Wednesday, November 30, 2011

kala petang menjelang tiba..,

dah jadi rutin..
bila jarum jam dah ke pukul 4.30..
hati dan fikiran terasa kusut.

memikir.. memikir.. dan terus memikir..
apa menu yang nak di masak balik ni,
kalau menu setiap hari sentiasa sama, kejemuan bakal terjadi.

jadi, ape menu kite petang ini ??
tangan dah geram nak buat kek ni.. tapi rajin nye belum datang lagi.
haziq pun dah bising-bising.. en. abah lagi suka kalau ade bahan yang nak di bising.

Orang merindu..

terharunya rasa hati ni bila pepagi tadi, sorang colleague ni sampaikan pesan
"MD baru rindu kan saya," katanye lagi "dah lama nya beliau tak jumpa saya."

wah.. wah.. ini yang lagi bersemangat nak kerja betul-betul ni.. #hakhakhak


hari ni en. abah ada assessment kat TM tower, Jln Semarak. Good Luck bang!
semoga semuanya berjalan dengan lancar serta di permudahkan.
dan semoga kami sekeluarga dimurahkan rezki, Amin.

Tuesday, November 29, 2011

AVENT White Star Valve

ngeh..ngeh..ngeh..
saya happy sangat.

#pempuan yang makin hari makin di pam-pam...



#anak dan bapa yang makin melekat berbelangkas.


#sparepart Avent Isis Out and About
yang paling besar Massanger, kedua besar diaphragm dan 3 biji yang comey tu star valve.
saya sayang anda semua!


sekali lagi perasaan lega bila barang yang nak kena ada sebelum bersalin akhirnya dah berada di tangan.
lepas pergi kenduri dekat lestari putra, Sri Kembangan..,
kami terus ke Kinderjik Plaza Damas..
pada mulanya mau beli AVENT White Star Valve  tu je.
sekalinya bila Sale Advisor tu cakap gitu gini.. ye tak ye juga..
breast pump saya tu zaman haziq dulu tahun nya.. 4 tahun nan lepas tu! ahaks..
dah tentu silicone diaphragm & masssanger dah gile loose.
suction nye mesti dah tak berapa padat.
alang-alang dah sampai kinderjik tu.. terus ler beli semua sparepart...
Lega sungguh rasa..

harga yang saya beli mase tu okey-okey juga la banding dgn beli online.


Starvalve = RM9.90 x 3 pcs = RM29.70
Massanger = RM21.90 x 1pce =RM21.90
Diaphragm = RM25.90 x 1pce = RM25.90


Total RM77.50.

bila balik, survey balik harga pade online shop sparepart yang saya beli.
woh! rasa berbaloi yang amat. masa membayor nye tadi, gigil gak tangan hulur duit..
beli barang secotet 5pcs ade regenye dekat seratus.
terpikir-pikir macam mahal dari beli online.
bila dah compare semula.. syukur alhamdulillah.. saya buat pilihan yang tepat.

*ya allah ya tuhan ku,
semoga murah rezki anak ku yang kedua ini
untuk menyusu susuibu selama yang boleh seperti mana abangnya.. Amin.*

jemputan ke LEP 5, Seri Kembangan







jemputannya hari sabtu..
kenduri kahwin. isteri ex bos en. abah punya anak buah yang kahwin.
meriah juga..
menu adalah nasi hujan panas, dalca, ayam masak merah, rendang daging, acar masak & papadom.
air siram + soda kot.. air dia memang mabeles sedap!
kami tiga beranak tah berapa kali ulang nambah air. yang tukang nambahkan air adalah en abah.
bile penuh je gelas, tetibe gelasnya dah kosong.. muahahaha..
nampak kebengangan en. abah di situ... tak baik tau bah! tanggungjawab tuu, kesian anak bini nak air.

