Friday, September 30, 2011

Pohon Kebenaran

"Ya Allah ya tuhan ku,
sesungguhya aku hanya insan yang lemah..
tunjuk kan lah kebenaran kepada mereka-mereka yang berhasad. Amin."

Wednesday, September 28, 2011

Harper - Beckams Family




cantik kan posh, walau pun baru lepas beranak...slim je badan..
harper tu pun comey je.. alolololo..
tengok posh dukung harper dgn heel yang tinggi sebegitu, Fuhh! gerun tengok.
tak tersadung ke makcik ni?? adoiii yaii..
~gambar di amik dari Cari



pagi-pagi ni mood saya agak spoil sikit la..
bukan mood je, tekak ni rasa geli-geli melampau je.
pegi kat kafe bawah, beli mee goreng. tengah enak menyuap, satu.... dua suap....
tetiba,
sehelai rambut yang panjang di jumpai dalam mee tersebut. Adoi!
dek kerana tak mau membazir & mmg tengah kelaparan *kononnye..
saya asingkan sebelah, tutup-tutup rambut tu dengan mee,
kuatkan hati utk menyuap lagi,
tetiba lagi,
terjumpa pula rambut yang pendek panjang² bulu roma
ADOIIIIII!!!!???


Tuesday, September 27, 2011

Kembar...saiz yang berbeza



bila perhatikan anak dan suami saya dari jauh,
serius! dorang memang kembar.
gaya berdiri pun boleh sama.
apa yang bezanya dorang??
yer.. cuma saiz sahaja yang membezakan mereka..

Bahaya makan daun kunyit ketika mengandung

tak semua orang yang mengalami macam saya kan..
masa preggy tak boleh makan daun kunyit, pulut
dan segala makanan yang boleh mendatangkan angin.

tajuk atas tu khas untuk saya seorang je.
sebabnya, memang betul kene kat diri saya.
merana sakit perut, memulas tahap tak tercapai dek akal.
gambar bawah ni, saja saya suruh en. abah amikkan gamba kenang-kenangan
masa pergi beraya rumah opismate beliau.

menu yang disajikan masa tu ikan bakar, mihun soto,
ketupat rendang, nasi goreng ayam merah, ayam panggang. kuih muih, nugget, buah²an

kami datang dah malam, makan kat bawah khemah diterangi
oleh cahaya ala-ala candle light dinner. tak perasan rempah ikan bakar tu penuh dgn hirisan daun kunyit.
terlepas makan dua tiga ngap..

masa ni tak rasa sakit lagi.
balik rumah, hamik kau! rasa nak menonggeng tahan sakit perut memulas.


pendek kata, masa preggy memang kena tengok makanan tu betul-betul kan.
kena lebih berhati² supaya boleh elak segala sakit perut.

Monday, September 26, 2011

perjumpaan istimewa

cerita ni 2 minggu lepas punya.
nak update minggu lepas, kesihatan tak berapa bagus.
bila tak berapa sihat, mood pun tak berapa bagus.
oleh kerana hari ni nampak gaya macam sihat ceria sikit,
apa kata saya marathon kan aje cerita saya ke open house 2 minggu sudah..

sebelum keluar rumah saya minta jasa baik mereka lelaki-lelaki yang saya sayangi
untuk bergambaran.
en. abah & haziq kalau nak keluar kena pakai baju yang lebih kurang sama..
walaupun fesyen nya lain, kurang² kena warna yang sama.
dorang ni kan kembar... saiz je yang membezakan mereka,
lotih acik nak nguruskan semua mende. camne le ibunya sok beranak kecik ni



masuk kereta, haziq yang request nak set auto timer kamera untuk ambik gamba kami berdua.




mula-mula ke rumah taman belakang taman rumah saya..
rumahnya dekat aje. kirenya kami ni duduk dalam satu daerah aje.
bila dah dia menjemput, terus je la saya hadir. walaupun saya tak konfemkan kehadiran saya..

member sekolah saya.. Aza yang masih comey..
sungguh tacing nya momen kami berdua masa saya mula² sampai ke rumah beliau.. huhuhu..

ai sungguh terharu tau bila jumpa kekawan lama masa sekolah yang tak mempoyo,
yang mengalu-alukan kehadiran saya dengan penuh ikhlas.
ye lahkan, tak semua orang yang boleh kekal kan perangai mase
zaman sekolah hingga kan zaman dah berkerja.
kadang² orang tu zaman sekolah tak berapa poyo,
tetiba dah besar dah ada duit sendiri, eh ko sekarang kemain poyo ehhh...
takpun ade juga yang dari kecik sampai ke besar tak abis² nak mempoyo.
bila jumpa kekawan lama yang masih humble & down to earth..,
kepuasan & gembira rasa hati mau berjumpa..



