Wednesday, August 10, 2011

Hilang Sebabkan Dia..

Bulan 7 yang lepas kan sebulan saya menyepikan diri.,
bulan ujian untuk saya
bulan ujian untuk en. abah
bulan tu juga bulan yg agak bercelaru untuk kami 3 beranak.
kenapa? yer.. sebabnya adalah tak lain tak bukan Hyperemesis.

What is Hyperemesis?
Hyperemesis is a severe form of pregnancy-related morning sickness characterized by excessive nausea and vomiting that inhibits a sufficient consumption of fluid and foods.

setiap orang kan tak sama bahagiannya. Orang sana tu pregnant jenis selera tak henti² nak makan, orang yang ni pulak jenis mudah & lancar masa pregnant..ade juga yang jenis murung, ada juga yang happy sesaja.
 
yang saya ni pula, awal² pregnancy pula, jarum² IV drip hospital tu adalah mainan saya.
tangan saya memang bertampuk la hitam² dek bekas jarum drip tu..
masa tu diri saya memang betul-betul flat, pucat, tak bermaya,
dari sekeping boleh dah jadi setengah keping..
ahaks! (boleh menten ramping *saja nak bagi sedap hati sendiri)
 
pregnantkan haziq dulu, 2 kali warded, setengah bulan menghilang.

kali pertama di HUKM (servis mmg out)
kali kedua di Hospital Serdang (alhamdulillah service semua marvellous)
setengah bulan menghilang masa tu..
 
kesilapan saya masa dulu, terus pergi check up kat Klinik Ibu & Anak (KKIA) awal sangat..
semangat kata ko!
lepas je discharged dari Hospital terus buat buku.. dengan muntah² satu hal.. dek kerana takut muntah keluar darah lagi sebab dah kering kontang dlm badan, pegi minum air ribena banyak² sebelum ke KKIA..
kononnye nak kekalkan vitamin C dalam badan.. muahaha..
sekali cek air kencing kat KKIA, terus detect kandungan gula tinggi.
terus dapat surat buat MGTT test. Test tu kan utk test kita ni ade diabetis ke tak masa pregnant kan..
2 kali kena pergi tu.. alhamdulillah saya clear dari diabetis.. cuma silap langkah je sikit awal² tu.. hehehe..
tapi ade gak masa tu kawan saya dah terus sangka saya ade kencing manis..
takpe, saya maafkan. Mungkin kawan saya tu silap memahami penceritaan saya dikala itu..
 
Apa Risikonya dari Hyperemesis ni;

If left untreated, hyperemesis can be life threatening for both a pregnant women and the unborn foetus.
Some health risks for a pregnant woman include:
•nutritional deficiencies
•high blood pressure
•liver disease
•kidney disease


Hyperemesis gravidarum pregnancy complications include:
early delivery
•low birth weight
•large for age baby
•congenital heart disease

ingatkan pregnant kali kedua ni saya bebas dari hyperemesis,
ape tak nya..masa 8 minggu pregnant,
gigih lagi meng catwalkkan diri masa Event Butik Zeaty bulan Jun lepas..
sekali tu nak masuk ke 10minggu, simptom² Hyperemesis yang merisaukan saya terjadi juga.
setelah bertahan selama seminggu dua datang juga bekerja walaupun muntah berlanjutan..
 
akhirnya, saya mengalah juga dengan ketentuan. Menyerahkan diri saya ke hospital.
en. abah minta saya pilih hospital mana yang saya nak pergi,
dan tentu saya pilih hospital serdang.. sebab dah pernah warded dulu kan sebab kes yang sama.
akan tetapinya di reject sekerasnya oleh en. abah
di sebabkan waktu melawat hospital kerajaan tidak konsisten lansung
dengan waktu en. abah, 
oleh itu en. abah putuskan saya check in ke KPJ Damansara..
sebab utama pilihan kami adalah, waktu melawat yang bebas & berdekatan sangat dengan office beliau.
seberang jejantas je kalau en. abah nak melawat masa office hour.
 
kali pertama warded 2 malam 2 hari.. sebotol setengah je IV..
maksudnya dehydrate saya ok-ok lagi la tu kan..
discharge je, saya dapat MC seminggu.. berehat kat rumah sendiri 2 hari.. lagi 3 hari di kampung..
masih muntah²..berlanjutan lagi seminggu..
bila dah melampau muntahnya siang sampai ke malam,
malam sampai ke pagi  hinggakan darah yang keluar..,
tanpa berlengah, jam 5 pagi en abah ber hangkut haziq yang tengah tidur..
hantar saya ke hospital di pagi-pagi hari yang hening untuk kali yang kedua.
 
mungkin keadaan dehydrate saya kali ni memang teruk,
3 hari 2 malam beserta 3 botol setengah IV.
lepas discharge, terus en. abah hantar saya ke kampung untuk lebih dijaga.. hehehe..
dapat MC lagi seminggu kan.. beristirehat di kampung, memang feel..
dapat bermanja dgn mak abah saya.
dah tua-tua cenggini baru le dpt nak bermanja dgn mak abah..
dedulu dari kecik mane dapat manja sangat..
segala bende semua kene sendiri, silap je sikit zass kena.
 
Treatment

If left untreated, hyperemesis can lead to such complications as kidney or liver damage.
Because of its potentially serious side effects, hospitalization is the first step in hyperemesis treatment.

A comprehensive hyperemsis gravidarum treatment plan includes antiemetic (non-vomiting) drugs, coupled with a nutritional plan (administered through IV to prevent dehydration and malnutrition); bed rest may also be prescribed.

sungguhpun muntah-muntah tu masih lagi ada hingga sekarang
tapi syukur alhamdulillah, badan saya bertenaga..
Mungkin ini dugaan saya supaya lebih mensyukuri nikmat-Nya
untuk menjadi lebih tawadu' & wasatiyyah dalam segala hal.
dan mungkin juga peluang saya untuk berehat dan lebih dimanjai en. abah.. muahahaha..
sok-sok tahun depan nanti dah nak kena jadi SuperIbu semula.
berehat lebih sikit lah sekarang ni..makan mana yang boleh makan aje.
yang mana boleh dimuntahkan balik, eloklah jangan di cuba-cuba. Asalkan makan.


*info adalah di googled

2 comments:

Cyda Acme said...

akak ms pregnant anak sulung 1bln morning sickness. muntah2 smpi takde apa bleh dimuntahkan lagik. hari2 nangis sbb tak bleh nak mkn. perut lapar tp masuk sesuap jek terus keluarnya hampir sebesen. sedih sgt time tuh. dgn bleading tak tentu pasal. biler bgtau kakak akak, terus dia saran mkn SALINDAH. Alhamdulillah ... lepas amik dlm smggu terus hilang segala penyakit. Biler preggy anak ke-2, memula dah nak start morning sickness cecepat kak dot beli salindah terus makan. Alhamdulillah, segera hilang. memang kalo ikutkan nak preggy lagik tp biler kenang awal2 tuh asik muntah smpi lembik, rs tak sanggup. tp dgn ader salindah akak mmg yakin sgt ^_^ serasi kot kak dot ngan produk salindah tuh.

bondaqeem said...

semoga semuaya berlajan lancar dan baik2 belaka..
belum terlambat rasany lagi untuk akak ucapkan tahniah
dan selamat berpuasa...