Monday, November 28, 2011

bakal player kebangsaan dan Vandalism

sape tengok bola malam tadi?? Malaysia lawan Bahrain...
hampa tak rasa??? kami laki bini series hampa dengan team Malaysia..
kucar kacir sungguh.. yang paling tak best 2nd half time tu..
10 org bahrain boleh bantai kaw-kaw 11 player Malaysia.. siap boleh menang lagi..
hahahahaha.. ade rasa kelakar, ada gak rasa kesian dgn Ong Kim Swee, pun ade rasa malu..
betul la kata Kim Swee tu.. harga yang perlu di bayar kerana kekurangan player2 harapan beraksi.

ok, takyah lebih2 touching, meh layan gambar anak dan suami saya beraksi
di taman empangan, putrajaya semalam..



kemain jauh lagi haziq nak corner kick ke abahnya.. hahahaha..
ade tokoh nak jadi skuad kebangsaan ni...
takpe ziq.. kalau haziq jadi atlet.. nak pegi stadium dekat je dengan rumah..
jogging dari rumah pun buleh sampai stadium.



sekian lamanye kami ke sini bermain-main kan, tak pernah lagi tengok orang-orang yang
datang ke playground pas tu bersungguh-sungguh menggunakan alat permainan kanak-kanak ni.
bila tengok satu keluarga c*n* ni.. ewah! anak beranak ko berjongkang jongket.

tapi sungguh la.. selalunya kalau kami ke taman permainan..
bangsa dorang ni la yang tak hiraukan lansung istilah vandalism.
sesuka hatinya bermain alat-alat yang ada untuk kanak-kanak.
tak terfikir ke diorang,
yang alat permainan tu berkemampuan untuk tampung sampai berapa je berat badan.
kalau dah badan bapak nye dah 60kg dok hayun jongkang jongket tu, tak ke patah bende tu??!

even orang iran ke arab ke takdenye dorang nak naik bende alah tu semua tau.
tak ke berlakunya vandalism macam tu??
tolong la wahai ibu bapa mahupun orang dewasa..
alat permainan yang ada di taman permainan purposely untuk kanak-kanak.
jangan le sesuka hati korang nak suka-suka main.. habis jahanam bende-bende tu semua.

**saya kepeningan ni.. orang sebelah ni tengah masak.. dia masak kat luar.. tak tau le kenape memang kalu dia memasak, mesti kurang enak bau nya. bukan saya aje yang berpendapat sebegitu tau.. kadang-kadang terkuat haziq komen.. "ibu, sapa masak bau busuk ni???" ha!! budak tak menipu kan...

Sunday, November 27, 2011

perempuan yang cepat terpengaruh

cerita langsung tak de kene mengena dgn orang lain..
semata-mata mengenai diri empunya diri.. hihihi..

2 malam lepas, nyembang dgn bonda tercinta..
saya dengar cerita mak saya dia pegi makan tengahari kat restoran Yusuf Haslam.
menu yang ade kat restoran tu adalah masakan kampung.
merembes je terliur rasa hati saya dengar cerita mak saya tu.
bila dah rasa mcm tertarik hati tu, terus tanya mak saya kat mana lokasi kedai tu.
dan akhirnya hari ni, siap-siap terus kami 3 beranak ke restoran Haslam tu..
hehehe...

mesti orang lain semua dah tau lama dah kan pasal restoren Haslam yang kat depan Hospital Tawakal tu.
saya ni nama je duduk key el/ selangor. Tempat best-best nak lepak pun tak banyak tau.. hehehe..
memang sedap makan kat sini. licin pinggan saya & en. abah.

Friday, November 25, 2011

Karya Seni Enterprise yang efisyen!

baru semalam deal. Pilih judul novel, buat payment & emel resit pembayaran..
pagi ni jam 10.30pagi..,
dah sampai pun parcelnya dari brother pos laju..
terima kasih banyak KaryaSeni!.. servis anda memang bagus & meletup.. teruskan lagi yer.




ni lah dia 2 naskah novel yang saya beli semalam.. cuti 3 hari ni, tak kemana-mana..
boleh rileks baring-baring layan novel.

saya dah macam minat ler dengan penulis Umie Nadzimah ni.. penulisan yang bersahaja tapi terkesan ke hati.
sekarang dah bulan November dah nak abis tahun.. kene beli buku-buku..
kot tak kang tahun depan pengsan nak membayo cukai.

