Tuesday, June 14, 2011

Dah takde Isi badan ni..

dari Jumaat sampai Senin saya cuti sakit.
huhuhu siyan kami anak beranak.
jumaat malam sampai sabtu malam kami sihat walafiat.
sebab mak abah saya datang, automatik ler sihat.
ngeh.ngeh..ngeh.. makan sedap, hati pon senang.

ahad pagi saya mula demam balik.
pegi klinik, takyah minta MC, doktor yang terus bagi MC kat saya dan en. abah.

sebab terfikir dah dua hari saya tak kerja,
jumaat & Isnin,
rasa tanggungjawab tu menebal terus untuk
gigihkan diri sendiri ke pejabat hari ni.
dalam pada badan terhuyung hayang demam tak berapa nak kebah tu,
saya buat juga kerja-kerja tertunggak yang dua hari lepas punya.
haziq tu pun bukan larat sangat nak pegi sekolah,
tapi teachernya dah cakap minggu ni minggu tak belajar, minggu training untuk sport day,
baru bersemangat budak bertuah tu ke sekolah.

lunch time kang saya nak baring kan diri kat surau. huhuhu ketar nya rasa badan ni.