Tuesday, September 27, 2011

Bahaya makan daun kunyit ketika mengandung

tak semua orang yang mengalami macam saya kan..
masa preggy tak boleh makan daun kunyit, pulut
dan segala makanan yang boleh mendatangkan angin.

tajuk atas tu khas untuk saya seorang je.
sebabnya, memang betul kene kat diri saya.
merana sakit perut, memulas tahap tak tercapai dek akal.
gambar bawah ni, saja saya suruh en. abah amikkan gamba kenang-kenangan
masa pergi beraya rumah opismate beliau.

menu yang disajikan masa tu ikan bakar, mihun soto,
ketupat rendang, nasi goreng ayam merah, ayam panggang. kuih muih, nugget, buah²an

kami datang dah malam, makan kat bawah khemah diterangi
oleh cahaya ala-ala candle light dinner. tak perasan rempah ikan bakar tu penuh dgn hirisan daun kunyit.
terlepas makan dua tiga ngap..

masa ni tak rasa sakit lagi.
balik rumah, hamik kau! rasa nak menonggeng tahan sakit perut memulas.


pendek kata, masa preggy memang kena tengok makanan tu betul-betul kan.
kena lebih berhati² supaya boleh elak segala sakit perut.

1 comment:

pUanMaY said...

take care puan,,,mga selamt sumenyer,,

Sensasi nya..,

Us together..