Wednesday, November 23, 2011

sedap masakan ibu macam orang lain masak

malam tadi saya buka kedai makan.
customernya en. abah dgn haziq jer.. hehehe..
main coursenya kangkung goreng belacan, daging masak merah dan telur dadar.
gambar telur dadar takde pulak mase ni.

sampai cramp² kaki saya masak menu² ni malam tadi.
gigih betul.. nak pegi makan menu ni kat kedai, secotet aje dah berpuluh ringgit terbang,
dek kerana saya sekarang kuat makan, rela lagi masak sendiri & puas sikit. Boleh tambah lauk banyak kali.
sekarang saya dalam proses menghadkan limit makan atas saranan Doktor & en. abah.
tak boleh ikutkan sangat selera makan yang besar...

Doktor pun udeh cakap baby dalam perut saya sekarang besar & berat..
ayat doktor yang menggerunkan saya,
"kalau u nak bersalin kan baby u 4kg over, u boleh maintain makan macam sekarang.."
saya sendiri pun rasa berat & besar perut saya pregnant kali ni agak berbeza masa peknenkan haziq dulu.
tapi as usual, anak-anak saya pandai menyorokkan perut ibunya dari ketara di tatapan umum.
rata-rata mereka yang memandang
meng komen perut saya tak ketara sangat macam orang sarat mengandung.. hihihihi..


berselera en abah & haziq menjamu selera malam tadi hingga tersandar.
yang best komen dari haziq.. "sedapnya ibu masakkk.. macam orang lain masak la.."

en. abah ni bile le gaknye dia nak balik dari kerja awal ni ek..
hari-hari lewat juga balik. paling awal pukul 8.30 malam.
takkan la sampai ibu dah cukup hari sok pun abah balik lewat gak..
ade esok haziq je yang hantor ibu ke sepital..tak pasal haziq yang jadi bidan ibu bersalin sok.

Tuesday, November 22, 2011

Tiket perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia - Syria Dijual Hari ini

Sesiapa yang berminat nak membeli tiket-tiket
utk menyaksikan perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia-Syria,
boleh la pergi beli bermula dari hari ini hinggalah hari esok.
*Info Di refer dari sini



Harga tiket: : RM40 (Tempat duduk utama), RM20 (Terbuka), RM5 (Kanak² Bawah 12 tahun).

Tarikh, Waktu, Tempat Dijual:
November 22, 2011 (Selasa): 9 pagi hingga 7 malam (Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam)
November 23, 2011 (Rabu): 9 pagi hingga 3 petang (Stadium Shah Alam)
November 23, 2011 (Rabu): 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan (Stadium Nasional Bukit Jalil)


alahaii.. nampak gayanya esok perjalanan pulang saya macam akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas le gamaknye ni.. nak melalukan bulatan lumba kuda pastu depan TPM tu lagi.. adoii!
jangan lupa penyokong skuad Harimau Muda, 8.45mlm esok! jom sama² support.

Selamanya Malaysia

wohooo!! bestnya rasa..
Malaysia menang bola malam tadi.. Yippie!
Pingat emas SEA Games Bola Sepak maintain milik Malaysia.

terjerit-jerit suara saya dan en. abah malam tadi di celah-celah kesunyian taman perumahan saya.
lantak ler kan.. dorang dah lena di ulit mimpi..,
kami 3 beranak semangat bolasepak Malaysia.
bangga rasanya Team Bolasepak Malaysia sekarang dah marvellous cemerlang!
Teamwork yang bagus..