aza pun macam saya, anak baru sorang.
tapi anaknya sekarang dah darjah 2,
takpe la kan za, rezeki anak tu belum muncul lagi..okey ape, rilek je..
anak bujang dah besar.. zaman sekarang ni pun, kualiti lagi penting dari kuantiti.


banyak betul cerita kami berdua.
macam tak puas je nak mempot-pet pot pet.. kekeh-kekeh gelak.
menu aza aritu boleh tahan meriah. dengan mee bandungnya, lepas tu ade nasi minyaknya *eh yeke??
ada kuih-muih lagi.. buah-buahan lagi..
penuh meja tu dengan makanan.


aza cakap muka saya sama je macam masa zaman sekolah,
cuma yang bezanya ada nampak kematangan.
umurnya pun dah berapa kan..
masalah dalaman pun banyak juga.. mana tak nampak matangnya muka. hihihi..
kalau takde masalah dalaman, boleh je ai menyamar jadi budak sekolah.
awet muda kate ko.. kekekeke..


dalam 2 jam juga saya melepak 3 beranak kat rumah aza.
sampaikan aza tapaukan ikan masin & belacan fresh untuk saya.. wah! rezeki..
mak mertua aza memang pengusaha ikan masin & belacan kat rusila.. kelasss kan.

gitu-gini, kami pun undurkan diri..
nak ke putrajaya pula, anak buah opis en. abah jemput ke open housenya.
kat precinct 5 ke 6 ek? tetibe dah lupa.. tapi quarters nya kat tepi highway tu..


bujangnya anak ibu..
suku je lagi dah nak sama tinggi dengan ibu.

lepas dari putrajaya kami terus ke Kem transit jln semarak.
nak ke rumah adik sepupu saya.
dah janji dgn along & abg sepupu saya dah.
beraya la kami di sana.

Tuesday, September 20, 2011

Hari Raya Hari Yang Mulia

tak lambat lagi kan nak letak gambar raya... hehehe..
baru je amik gambo ni,
tu yang baru hegeh-hegeh nak tepek gambar raya tahun ni.
raya tahun 2011 ni turn raya pertama kat family in law, kampung en. abah.
as usual masing-masing kebizian, so takde la gambar secara beramai-ramai.

dek kerana takde gambar raya beramai-ramai, saya pun mengecek-ngecek en. abah
untuk bergambaran sefamili kami sahaja.
hari minggu lepas kami bergambaran.
itupun tak dapat nak snap-snap banyak-banyak.
haziq sentap. tah hape-hape tah nak sentap. Melalak tak tentu pasal taknak bergambar.
ai memang tak kuasa nak melayan orang sentap-sentap ni..
orang sentap dok tepi, ibu & abah nak bergambar couple-couple..





gambar sekeping ni je yang eloknya si haziq.. lelain gambar semuanya dia buat hal.
bikin gerammm aje. hui la haii...

Monday, September 19, 2011

The Handsome..,











saya tepek gambar haziq..
ni semua gambar di candid semalam.
The spontaneous actions by Mr Haziq.
gaya orang besar..
layan lagu dengan headphone terlekat di telinga di depan kedai jual alatan IT.
lokasi kedai adalah di dalam Mines Shopping Complex.
sementara menunggu maklong & paklongnya settle urusan pembelian Lappy.

Thursday, September 15, 2011

16 September Sambutan Hari Malaysia, Hari merdeka Malaysia

siapa esok yang turut serta dalam perhimpunan sambutan Hari Malaysia yer..?
saya ucapkan Selamat berhimpun la yer..

saya tak ke mana pun esok,
merehatkan diri aje.
paling kuat pun mesti nak kemas rumah serba sedikit..
basuh baju sidai baju
end up lipat kain & susun² baju dalam lemari *kerja rumah yang paling ai tak suka*

tapi esok petangnya saya ade jemputan makan-makan..
hehehe, jiran depan rumah buat open house.
kami sekuarga kena la menghadiri dengan rasa gumbiranye kan,
sejengkal je rumahnya dengan rumah saya,
memang tak patut kalau tak pergi.

