kami sampai kat sekolah pukul 10.10 minit. Bas dah siap dah nak bergerak.
Kami?? series terlewat. Gara-gara en. abah. Dia memang selalu jadi penyebab kelewatan kami.
bukan saya je yang bengang, haziq pun join membebelkan abahnya.
haziq naik aje bas, sana sini kekawan bersorak nama anak ku..  #terharu..
terperasan sekejap ada anak glemer. hihihihi..


jam 12.45 turn kami dua laki bini pula yang bergerak ke serdang.
cadangnya, jam 12.30 nak gerak dari rumah, tapi sekali lagi en. abah yang buat lewat.
mase tu la juga dia nak log in itu ini lah..
asap naga saya dah keluar masuk hidung dah masa tu. Seb baik la sebelum jam 1 gak boleh keluar rumah.
dan masa masuk dewan tu, ramai lagi ibu bapa yang belum sampai. 
Kelewatan en. abah tu ter pendam la tanpa susulan. 
Kalau sebaliknya jadi, memang terus jadi naga saya gaknya. 
saya berangan nak duduk kat tempat duduk yang paling depan, 
tapi sebab ada yang lagi awal sampai dari kami, dapat duduk kat barisan nombor 3 pun dah rasa macam okey la juga. 

ye ye oh je ha en. abah mengambik gambo.

saya tilik-tilik gambar2 yang en. abah snap, tak banyak pun gambar anaknya.
banyak snap gambar anak orang lain. lorr hai.. gambar bininya pun tak banyak.
saya yang gemok..nak jalan pun dah tak larat. berat 59.5kg, hishh baru 7 bulan.
sekarang saya cube untuk mengkontrol diri. check-up semalam doktor tu pun gelak-gelak kan aje.. 
terlebih naik berat bulan ni.   



ni gamba jiran depan saya.. anaknya pun sama kindy dgn haziq. Satu kelas juga. quzair namenye.
anaknya dapat hadiah 2nd best student untuk 4 tahun... bagus kan..
mesti dorang berdua happy. Tahniah Quzair!

saya dah tak berani nak berbaik mesra dengan jiran tetangga yang melayu di kawasan kejiranan saya ni.
gitu-gitu biasa aje lah. even mereka berdua ni mesra & peramah orangnya. 
saya takut 'terkena' lagi sekali... tobat saya dah.

senyuman dari yus & zana.. tahniah korang! quzair cemerlang.

haziq tak dapat award ape-ape pun.. saya pun tak letak harapan tinggi.
dia dah boleh konsisten pergi sekolah, lancar percakapan, lancar doa-doa & surah pun dah syukur alhamdulillah. 

3 comments:

MrS. F!zA said...

eh ada kes ke psl jiran n..bahaya jgk jiran berbaik tp ada mkna..hihihi

tk dpt apa2 anugerah tk semestinya tak bgus..

Syasmeen said...

x de la besar mana pun perut ieta...comel jer kejap je kan dah msk 7 bulan bestnya :)

MaMa CyDa said...

alahai ... serius chomel jek nmpk cap haziq ^_^ (ehhh cap kah itu?)

ibunya pon chomel lah sejak2 berbadan 2 nih hikhikhik

Sensasi nya..,

Us together..