oh, semalam saya bawa balik anak jiran saya yang satu sekolah dgn haziq.
kemain meriah dorang berdua bermain-main kat rumah,
saya risau juga kot-kot quzier ni tak happy ke nangis ke..
sekalinya bila abah si Quzier datang nak menjemput balik, di ignorekan aje abahnya.. hohohoho..
kelaka la quzier ni... lain kali quzier datang rumah ibu lagi eh.. main-main dgn haziq.

tak lupa saya nak wish CONGRATULATION pada kak Long saya..
hari ni Selasa, 22 November 2011 adalah hari kedua bagi beliau menyarung uniform kaler Biru.
tahniah kak long atas promotion ke Sister.
warga Palong 10,11, kalau korang ade nampak Sister
yang muka series tapi ade sikit muka ayu-ayu kat klinik kesihatan korang tu,
itu la kak ipar ai.. jangan main-main tau.. kak long ai tu garang hokey..

Sunday, November 20, 2011

2nd Maternity & Children Expo


sempat juga pergi tadi.. cadangnye nak pergi siang sabtu, tapi tak dapat..
gitu gini tengok jam dah pukul 3 lebih, malaysia lwn myanmar kan start pukul 4.45ptg.
habis bola pukul 7.00mlm. Malaysia menang 1-0,
makanya layak le Malaysia ke final SEA games, sekali tengok Indon pun masuk Final. Adoi la pun!
kena lawan lagi sekali dgn indon yg sengal tu..

nasib baik en. abah nak juga pergi malam tu..mood org berangin ni kan tak menentu
plan asal nak mencari sparepart breastpump Avent saya kat expo tu.
memang le ade booth utk Avent.. tapi dorang tak jual sparepart lak kat situ.
nak lagi best makcik ni berat mulut nak menanya.
maka sesuka hati je la bagi statement sendiri yg expo tu takde jual sparepart breastpump. hakhakhakhak..
jalan punya jalan, lalu kat booth sarakids, alamak aihhh! Spectra 3 dia jual RM299 je tau..
adoii la hai!! duit tunai tgh kemarau sekarang ni. nampak gak ade bendealah utk swipe credit card tu.
TAPI, ai tak rela nak menambahkan lagi kemarau yg sedia ada.
jadi pandang dgn pandangan tak berminat aje walaupun hati tu ade gak rasa gatal nak beli.

jalan lagi depan nampak booth mumdreams.
paling best dia nye promo kot pada saya..
nursing bra nye beli 3 free 1.. woho!
ape lagi.. pilih-pilih saiz terus. bukan senang nak jumpa nursing bra rege RM12.90.
kalau beli online kene add in caj pos lagi.
sepanjang perjalanan pulang saya tersenyum riang kepuasan
bila dapat beli barang yang di cita dengan harga yang murah,

kalau ade sesiapa yang berminat nak shopping-shopping kat butik ni boleh le jenguk sini..
macam-macam ada..

Friday, November 18, 2011

tiada kata..


layan haziq ke playground Giant, lepas tu belanja dia KFC happy meal.
burp kami berdua kenyang.
en. abah malam ni makan pandai-pandai sendiri.. hehehe
saper suruh balik lewat, nasib ler.. *ayat pempuan kejam 
eh tapi kalu nak masak, masak lebih ye bang.. ai nak tumpang gak..

Thursday, November 17, 2011

Assalammualaikum...



syabas anakanda!
sejuk hati bonda mu ini.. sesungguhnya anakanda memang 100% confident atas stage sambil menyanyi riang.
tiada secuit pun rasa gentar.

Video Klip Terhangat! fuiyooooh



memang betul terhangat..
hati ai sungguh-sungguh kagum tengok betapa konpidennye en. abang polis tu..
3 calit tu.. jangan main-main.. senapang sentiasa di tangan.