Open house rumah saya? Hah?? usah di tanya.
rumah saya tahun ni sama seperti tahun lepas,
masih rumah tertutup. tiada open house raya.. hehehehe..
belum mampu nak buat keramaian sempena hari raya.
kalau tahun sudah disebabkan haziq chicken pox,
tahun ni pula saya yang belum berapa sihat.
nak masak-memasaknya pun rela dalam terpaksa.

kalau tak saya yang paksa-paksa usaha masak, macamna lak saya nak makan??
dah en. abah balik sampai rumah pukul 10 mlm..
takkan le ibu mengandung ni tahan kan lapo sampai lewat malam kan.
tapi tulah.. dalam paksa-paksa tu flat lah juga..
hari ni masak, esok dah lembik badan.. muahahaha.
ape yg nak meng open house nya kan.


ucapan ikhlas dari kami,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri.."


eh! tahun ni blog saya takde gambar raya kami sefamili la..
alahhh.. macam rasa tak best pulak.
erm... ni macam nak kene paksa-manje-manje en. abah bergambaran aje ni..

Nantikan gambar raya kami yer... daaa!

Tuesday, September 13, 2011

syukur alhamdulillah..



genap usiaku 31 tahun hari ini..
terima kasih pada mak abah, along angah & adik saya call & SMS saya
bagi wish special untuk hari kelahiran saya hari ini.

en. abah wish saya of course buat bende yang romantisnya..
tengah mak yong ni breakfast sensorang, tetiba kena peluk dari belakang
wishing me a special birhday wishes.. huhuhu sungguh nerves nya ai mase tu yuu..
terima kasih sayangku en. abah.
i.. love..love.. you banyak² lagi kalau dapat galaxy tab.. *hohohoho demand tak mengalah*

~gambar ni panas lagi.. memang baru je snap. Tq Ainun, amik kan gamba..~

Thursday, September 8, 2011

kemaruk makan

start dari balik raya turn rumah mak saya aritu, saya kemaruk nak makan.
kejap-kejap makan.. kejap-kejap makan..
lepas makan nasi, makan kuih..
lepas kuih, cari buah.. makan buah.. makan sayur..
kejap lagi abah saya buatkan teh susu kaw..
wohhh sedapnya rasa perut.
rutin membuang pun aktif berjalan lancar tiap hari .. :)

alkisahnya malam tadi lepas dah dinner jam 8,
layan citer korea yang New Gisaeng Story sampai jam 9.
dah penat duduk, baring kejap.. apit-apitkan bantal kat tepi badan.
almaklumle kan rumah kami ni takdek karpet tebal.
yang ade tikar petak-petak tu aje.
kang kalu beli karpet mau encik abah dan anaknya dok bersin semedang.
ingat takde harapan kecilku mau berkarpet ala-ala deko?
oleh itu, biaq pi dulu la harapan mau berkarpet itu yer puan ibu..
oit dah terlebih melalut.

sambung balik citer bab kemaruk saya malam tadi..
ingat kan dah makan nasi 2 kali tambah tu dah okey dah rasa kenyangnya.
sekali jam 10, perut keriukkkkkk.. bunyi kelaparan.
tak lengah saya terus senduk nasi sepinggan.
habis sepinggan, tambah lagi sekali..
hati rasa nak tambah lagi, tapi ku tahan kan aje.. sebab takut overdose.
sekali haziq pula yang request..
"ibu.. haziq nak makan nasi juga.."
ibunya ape lagi, laju je gi amik nasi.
kul 10 malam, saya masih makan nasi 3 kali tambah.. huhuhu.
betul kemaruk makannya sekarang.

lepas kekenyangan, bila duduk bersandar tu pun
susah nak bangun.. kena ngiring selow-selow sambil rengek-rengek sikit
macam le sakit sangat.. tapi mmg ade rasa sakit pun.

haziq kan anak yang perihatin.
bila dah kedengaran rintihan ibunya tu.
cepat-cepat dia dapatkan perut saya, sambil berbisik..
"adik.. adik sakit eh.. ?" pastu tanyakan ibunya pula.. "ibu rasa sakit eh?"
saya pun jawab iyer la kan..

"ha.. kalau dah sakit-sakit macam ni kan,
tandanya dah nak kena balik kampung air tam dah tu!!"

wahhh!! anakku!!  ku bangga dengan mu...
dikau la permata hati ku!!..
memang haziq anak yang sungguh memahami ibumu ini..

abahnya di kala itu??
terus menepuk dahi.. muahahahaha.... *gelak guling-guling*

Sensasi nya..,

Us together..