Result UPSR

tahniah kaklong syafiqah!.. cucu sulung mak abah saya.
anak abang sulung saya.
walau tak dapat straight 5A..
dapat 4A1B tu pun maklang dah rasa kembang hidung dah.. muahahaha
mak lang tumpang bangga, kakak boleh dapat result macam tu.
B pun sebab Bahasa Inggeris aje pun.. ape la sangat nye pun kan..
lama-lama sok ade jekinya dapat A ber plus plus..

tahun depan kak long azmina anak sulung abang no 2 saya pulak punye turn.
ish.. dah besar panjang dah anak-anak buah saya.
tetiba sok, dorang inform dah nak konvo.. huhuhuhu.. rasa macam tatutt pulak.
pantasnya masa berlalu..
rasa macam baru je main-main agah si syafiqah ni kat wad maternity K.Pilah dedulu..
dah nak naik sekolah menengah dah anak buah saya ni.

Wednesday, November 16, 2011

Rakyat Malaysia Paling Gemuk di Kalangan Negara ASEAN

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.

- Bernama
 
di ambik dari Malaysiakini

Monday, November 14, 2011

pengalaman pertama

lepas breakfast, kami hantar haziq ke sekolah.
kanak-kanak kene pergi awal dari ibu bapa kat Institut Pertanian Serdang tu, 
diorang nak buat rehearsal dan persediaan awal. 
pagi ahad tu budak-budak nak kene ada di sekolah sebelum pukul 10.00 pagi. 
Mereka kena bersama-sama naik bas ke dewan.
kami sampai kat sekolah pukul 10.10 minit. Bas dah siap dah nak bergerak.
Kami?? series terlewat. Gara-gara en. abah. Dia memang selalu jadi penyebab kelewatan kami.
bukan saya je yang bengang, haziq pun join membebelkan abahnya.
haziq naik aje bas, sana sini kekawan bersorak nama anak ku..  #terharu..
terperasan sekejap ada anak glemer. hihihihi..


jam 12.45 turn kami dua laki bini pula yang bergerak ke serdang.
cadangnya, jam 12.30 nak gerak dari rumah, tapi sekali lagi en. abah yang buat lewat.
mase tu la juga dia nak log in itu ini lah..
asap naga saya dah keluar masuk hidung dah masa tu. Seb baik la sebelum jam 1 gak boleh keluar rumah.
dan masa masuk dewan tu, ramai lagi ibu bapa yang belum sampai. 
Kelewatan en. abah tu ter pendam la tanpa susulan. 
Kalau sebaliknya jadi, memang terus jadi naga saya gaknya. 
saya berangan nak duduk kat tempat duduk yang paling depan, 
tapi sebab ada yang lagi awal sampai dari kami, dapat duduk kat barisan nombor 3 pun dah rasa macam okey la juga. 

ye ye oh je ha en. abah mengambik gambo.

saya tilik-tilik gambar2 yang en. abah snap, tak banyak pun gambar anaknya.
banyak snap gambar anak orang lain. lorr hai.. gambar bininya pun tak banyak.
saya yang gemok..nak jalan pun dah tak larat. berat 59.5kg, hishh baru 7 bulan.
sekarang saya cube untuk mengkontrol diri. check-up semalam doktor tu pun gelak-gelak kan aje.. 
terlebih naik berat bulan ni.   



ni gamba jiran depan saya.. anaknya pun sama kindy dgn haziq. Satu kelas juga. quzair namenye.
anaknya dapat hadiah 2nd best student untuk 4 tahun... bagus kan..
mesti dorang berdua happy. Tahniah Quzair!

saya dah tak berani nak berbaik mesra dengan jiran tetangga yang melayu di kawasan kejiranan saya ni.
gitu-gitu biasa aje lah. even mereka berdua ni mesra & peramah orangnya. 
saya takut 'terkena' lagi sekali... tobat saya dah.

senyuman dari yus & zana.. tahniah korang! quzair cemerlang.

haziq tak dapat award ape-ape pun.. saya pun tak letak harapan tinggi.
dia dah boleh konsisten pergi sekolah, lancar percakapan, lancar doa-doa & surah pun dah syukur alhamdulillah. 

Sunday, November 13, 2011

secawan milo, kuay teow gooreng dan delima


itu je breakfast untuk hari ni..
jantung saya berdebar-debar hari ni..
haziq ade majlis ihtifal pukul 2 karang dan dia terlibat juga dalam persembahan.
katanya dia jadi polis... huhuhuhu takuttt..
boleh ke anak manja saya tu perform karang ni ek.

Friday, November 11, 2011

tragedi berdarah

muka sedih en. abah lepas kene jahit...



terkejut tengok haziq sporting beraksi depan kamera..

malam sebelum raya haji lepas, en abah basuh pinggan dan pinggan yang di basuh pecah lalu terkena tangan.
lukanya agak dalam. Kena 2 jahitan. Sadis juga tengoknya.

Thursday, November 10, 2011

bau dia



setelah sekian lama saya jadi champion bangun pagi.
tukang kejut kan en. abah & haziq pepagi..
tapi pagi tadi.. en. abah pulak yang jadi orang pertama bangun..
woho kagum terus woh.. biasanya bulan puasa aje beliau orang pertama bangun pagi.
bila dah en abah bangun awal dari saya & haziq..
en. abah le yang mandi dulu..*macam takde bilik air lain.. berebut yg satu tu juga..
lepas en. abah, puan ibunya pulak mandi..
sebaik aje saya masuk bilik air.. tanpa berlengah terus.. bluweekkkkkkkk!!
woho!! ai muntah secara banyak ler pagi ni..
adoi! dah lame dah tak muntah-muntah ni.
penat rase..

en. abah heran dari luar.. terus terjongol kepalanya melihat keadaan isterinya yang kemuntahan dlm bilik air.
seraya bertanya apehalnya ibu, tetiba muntah hari ni?
dalam termuntah-muntah tu, sempat lagi saya menjawap..
"ibu bau bau abah... LOYA....." uwekkkk lagi..

hehehe.. pelik betul ai peknen kali ni, pantang ade bau en. abah,
cepat nau mual-mual.. ngades betui!
dulu peknenkan haziq mengidam bau je tak sudah. macam tak buleh nak jarak.
yang ni pulak alegik terlebih dgn bau en abah..

Simptom suami kegersangan

kalau isteri baru lepas beranak,
biasa juga dengar kisah meroyan la depression la..
bentan la itu ini la..
tapi pernah tak dengar kisah suami gersang meroyan, bentan ke ape ke?
muahaha.. macam tak pernah dengar je kan..

tetiba hari ni rasa macam tertarik la nak cerita ceriti pasal isu ni..
hari ni saya sampai office awal, dah siap sarapan bekal pun.
kerja yang patut di dahulukan pun dah di siapkan.

jenguk blog kejap.. tu yang datang idea nak pot pet pot pet
isu suami gersang akibat bini baru lepas bersalin.
memang biasa terjadi ke kes macam ni? ke saya je yang lembab tak ikut peredaran zaman.
muahaha... ai memang tak berapa minat sangat nak kepochi² hal orang.
orang cerita, saya boleh jadi pendengar yang baik.
tapi nak menyampai-nyampai ke orang sana orang sini, itu it SOO not me.. =).
lagi pulak kalau nak beramah mesra dengan hat jantan, bujang ke laki orang ke, ai tak minat.
orang tanye, ai jawap.. nak sembang lebih-lebih, sorry, I tak minat.

tapi ye juga la kot.. saya tengok simptom lelaki gersang lepas bini bersalin tu
banyaknya jadi kat lelaki melayu je la kot.
pantang aje nampak yang dahi licin melayan, wah ko! menjadik..
kalau boleh segala bende nak menyembang.. tak boleh la dalam sesaat tu tak bercakap berdua.
dah macam tak nampak orang lain dah nak sembang.
cerita bola pun ko nak cerita dengan anak dara tu apehal??
ko nak berdating ke nak buat ape-ape ke, buat belakang la weh..
tak rela telinga ni ha nak dengar butir nyembang tu. tambah dosa aku je...
rela lagi ai sumbat telinga dengan earphone. dengar radio then feel sensorang.


pesanan utk en. abah ku sayang.. jangan mengada-ngada nak ade perangai cenggini eh.
kalau abang buat.. memang nak kene la ni.. ewah-ewah...
jangan nak jadikan sebab isteri tu membizi hendel anak-anak & baby,
suami kesunyian. tak baik tau.

eh esok 11-11-11 kan.. straight 1 tu.. memang tarikh yang cantik.
saya dengar berita kat radio sinar.fm tadi,
permintaan ramai woh untuk bersalin secara cesarean esok..
siapa-siapa yang bersalin ke menikah ke bertunang ke esok,
saya ucapkan tahniah pada anda.

Tuesday, November 8, 2011

si manja saya



selamat hari raya aidiladha pada semua.
kami beraya di negeri sembilan raya haji ni.
orang yang paling happy bila balik air hitam tak lain tak bukan aizat haziq saya.
dah sampai rumah malam tadi pun mengadu dengan abahnya rasa nak balik kampung lagi.

raya haji ni kan ade tragedi tragis berlaku pada en. abah.
jari kelingking nya berjahit, terguris dek pinggan pecah.
kena 2 jahitan.. nak bersalaman pun macam ala-ala kritikal. kesian en. abah.

dan saya masih lagi cuti hari ni, tinggal dua beranak aje kat rumah.
melepak-lepak terbaring, makan minum tengok tv layat internet je le keje kami.

Nuffnang saya

dah di kosongkan.. hehehehe..
walaupun tak banyak, tapi lepas le nak bayar bil letrik..
syukur alhamdulillah..


terima kasih Nuffnang, terima kasih kawan-kawan yang menyinggah.

Tuesday, November 1, 2011

Dalam Dilemma...

yer memang betul.. memang tengah buntu campur dilemma.
tengah berkira-kira pasal breastpump ni.
asal-asal, memang dah set kat kepala mau sambar MEDELA FREESTYLER..
hehehe.. tgh masak pun, susu boleh di pam.. freestyler le katakannya kan..
tak kisah rege beriban nak membeli demi nak menyusukan anak dengan susu ibu.
tapi dah di bantah sekerasnya oleh mak saya.
ayat mak saya boleh tahan kejam juga.. hehehehe
"kalau nak anak ramai, boleh le beli pam susu riban-riban.
Ni setakat nak beranak sikit, toksah membazir"
makanya impian saya automatik terbatal.


dan sekarang minda saya macam teringin-ingin mau beli SPECTRA 3 ni pula..,
ermmm.. tapi macam 50-50 pulak terasa-rasa..
sebabnya memikirkan nak kena hantar service.. adoiii! boringnye la hai bila dah nak kene service-service ni.
yang dah sedia ada yang banyak berjasa kat saya zaman haziq dulu adalah Avent Isis Out & About ni.
kadang-kadang ade rasa nak pakai je pump yang lama ni..
performance pump ni memang meletop bagusnya utk saya.
saya yang bekerja, kerja kat sektor swasta, berjaya nyusukan haziq sampai ke besar 2 tahun 10++ bulan.
hasil dari pump AVENT kesayangan saya ni..

tapi pump tu dah hilang satu sparepart yg penting..
nak kena pergi ke kinderjik mau cari sparepart tu. aduss jauhnya la hai sri hartamas tu..
takut pulak dah takde jual lagi kat Kinderjik tu.

star valve ni dah le takde production lagi.. ikut pada review, dah di gantikan dgn duck valve.
tapi hasilnya kureng sikit dari star valve tu..
erm... dilemma..oh dilemma..
dah tinggal lagi 2 bulan lebih je dah ni ha.. memang dah nak kena betul² mencari dan buat keputusan ni.
ala.. mini peti ais tu pun tak pergi survey² lagi..
peti ais yang ade dulu dah rosak.. dua benda ni benda yang paling penting nak kena cari ni..


Sensasi nya..,

Us together..